Thursday, May 27, 2010

Khalid Samad Cabar Ezam Tanding Kerusi Parlimen Shah Alam


SHAH ALAM 26 Mei - Ahli PArlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) mengalu-alukan Senator Ezam Mohd Nor untuk bertanding menentangnya merebut kerusi parlimen Shah Alam dalam pilihan raya akan datang bagi menguji sama ada rakyat menerimanya sebagai pemimpin.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ezam atas perlantikan beliau ke dalam Dewan Negara sebagai Senator, ini mungkin ganjaran untuk beliau sebagai balasan usaha beliau untuk kerajaan Umno-BN," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya semalam.
Menurut Khalid, perlantikan Ezam sebagai senator membolehkan beliau memasuki Dewan Negara melalui 'pintu belakang', bukan sebagai calon pilihan rakyat dan ini adalah sesuatu yang tidak adil kepada semua ahli parlimen lain yang dipilih secara adil melalui pilihan raya.
"Jika betullah Ezam merupakan pilihan rakyat dan beliau benar dalam perjuangannya, saya mengalukan Ezam untuk beradu tenaga di sini, Shah Alam. Buktikan kepada rakyat bahawa dia sebenarnya layak untuk memasuki Dewan Negara," tegas Khalid.
Ezam disifatkan oleh Khalid sebagai pengkhianat kerana membelakangkan kepercayaan KEADILAN dan sanggup melompat demi kebendaan.
"Dulu dia penyokong setia Datuk Seri Anwar ibrahim, dan kini dia sanggup melupakan kesetiaannya dan menjadi kuncu Umno.
"Saya merasakan jika Ezam menerima ajakan saya, saya akan mendapat persaingan yang sengit kerana dulu Ezam bertanding untuk Shah Alam semasa pilihan raya tahun 1999. Tetapi, itu hak rakyat, biar rakyat menentukan siapa pemimpin pilihan mereka," tegas Khalid lagi.


suarakeadilan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...