Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Sunday, May 9, 2010
Jelas Kuasa Sultan, Zaid Rela Ke Mahkamah
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia mengadap Sultan Selangor berhubung tulisan di dalam blognya berkenaan isu kuasa baginda dalam membuat arahan dan perintah berkaitan hal Islam.
Majlis Agama Islam Selangor dalam kenyataanya semalam mempertikaikan komentar Zaid dan memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaid.
Pada sidang media dirumah beliau pagi tadi, Zaid mendedahkan MAIS telah menghantar sepucuk surat yang ditandatangani oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang memaklumkan adalah kesalahan kepada sesiapa yang mengingkari dan mempertikaikan arahan dan perintah Sultan Selangor di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
Surat itu juga menyebut baginda dan MAIS boleh mengeluarkan arahan dan perintah tanpa perlu mewartakannya terlebih dahulu.
"Saya berterima kasih kepada MAIS yang memberitahu perkara tersebut dan saya juga peka dan faham maksud Seksyen 12 Enakmen dan peraturan lain yang disebut dalam surat itu.
"Sebagai peguam, saya cuma tidak bersetuju kuasa mengeluarkan arahan dan perintah adalah hak mutlak yang tidak perlu dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri.
Zaid berpendapat kuasa kerajaan negeri di bawah Artikel 74 dan Artikel 80 Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan berkenaan hal ehwal Islam diberikan kepada kerajaan negeri iaitu Dewan Undangan Negeri.
"Jika kuasa membuat perintah dan arahan hal ehwal Islam boleh dibuat oleh Raja-Raja Melayu tanpa merujuk kepada DUN dan menguatkuasakan undang-undang tanpa mewartakannya, ini bererti kita telah kembali ke zaman Khalifah di mana Khalifah boleh melaksanakan undang-undang tanpa merujuk kepada pihak yang lain.
"Saya tidak bertujuan untuk menghina mahu pun memperkecilkan kuasa Raja-Raja Melayu, cuma dalam sistem Raja Berpelembagaan, kuasa raja hanya boleh digunapakai secara sah jika mengikut kehendak dan kaedah yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri," jelas Zaid lagi.
Zaid menjelaskan konsep Raja Berpelembagaan sebenarnya bermaksud Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa yang tertentu yang tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Tambah beliau, Perlembagaan Persekutuan atau pun negeri telah memperuntukkan bahawa undang-undang digubal oleh Parlimen atau DUN.
Ini selaras dengan prinsip demokrasi di Malaysia di mana rakyat memilih wakil mereka di dalam DUN serta menggubal undang-undang.
Zaid yang juga bekas Menteri Undang-undang menyelar mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Pertubuhan Pribumi Perkasa yang mengguna khutbah Jumaat untuk menghentamnya tanpa memberi jawapan secara ilmiah.
"Bukankah hal politik tidak dibenarkan di masjid dan kenapa tidak ada tempat untuk orang Melayu-Islam lain memberi pandangan selain MAIS dan JAIS?" soal Zaid lagi.
Beliau bersedia bersama MAIS untuk merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan maksud sebenar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peranan DUN dalam perkara ini.-SK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment