Saturday, May 29, 2010

Rakyat Selangor Bangkit Membantah Lesen Judi


Rakyat Selangor terus bangkit membantah tindakan kerajaan 1Malaysia meluluskan lesen judi bola sepak.

Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun hari ini menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Pakatan Rakyat dan penduduk kawasan setempat menyahut suara bangkangan seluruh negara dengan mengadakan tunjuk perasaan selesai solat Jumaat hari ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan 1Malaysia bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.

Beberapa wakil dewan pemuda Pas memberi ucapan dengan lantang membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak.

"Anak-anak muda minat bola. Sebagai umat islam yang sayangkan agama dan bangsa. marilah kita menentang pemberian lesen judi. ini menjadi tanda kerajaan BN ingin jadikan negara ini negara judi."

Wakil dewan pemuda pas juga berkata dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

"Dengan membiarkan judi berleluasa, dengan membiarkan negara ini ditadbir dengan wang judi, dengan membiarkan negara ini ditadbir oleh pencinta-pencinta judi dan percaya masyarakat Islam, tidak kira latar belakang politik adalah benci kepada judi."

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Sokongan padu yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat yang hadir pada petang itu menampakkan kekuatan semangat yang ditunjukkan untuk menentang habis-habisan keputusan kerajaan Umno-Bn meluluskan lesen judi bola.

Minggu lalu, lima buah negeri, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan telah mengadakan bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan


tvselangor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...