Friday, April 30, 2010

Kapal Selam Yang Tak Boleh Menyelam


Skandal pembelian kapal selam Scorpena bakal didedahkan tidak lama lagi apabila peguam dari perancis dijangka tiba ke Malaysia bagi memaulakan siasatan terhadap isu ini.

Peguam Joseph Breham yang sebelum ini memfailkan aduan dalam mahkamah Paris berkaitan skandal perjanjian pembelian berbilion US dolar kapal selam Perancis oleh Malaysia itu dijangka tiba di Kuala Lumpur untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kes tersebut dan dijadual bertemu dengan anak guamnya, sebuah organisasi hak kemanusiaan suara rakyat Malaysia (Suaram).

Perjanjian pembelian itu diatur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2002 (ketika itu Menteri Pertahanan) yang didakwa memberikan kuntungan komisen sejumlah RM3.7 bilion kepada rakan sekutu terdekat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian itu membabitkan dua kapal selam berdiesel Scorpene yang dibina oleh Armaris, anak syarikat pertahanan terbesar DCN Perancis (dahulunya Direction Des Construction Navales), dan kapal selam lama yang dihasilkan oleh usaha sama antara DCN dan syarikat Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes itu bagi pihak Suaram berkata, mahkamah Perancis telah pun memulakan siasatan awal dan beliau akan menasihati anak guamnya untuk mengambil langkah wajar seterusnya.

Selain Breham, Renaud Semerdjian dan diketuai peguam William Bourdon sebelum ini memfailkan permohonan untuk menyiasat dakwaan jika terdapat sebarang unsur rasuah terhadap DCN pada 4 Disember lalu dan turut memfailkan dokumen tambahan pada 23 Februari lalu. -erapakatan

Umno Lantik Ezam Sebagai " Senator Kotak "


Selepas menyertai Umno semula, pengorbanan Ezam Mohd Nor yang menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional (BN) akhirnya terbalas apabila beliau dibayar dengan ganjaran sebagai Senator.

"Nampaknya peluang Ezam untuk kembali bertanding Pilihanraya cerah dan tidak mustahil BN akan mempertaruhkan beliau dalam PRU-13 bagi kerusi Shah Alam atau kawasan lain. Saya tidak nafikan semangat mudanya begitu berguna kepada BN untuk menarik ahli-ahli PKR untuk kembali menyokong BN. Beliau jugalah antara orang-orang yang begitu giat menarik ahli-ahli dan pimpinan PKR untuk tinggalkan parti itu," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam kenyataan medianya.

Menurut Herman, Ezam merupakan ahli Umno yang keluar parti untuk menjadi Ketua Pemuda PKR namun telah menikam Anwar daripada belakang untuk kembali sujud pada Umno setelah disumbat dalam ISA.

"Beliau yang digelarkan 'Ezam Kotak' pernah mencuba nasib bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam atas tiket PKR pada tahun 1999. Namun percubaannya itu gagal," tegas Herman.

Herman berkata, selepas Ezam menyertai semula Umno, beliau sering dijadikan kuda tunggangan BN untuk melanyak Anwar dipentas biru karat yang satu ketika dahulu pernah dimaki hamunnya.

"Mengunakan nada suara yang seakan Anwar ceramah beliau menjadi modal untuk BN menyerang Pakatan. Namun, Pakatan kenal siapa Ezam," tegas Herman lagi.

Bagi beliau, perjuangan pendeknya bersama Umno yang baru nak mencecah dua tahun akhirnya dibayar dengan ganjaran jawatan Senator. Melalui pintu belakang pejabat Najib, budak suruhan BN ini dilantik ke Dewan Negara bagi membakar kehangatan Parlimen yang kini tidak pernah sepi dari hiruk pikuk wakil-wakil rakyat yang bersabung sepanjang musim perbahasan.

"Ular dalam sangkar atau dalam semak, sama sahaja tapi Ezam lebih dahsyat lagi. Jika beliau boleh khianati Tok Gurunya-Anwar, siapalah Najib yang kini menjadi tokey yang jaga periuk nasinya.

"Jangan terkejut jika Najib selepas ini juga akan meletakan Ezam sebagai calon untuk mencabar kerusi Ketua Pemuda Umno yang disandang Khairy sekarang. siapa tahu, semua ini berlaku kerana Najib begitu suka memelihara orang-orang yang pernah rapat dengan Anwar sebelum ini.

"Tanyalah Zahrain dan Zulkifli, dah berapa banyak seluar dalam yang mereka kongsi dengan Najib demi untuk menunjukan bahawa mereka kini sudah menjadi pembenci Anwar," kata beliau lagi. -erapakatan

Thursday, April 29, 2010

Zaid Fail Petisyen, Saman Utusan Dan SPR


Datuk Zaid Ibrahim akan menfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana melabelkan beliau seorang "kaki botol" dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mendakwa mempunyai bukti bahawa SPR menyeleweng dalam pilihan raya baru-baru ini.

Beliau juga akan menfailkan petisyen pilihan raya kepada mahkamah agar mengistiharkan keputusan pilihan raya Hulu Selangor adalah tidak sah.

