Friday, May 7, 2010

Umno-BN Keluarkan Lesen Judi Bolasepak Piala Dunia


Kerajaan Umno-Barisan Nasioal mempertimbang mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan atas kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal bulan depan dalam satu lagi langkah yang dikhuatiri akan membawa kepada pelbagai masalah social dan keselamatan kepada negara.

Alasan untuk pertimbangan itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein, ialah bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengesahkan sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Awang tidak menjawab persoalan lebih penting ialah risiko lesen perjudian baru memburukan masalah orang meminjam dari Ah Long dan mendedahkan generasi muda kepada budaya berjudi.

Hakikat adalah juga meskipun kerajaan menghalalkan lesen judi untuk pelbagai cabutan di negara ini, perjudian atau pertaruhan secara haram masih berleluasa, tanpa di kekang secara berkesan .TVS

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...