Calon PKR kerusi parlimen Hulu Selangor itu berkata, tindakan keterlaluan Utusan Malaysia jelas menjejaskan imej beliau dan tindakan sambil lewa SPR juga membuatkan tiada ketelusan di dalam pilihan raya itu.

"Saya akan menfailkan saman melalui peguam saya terhadap ahkbar Utusan Malaysia dan juga SPR pada minggu depan.

"Saya tidak seperti BN yang akan menyaman berjuta-juta, saya akan menyaman mereka dengan nilai RM 1 sahaja kerana mereka tidak mempunyai nilai," katanya dalam sidang media di rumahnya di sini, pagi tadi.

Zaid berkata, pembohongan dan penyelewengan merasuah pengundi perlu diambil tindakan segara agar perkara sedemikian tidak akan berlaku pada pilihan raya-pilihan raya akan datang.

Tambahan beliau, kemenangan BN adalah tidak sah kerana BN telah menabur rasuah yang ketara kepada rakyat di Hulu Selangor dan ia menunjukkan tiada keadilan dalam pilihan raya tersebut.

" Saya mengambil keputusan menyaman mereka yang berkaitan kerana menyebarkan kenyataan fitnah yang keterlaluan mengaibkan saya pada pandangan masyarakat.

" Manakala tindakan menyaman SPR adalah kerana tidak berlaku adil pada calon-calon yang terlibat dalam pilihan raya terutamanya pada pihak pembangkang.

" Apabila dibeli dengan wang yang lumayan, semua yang terlibat akan termakan budi yang dirasuahkan agar memilih parti tersebut walaupun tidak diyakini oleh rakyat," katanya lagi.

Menurutnya lagi, jika wujudnya penyelewengan pilihan raya sebegini, pemilihan calon yang melibatkan seseorang individu tidak mempunyai erti dan calon yang tidak berkempen menabur rasuah tidak akan memenangi setiap pilihan raya yang diadakan.

" Saya mengingatkan agar rakyat dapat menilai sepenuhnya siapakah yang mempunyai ketulusan menjadi pemimpin sebenar tanpa berlaku penyelewengan di negara ini mahupun melibatkan rakyat untuk turut berkompromi menelan rasuah penyelewengan bersama BN.

" Rakyat perlu mengatahui pembohongan BN bersama kerajaannya yang akan terpancar selepas ini di Hulu Selangor nanti kerana segara janji-janji BN tidak mungkin akan ditunaikan kepada rakyat yang telah termakan pembohongan BN," katanya. -FMT

Tuesday, April 27, 2010

Demi Kemenangan, BN menghalalkan Cara


Pakatan Rakyat tidak akan menari dengan rentak sumbang Barisan Nasional yang menghalalkan cara untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan.

Sekalipun kekalahan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pahit untuk ditelan tapi demi perjuangan bermaruah, tiang keadilan dan kebenaran perlu ditegak, dipasak kukuh dalam sanubari setiap pejuang rakyat.

Demikian pesanan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fuziah Salleh (gambar)kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak luntur semangat juang semata-mata gagal menerima hakikat kekalahan ini.

Persaingan sengit pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat berlanjutan hingga ke saat akhir kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Sekalipun kemenangan berpihak kepada P Kamalanathan, namun Umno BN terpaksa menggunakan taktik kotor dengan menyerang Pakatan Rakyat dari segenap penjuru tanpa mempeduli sempadan kemanusiaan.

Malah Umno BN juga tidak menghormati pengundi melalui tindakannya merendah-rendahkan martabat rakyat apabila menabur wang dan janji yang belum tentu dipatuhi lantaran mabuk dengan kemenangan kecil ini.

"Memang ada rasa sedih dan kecewa kerana kita ini manusia. Mungkin sehari dua kita berasa sedih tapi kita akan bangkit dan lawan tetap lawan. Malah, perjuangan ini lebih bermaruah jauh lebih penting dari keputusan," katanya.

Apapun, Fuziah Salleh yakin kekalahan ini ada rahmatnya.

"Kalah menang adat perjuangan. Kadang-kadang, kalau selalu menang, kita lupa tingginya langit. Mungkin kita perlu lihat ke dalam diri supaya terus kekal tabah dalam perjuangan," katanya lagi.

Kekalahan ini sama sekali tidak akan melemah semangat pendukung Pakatan Rakyat walaupun kesuraman sedikit sebanyak dirasai tetapi beliau yakin rakyat akan bangkit dan mara dengan lebih bersemangat lagi.

"Perjuangan ini berpaksikan keadilan dan kebenaran. Kalau BN terdesak dan buat apa saja, adakah kita akan buat perkara sama? Tentu sekali tidak, tapi kita berterus pegang kepada prinsip keadilan, berpaksikan kebenaran," katanya. /TVS

PRK Hulu Selangor- BN Gunakan Wang Dan SPR Untuk Menang.


Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha untuk bertanding dengan adil di Hulu Selangor terpaksa berhadapan dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berat sebelah.

Tindakan SPR yang menukar tempat mengundi lebih 13 ribu pengundi menyebabkan Pakatan telah kehilangan undi dan menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor.

"Perkara ini amat serius dan menyukarkan penyokong kita yang telah dipindahkan keluar dari kawasan dan mereka telah menghilangkan nama penyokong kita dari kawasan asal," kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua(gambar) kepada erapakatan.com.

Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh sebelum itu telah mengumumkan bahawa SPR telah memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari sebelum tarikh membuang undi.

Tindakan tersebut hakikatnya bakal menyukarkan pengundi Hulu Selangor kerana apabila tiba pilihan raya semalam kebanyakan pengundi yang telah diubah pusat pengundiannya menjadi keliru apabila nama mereka hilang daripada pusat pengundian asal.

Perdana Menteri, Najib Razak juga hari ini dengan bangganya telah menafikan penguguman pelbagai projek di Hulu Selangor bertujuan untuk membeli undi dalam PRK itu semalam.

Bagi Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, kenyataan itu tidak masuk akal kerana peruntukan itu telah diberikan kepada penduduk Hulu Selangor apabila bermulanya pilihan raya.

"Najib sendiri telah turun ke Hulu Selangor semasa tempoh berkempen dan mengumumkan pelbagai projek dan peruntukan kepada pengundi," kata Tian.

Menurut beliau, Najib dan sekutunya tidak segan silu untuk menggunakkan jentera kerajaan dan wang rakyat bagi mendapatkan undi di Hulu Selangor.

Najib Razak dikatakan telah menghabiskan RM64 juta untuk membeli undi dalam PRK Parlimen Hulu Selangor.

Bekas calon PR bagi PRK berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerana amalan membeli undi adalah ‘halal’, menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya semalam.

Beliau yang juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Malaysia mempunyai sistem politik yang tidak menghormati pilihan raya yang bersih. -erapakatan

Monday, April 26, 2010

Zaid Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka


HULU SELANGOR, 25 April — Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahan dengan hati terbuka tetapi pada masa sama menyalahkan strategi “membeli undi” yang dilakukan Barisan Nasional sebagai punca kekalahan beliau.

“Sudah tentu apabila kalah kita tidak akan berasa gembira.

“Tetapi bagi saya itu tidak mengapa yang penting kita telah mencuba.

“Selain itu, dalam setiap pertandingan kita mesti menjangkakan sama ada menang ataupu kalah,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan di Stadium Mini Kuala Kubu Baru dekat sini.

Terlebih dahulu dalam ucapannya, beliau mengatakan kekalahnya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor berpunca daripada stategi BN yang “membeli undi”.

“Kita kalah kerana mereka (BN) menggunakan taktik kotor dengan membeli undi daripada pengundi.

“Kita perlu atasi masalah ini kerana apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong PKR.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan rasuah dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.


“Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalakan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam.

“Kita boleh lihat bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membelanjakan sehingga RM64 juta untuk membeli undi pada pilihan raya ini.

“Jadi saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.


Malaysiainsider

Hulu Selangor : BN Menang Majoriti 1725 Undi


Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi.

Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.

Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Banyak pihak melihat sasaran Muhyiddin itu adalah harapannya setelah mengeluarkan perbelanjaan begitu banyak bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Pakatan Rakyat.

Beberapa orang pengundi Hulu Selangoir pula tidak terkejut dengan keputusan pilihanraya kecil hari ini kerana propaganda dan fitnah yang dimainkan oleh UMNO BN terutama di dalam menyerang peribadi calon PKR adalah merupakan taktik yang tidak bertika.

Ini ditambah pula dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya yang memindahkan pengundi-pengundi ke pusat pembuangan undi yang lain tanpa makluman semata-mata untuk mengelirukan para pengundi.

Sekalipun tindakan mereka adalah sah di sisi undang-undang, namun ramai pemerhati politik mempersoalkan tindakan SPR tersebut tentang mengapa ia dilakukan hanya di Parlimen Hulu Selangor sementelah lagi Hulu Selangor berdepan pula dengan pilihanraya kecil. Apa motif yang sebenar SPR melakukan demikian?

Ramai juga pengundi-pengundi yang mengadu tidak dapat mengundi kerana mendapati nama-nama mereka dikatakan "telah mengundi" apabila mereka tiba di pusat pembuangan undi. - GB

Sunday, April 25, 2010

Zaid Untuk Rakyat Hulu Selangor


M Faqih
“SAYA mungkin memilih untuk bertanding di Selangor dan tidak lagi di Kelantan. Rumah tangga saya di sana.

“Saya pun sudah lama mencari rezeki di Selangor dan Kuala Lumpur,” ujar ringkas Datuk Zaid Ibrahim ketika ditanya kerjaya politiknya selepas meninggalkan Umno.

Beliau ditemui pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai pada Julai 2009.

Zaid hadir sama pada penamaan calon tersebut bagi memberi sokongan kepada Mohd Fauzi Abdullah.

Dengan rambut yang sudah banyak berubah menjadi putih di kepala, kelibatnya mudah dikenali. Memek wajahnya mudah tersenyum, biar pun ada orang kata nampak macam masam.

Sepanjang kempen pilihan raya itu, Zaid memerah tenaga berkempen membantu calon PAS. Banyak kampung beliau jelajahi siang dan malam.

Begitu juga ketika pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu pada Januari 2009. Kehadiran Zaid ketika itu mengejutkan banyak pihak.

Dua pilihan raya tersebut Zaid tampil membantu PAS. Pengalaman bersama Umno dicurah kembali untuk dinilai pengundi. Akhirnya rakyat membuat keputusan menolak BN pada kedua-dua pilihan raya tersebut.

Itulah jasa awal Zaid kepada PAS, biar pun pernah mimpi berlainan sebelum ini. Biar pun ketika masih berstatus menteri semasa kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi, ramai pemimpin PAS dijemput ke rumahnya.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sekali bertandang ke rumahnya. Begitu juga pemimpin PAS yang lain.

Inilah uniknya Zaid, biar pun masih kuat mendokong Umno namun pada dirinya mungkin tiada istilah lawan. Setiap kali kenduri kendara di rumahnya di Pasir Hor dekat Kota Bharu, pemimpin PAS tidak pernah dilupakan.

Sedangkan situasi itu kelihatan sukar dipratik pemimpin Umno lain di Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah hadir ke rumah Tan Sri Annuar Musa di Bukit Marak, itu pun ketika menziarahi ibunya yang meninggal dunia.

Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Husin jauh sekali untuk melakukan adegan seperti Zaid. Inilah kelebihan Zaid yang tidak ada pada pemimpin Umno lain.

Ketika berjuang di atas platform Umno sekalipun, jiwanya tidak diserah sepenuh raga. Masih ada ruang di sudut hatinya untuk mencari keadilan sebenar.

Maka amat rugilah bagi penduduk di Hulu Selangor sekiranya terpengaruh dengan segala tohmahan murahan pihak Barisan Nasional (BN). Isu kaki botol, ada kuda lumba, kaki judi dan saman hudud semuanya perkara usang yang dibangkit semula.

Seperti kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali boleh dikatakan semua Perdana Menteri meneguk arak kecuali Abdullah.

Kisah pemimpin Umno minum arak, kaki perempuan dan mengunjungi dangdut usah cerita lagi. Maka tidak hairanlah ramai pemimpin Umno yang berebut artis.

Terbaru anggota parlimen BN di Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempamerkan isterinya seorang artis, Zizie Ezzete. Kalau di Sarawak Datuk Affendi Norwawi juga berkahwin dengan artis dan ramai lagi. Kalau dibanding dengan Zaid, jauhlah Zaid ada integriti moral.

Isteri Zaid, Datin Suliana Shamsuddin Alias juga sekarang sudah jauh berubah. Sedangkan isteri Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datin Maznah Rais ketika bersama Semangat 46 bertudung litup, sekarang kepala bergerbang.

Lagak isteri Rais tidak jauh beza dengan Datin Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Maka ketika Zaid dan keluarga berhijrah ke arah kebaikan, mengapa perlu diungkit kisah lama.

Ketika zaman kebangkitan Islam, Rasulullah s.a.w. menyebut "siapa berlindung di rumah Abu Sufian dia dijamin selamat." Sedangkan Abu Sufian telah lama memusuhi Nabi s.a.w.

Begitu juga Saiyidina Omar al Khattab dan Khalid Al Walid ketika belum Islam, Nabi Muhammad s.a.w. menjadi musuh mereka. Namun selepas memeluk Islam mereka pula berada di barisan depan memperjuangkan Islam.

Penduduk Hulu Selangor tidak perlu keliru, kerana mereka bukan tinggal di Nenggiri, Gua Musang atau Kuala Balah, Jeli sehingga gagal membezakan kisah lama dan cerita baru.

Banyak kawasan di Hulu Selangor boleh diakses internet. Penduduk juga boleh melihat ada gambar pemimpin Umno yang teguk arak dan berkepit perempuan di kelab dangdut.

Kalau sekadar body yang menjadi ukuran, Zaid sudah jauh berubah.

Di Kota Bharu kalau disebut nama Zaid, penarik beca dan orang kurang upaya (OKU) kenal sangat dia.

Popularnya Zaid kerana beliau memperjuangkan rakyat marhaen. Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk) yang terletak di Padang Tembak, Pengkalan Chepa diasas Zaid.

Biar pun lebih 30 tahun tinggal di bandar raya metropolitan jiwa kampung masih membaluti dirinya. Zaid dilahirkan di Kampung Chap, Bachok enam tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Kehidupannya susah kerana kedua ibu bapa bercerai. Beliau tinggal dengan neneknya yang dikenali sebagai Sepiah.

Sepiah yang dipanggil Tok Wa menanam padi untuk menyara kehidupan keluarga. Beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak yang terletak kira-kira enam kilometer dari rumah Tok Wa.

Ayahnya, Ibrahim Awang hanya kerja kampung, kemudian berhijrah ke Hulu Kelantan membuka tanah hutan. Ayah dan emaknya selepas berpisah berkahwin lain.

Hasil perkahwinan itu, Zaid mempunyai 11 adik beradik. Inilah selengkar kehidupan Zaid yang kini sedang berjuang bersama penduduk Hulu Selangor.

Zaid berlainan jauh berbanding Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mereka golongan bangsawan.

Maka perjuangan di Hulu Selangor lebih serasi dengan Zaid dan bukan Najib, Muhyiddin atau Hishammuddin.

Hanya orang pernah merasai erti derita dan susah dapat menyelami denyut nadi penduduk Hulu Selangor. Zaidlah hero baru yang akan jatuh bangun bersama mereka. -Harakahdaily

Anwar: PKR Yakin Dapat Undi 30,000


Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mengekalkan penguasaan di Parlimen Hulu Selangor dengan calon mereka, Datuk Zaid Ibrahim akan memperoleh sokongan lebih daripada 30,000 pengundi, esok.

Keyakinan itu disuarakan sendiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan hampir 2,000 penduduk ketika berucap di tapak pasar malam di Hulu Yam Baru dekat sini, malam kelmarin.

Menurutnya, walaupun terdapat sebilangan kecil ahli PKR yang lompat parti dan memasuki UMNO namun sedikitpun tidak menggugat keyakinan pengundi untuk memilih calon parti itu pada pilihan raya kecil ini.

“Mereka (UMNO) kata orang PKR orang lompat. Mereka bagi duit dia angkat la..Tetapi mereka tak boleh beli semua rakyat. Mereka boleh beli tiga orangboleh beli 30 orang..tapi 30,000 orang masih sokong kita di Hulu Selangor.

“Saya nak kita menang majoriti semua kaum. Melayu, Cina, India dan Orang Asli sokong Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, calon yang dipertaruhkan parti itu adalah seorang calon sebenar yang mampu membawa suara rakyat sekali gus membela nasib mereka di Parlimen.

“Saya bukan nak gaduh dengan calon Barisan Nasional (BN) tapi saya mahu tanya P Kamalanathan, dia masuk Parlimen untuk buat apa? Tapi kalau Zaid, dia masuk untuk apa? Dia (Zaid) masuk sebagai hero untuk rakyat. Ini dia kehebatan Zaid,” katanya.

Menurutnya, rakyat di Hulu Selangor semakin bijak menilai calon yang sesuai dan akan menolak pemimp:in yang mengamalkan rasuah serta tidak bersikap telus sebagai seorang pemimpin.

“Saya mahu tunjuk kepada UMNO. Mereka boleh beli orang dengan memberi kontrak untuk lompat parti...Tetapi, rakyat di sini sudah bijak menilai dan mereka akan menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah dan tidak telus dalam pemerintahan mereka,” katanya. -SH

Untuk Kuatkan Suara Rakyat Di Parlimen, Undi Lah Datuk Zaid


Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyeru pengundi Hulu Selangor memilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim agar beliau dapat membela hak dan nasib mereka di Dewan Rakyat.

Berucap pada majlis ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baru, Azmin berkata Zaid berupaya mengangkat pelbagai masalah rakyat ke Parlimen dan menegur Umno-Barisan Nasional.

"Kalau dia masuk dalam Dewan Rakyat dia akan angkat masalah rakyat dan bukan menjadi budak suruhan Najib," ujar Azmin di hadapan kira-kira 30,000 penyokong.

Azmin berkata, sejak Pakatan Rakyat berjaya menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen pada pilihan raya umum lalu, Pakatan Rakyat berjaya membentuk suara yang kuat di Parlimen.

Tambah beliau, banyak pelaksanaan dasar kerajaan yang zalim dan menindas rakyat ditangguhkan akibat mendapat tentangan dari pembangkang.

"Di bawah kerajaan BN, rakyat mahu dikenakan cukai GST tetapi Rang Undang-undang GST ditarik balik kerana kita menentang.

"Oleh sebab itu suara yang berani pertahankan hak rakyat di Hulu Selangor ini ialah Zaid Ibrahim, calon dari KEADILAN," ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh.

Beberapa jam menjelang hari pengundian esok, Azmin berharap rakyat di Hulu Selangor akan membuat pemilihan yang tepat siapa calon yang bakal mewakili mereka di Parlimen itu.

Beliau juga mengingatkan pengundi supaya tidak mudah tertipu dengan pelbagai janji pembangunan yang ditawar kerajaan terutama golongan peneroka Felda.

"Saya nak bagi tahu kepada peneroka Felda, jangan terperangkap dengan isu kerana isu tanah adalah hak kerajaan negeri dan bukan hak kerajaan pusat," kata Azmin.

Menurut Azmin, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini semakin terdesak dan diasak dengan pelbagai isu yang lengkari pentadbiran BN dan yang terbaru mengenai hubungan negara dengan syarikat Zionis, Apco Worldwide.

"PM semakin hari semakin panik, hari ini kita bukan letak satu rostrum tetapi dua rostrum untuk Najib supaya kita boleh berdebat mengenai Apco tetapi dia bacul untuk bertentang dengan rakyat di Hulu Selangor," ujarnya.

Azmin turut menyentuh sikap kerajaan yang hipokrit apabila meletakkan calon India dari MIC bertanding di Hulu Selangor.

"Dua bulan lalu pegawai khas PM dalam seminar 1Malaysia menghina orang Cina dan India dengan mengata mereka sebagai pendatang. Orang Cina dan India dikata sebagai pengemis dan pelacur," ujarnya. -SK


Saturday, April 24, 2010

Tuan Guru Nik Aziz Beri Kekuatan Pada Zaid


Setelah diserang bertalu-talu oleh BN sepanjang tempoh kempen, Datuk Zaid Ibrahim kini berpeluang untuk melonjakkan kembali popularitinya di kalangan pengundi Melayu.

Penyelamatnya itu hadir dalam bentuk, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berkempen secara aktif selama dua hari bermula semalam.

Pengarah penyelidikan PAS pusat, Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif berkata Nik Abdul Aziz diperlukan dalam kempen kali ini bagi menjawab serangan peribadi ke atas Zaid.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) akan temui pengundi dan beritahu Datuk Zaid sudah bertaubat.

"(Zaid) sudah tidak buat lagi perkara-perkara itu. Dia akan beri hujah-hujah balas," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, Nik Abdul Aziz dijangka mengupas kisah Khalid Al-Walid, seorang pejuang Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

"Sebelum masuk Islam, (Khalid) minum arak, melakukan maksiat dan sebagainya.

"Tapi bila dia masuk Islam, dia komited dengan perjuangan Islam," katanya.

Wan Abdul Rahman juga yakin isu Zaid yang dikatakan sebagai 'kaki botol' dan juga 'kaki judi' itu akan kembali memberi kesan kepada BN.

"(Nik Abdul Aziz) akan kata itu Zaid buat semasa dalam BN. Sememangnya itulah budaya dalam BN. Sekarang dia sudah keluar BN, sudah bertaubat," katanya lagi.

Ketika ditanya, beliau menjelaskan bahawa Nik Abdul Aziz tetap popular di Selangor, walau lebih dikenali sebagai pemimpin Kelantan.

"Dia dikenali bukan saja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa juga," katanya dan menjelaskan Nik Abdul Aziz telah menerima beberapa anugerah kehormat daripada beberapa buah negara Islam.

Sebaik pulang daripada mengerjakan umrah, petang semalam, Nik Aziz terus berkejar ke Hulu Selangor bagi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim meskipun kesihatannya dilaporkan tidak begitu baik.


Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno.

Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

Kehadiran tokoh agama ini disambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim.

Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.

"Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong," katanya.

Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh.- MK

Husam- Umno Nak Cakap Tentang Moral Dan Akhlak?


Umno yang sebelum ini tidak pernah membicarakan tentang akhlak nampaknya memperlihatkan sikap warak pada pilihan raya kecil Hulu Selangor malah menjadi terlalu warak daripada dulu kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Kita lihat Umno sebelumnya dan di Hulu Selangor, mereka dah menjadi terlalu warak selalu bercakap soal akhlak sehingga cakap mahukan calon yang bermoral tidak minum dan judi.

"Apa Umno baik sangat ke, siapa yang tidak minum arak dalam Umno, saya cabar Umno untuk buktikan siapa yang tidak minum. Mereka ini sebenarnya sudah kehabisan idea sehingga sanggup menggunakan isu minum arak. Tuduhan mereka itu sebenarnya terkena kepada mereka sendiri sehingga ada pemimpin mereka terpaksa menafikan penglibatan mereka.

"Unmo nak cakap tentang moral dan akhlak, cuba lihat dulu Presiden MCA apakah yang dia dah buat itu yang nak dibanggakan, bermoral ke kelakuan sebegitu. Ini lah Umno bila terkena pada mereka senyap tak boleh nak cakap apa tapi kalau orang lain riuh sekampung," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu ketika berucap di Felda Gedangsa Rabu lalu.

Beliau juga menjelaskan Datuk Zaid Ibrahim adalah calon yang paling layak untuk mewakili rakyat di Hulu Selangor kerana beliau adalah seorang yang berpendirian tegas.

"Zaid Ibrahim yang saya kenali adalah seorang yang berprinsip dan juga berpendirian tegas, kita nampak kesungguhan dia untuk membela rakyat. Beliau menentang undang-undang yang zalim diamalkan, sanggup mengorbankan kepentingan peribadi kerana tidak puashati dengan tindakan yang dikenakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Calon sebeginilah yang kita mahu untuk mewakili rakyat bukannya seperti calon dari Barisan Nasional yang tidak ada rekod apa-apa baktinya kepada rakyat, kalau MIC dah tentu kita tahu mereka hanya tahu cakap sahaja," sambungnya lagi.

Husam yang mahu peneroka Felda bangkit dan sedar apa yang telah Umno-BN telah lakukan selama ini.

"Saya menyeru agar pengundi di kawasan Felda bangkit dari kesedaran dengan apa yang telah berlaku sebelum ini semasa pemerintahan Barisan Nasional. Zaid adalah calon terbaik untuk peneroka Felda kerana beliau dapat menyelesaikan masalah yang terdapat di Felda," jelasnya lagi.

Zaid menurut Husam mempunyai kebolehupayaan dan profesionalisme selain tahap pendidikan dan pengalaman sebagai pengamal undang-undang.

Berbanding dengan calon BN, P Kamalanathan, beliau berkata, rakyat masih tertanya-tanya tentang rekod pendidikan serta profesionalisme calon MIC tersebut

Sehubungan itu, beliau mengganggap Zaid jauh lebih berprinsip serta berkelayakan mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan Rakyat kelak, berbanding Kamalanathan. -SK

Husam- Kempen Umno-BN, Jerat Diri Sendiri


Tindakan Barisan Nasional (BN) memainkan isu arak sepanjang kempen pilihan raya hanya akan menjerat diri sendiri, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa. (Gambar)

Menurutnya, beliau percaya lebih daripada sebahagian pemimpin parti itu juga terbabit dalam perbuatan sama, bagaimanapun menafikannya.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Lim Kit Siang mengatakan isu arak akan memakan diri UMNO sendiri.

“Setakat ini sahaja, beberapa pemimpin kanan UMNO menafikan mereka minum arak, saya percaya sehingga hari pengundi 25 April (Ahad) nanti, lebih ramai akan menafikan perkara sama,” katanya dalam ucapan Ceramah Perdana di Padang Awam dekat sini, semalam.

Menurutnya, beliau bersedia berdepan dengan pemimpin UMNO dan BN mengenai isu ini dan mendedahkan senarai pemimpin mereka yang terlibat.

“Jika kami dapat buktikan mereka terlibat, saya mendesak mereka melepaskan jawatannya dengan segera sekiranya pemimpin UMNO masih menggunakan sejarah masa lalu kononnya Zaid bersikap buruk kerana kaki arak, kalau kaki arak ini dan arak menjadi ukuran,” katanya.

Hussam berkata, Zaid jauh lebih berani berhadapan dengan serangan yang dilakukan, dan membuat pengakuannya yang kini bersih daripada amalan negatif itu.

“Bagaimana pula dengan sesetengah pemimpin UMNO sedangkan mereka ini masih 'minum' sampai hari ini.

“Ini tidak bagi Zaid, beberapa bulan lepas beliau ke Makkah bersama isterinya bagi mengerjakan umrah, baru tiga bulan lepas kalau tidak silap saya.

“Sudah tentu sebelum mengerjakan umrah, saya yakin beliau sudah bertaubat atas semua kesilapan masa lalunya,” katanya- SH

Pengundi Belum Buat Keputusan, Zaid Ibrahim Ada Kelebihan


Kurang 48 jam dari proses pembuangan undi, kebanyakan pemilih Parlimen Hulu Selangor belum membuat keputusan sama ada memangkah Datuk Zaid Ibrahim atau P Kamalanathan.

Tinjauan TV Selangor mendapati rata-rata pengundi mahukan wakil rakyat yang terbaik mewakili mereka dan calon Pakatan Rakyat lebih mendapat tempat di hati rakyat.

"Tak kira siapa. Janji boleh tolong rakyat. Itu yang kita harap sahajalah, tak kira siapalah. Tak kira orang baru atau orang lama. Apabila menang, kita harap dapat bantu kita. Itu yang kita harap," kata Khoo.

Berdasarkan pengamatan peribadi beliau, Pakatan Rakyat mampu menarik pengundi berdasarkan keupayaan kerajaan negeri memerintah Selangor dengan baik.

Bagi Mibidayah pula, beliau bukan sahaja mahukan pemimpin yang berkebolehan dan berwibawa tetapi turut mampu menggalas tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Mestilah pemimpin yang bertanggungjawab, yang ambil tahu soal rakyat. Waktu ini memanglah macam-macam janji tapi akhirnya ada yang tak tunai. Itu yang kita tak mahu. Kalau boleh janji itu dikotakan barulah orang percaya," katanya.

Kebanyakan pengundi juga dilihat lebih mengenali Zaid Ibrahim berbanding P Kamalanathan dan yakin mampu membawa banyak perubahan di Hulu Selangor.

"Saya pun tak kenal dia (Kamalanathan). Baru first time tengok gambar dia di poster. Kalau Zaid mestilah okay. Walaupun Zaid orang luar, dia orang yang berani bersuara," katanya.

Bagi Ganesh pula, Zaid mampu memikul tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat berdasarkan pengalamannya selaku bekas Menteri Undang-Undang.

Seorang pengundi Melayu, Mohd Sufi Abu Hassan pula mahukan calon terbaik yang dapat menjalankan tanggungjawab untuk rakyat.

"Kamalanathan? Siapa dia? Sebab dia bukan orang sini.K alau boleh kita nak orang daripada sini barulah kita boleh tahu masalah dekat sini. Setakat tetiba muncul mana kita tahu?"

"Zaid kita dah kenal. Dia menteri dan track record dia kita tahu. Dia sanggup berhenti sebab tak sebulu dengan pemimpin atas, soal ISA. Daripada situ, kita tahu mana yang bagus untuk bela nasib di Hulu Selangor ini," katanya.

Berbeza dengan calon pilihan Umno yang mewakili Barisan Nasional, Abdullah berkata calon parti itu kurang menonjol selain tidak dikenali ramai.

"Kamalnathan, saya kurang tahu pasal dia. Kurang kenal, kurang menonjol. Pasal Zaid ini, dia memang ada pengalaman jadi Ahli Parlimen. Kita tahu latar belakang dia," katanya. -TVS

Nik Aziz- Menyerang Peribadi Zaid Adalah Kerja Bodoh Umno


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siangdan naib presiden PKR Azmin Ali.

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor. -MK

Friday, April 23, 2010

Datuk Chua- Umno Angkuh Dan Sombong


Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan Umno kini semakin angkuh dan sombong sehingga menghina dan membelakangkan kepentingan kaum lain di negara ini.

"Hari ini kita lihat Umno mempermainkan isu perkauman dan agama seperti isu penggunaan nama Allah dan seperti kenyataan kawan rapat dan pembantu khas kepada Najib, Datuk Nasir Safar yang menghina orang Cina dan India di negara ini," katanya ketika berucap pada ceramah Pakatan Rakyat di Batang Kali semalam.

Menurut Jui Meng kemuncak penghinaan terhadap orang bukan Melayu adalah apabila Umno menyifatkan mereka sebagai pelacur dan pengemis.

"Orang Cina, datuk dan nenek moyang mereka yang datang dari benua Cina dikatakan datang (ke Tanah Melayu) untuk jual tubuh mereka, orang India pula dikata datang ke sini menjadi pengemis. (Mereka ugut) Orang Cina dan India jangan tuntut (hak) berlebihan kerana kewarganegaraan akan ditarik balik.

"Itu sifat Melayukah? Saya dibesarkan di Muar, kebanyakan kawan karib saya orang Melayu. Orang Melayu mudah didekati dan menjadi kawan tetapi Umno sekarang semakin angkuh dengan mengeluarkan kenyataan perkauman. Ini bukan cara orang Melayu, ini cara Umno putera," ujarnya sambil disambut tepukan orang ramai.

Bekas Menteri Kesihatan itu yang mula menyertai Parlimen pada 1986 berkata, beliau melihat perjuangan Umno dan BN jauh berbeza berbanding perjuangan pemimpinnya terdahulu.

"Dahulu kita ada tiga Perdana menteri yang disegani rakyat, jujur dan ikhlas tanpa skandal dan rasuah serta mempunyai prinsip yang tinggi tetapi sejak Dr Mahathir memerintah Malaysia selama 23 tahun, Mr Clean (Abdullah Badawi) jadi PM dan Datuk Seri Najib menjadi PM, negara penuh dengan skandal dan rasuah," ujarnya lagi yang pernah menjadi Menteri selama 9 tahun.

Katanya, meskipun ditawarkan dengan pelbagai jawatan semasa di dalam MCA yang dipimpin bekas presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat, beliau bertegas untuk keluar dari parti itu demi mempertahankan prinsip keadilan.

"Saya keluar MCA kerana saya ada misi menegakkan keadilan di tanah air saya, Malaysia yang saya cintai," katanya.

Menyamakan perjuangan Anwar dengan Presiden Aquino di Filipina, Jui Meng berkata beliau meninggalkan segala kemewahan dalam kerajaan untuk bersama-sama perjuangn Anwar membawa reformasi dalam sistem politik di Malaysia termasuk memberishkan pelbagai institusi seperti badan kehakiman.

Jui Meng turut menyentuh pengalaman beliau semasa menjadi menteri kabinet di dalam kerajaan, di mana pelbagai keputusan dilakukan demi untuk kepentingan kroni termasuk dasar penswastaan yang dilakukan kerajaan.

"Dalam kertas jemaah menteri, hampir tiap-tiap minggu bermesyuarat cadangan EPU dari PM penswastaan secara meluas. Perasaan saya mual, tiap-tiap minggu rompakan dijalankan di dalam mesyuarat jemaah menteri," katanya. -SK


Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan


Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.

Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.

Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.


Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.

Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.

Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya.

Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.


Sejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak.

Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi.

Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.

“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.

Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan. - Malaysiakini

Pas Hantar 10,000 Petugasnya Ke Hulu Selangor Untuk Pastikan Kemenangan Zaid


PAS kini giat memaksimakan persiapan hari-hari terakhir kempen pilihan raya, dengan menurunkan 10,000 jentera dari seluruh negara bagi memastikan kemenangan mutlak milik calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, fokus utama kini adalah memaksimakan jentera agar mengukuhkan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan menjelang 25 April.

"PAS pusat sudah bermesyuarat agar kita arahkan seluruh jentera semaksima mungkin bagi memastikan kekuatan Pakatan dan persediaan sebarang kemungkinan,"

"Jentera diturunkan secara berperingkat-peringkat dengan menempatkan diri di unit peti undi. Malah dalam tiga hari terakhir ini kita kumpul maklumat kempen agar tepat mengenai sasaran. Ini komitmen kita agar Pakatan menang," katanya yang ditemui media selepas berucap di Karnival Rakyat di Padang Majlis Daerah Hulu Selangor, Batang Kali malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan bahawa pemimpin PAS tidak turun membantu kempen ceramah.

Menurutnya, PAS sentiasa memberi komitmen membantu merencanakan jentera Pakatan sejak awal lagi.

"Dakwaan itu tidak benar kerana sejak dari awal kita telah menurunkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga pemimpin tertinggi yang lain.

“Mungkin kerana Hulu Selangor ini besar seluas Melaka jadi kita terpaksa bertebaran setiap malam untuk berkempen," katanya.

Malah beliau menjelaskan ekoran jadual yang cukup ketat menyebabkannya tidak cukup masa memenuhi jemputan yang ada.

“Saya sendiri baru pergi ke beberapa buah daerah mengundi sahaja kerana jemputan yang begitu ketat selain masa yang tidak mencukupi.Jadi tidak benar sebenarnya mengatakan kita tidak hadir kerana sejak dari hari pertama kita telah ada,” katanya.

Sementara itu, tokoh disegani ramai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka menyampaikan ceramah perdana malam esok.

Salahuddin turut menyifatkan serangan peribadi BN ke atas Zaid tidak akan menambat hati pengundi Hulu Selangor, sebaliknya manifesto calon tetap menjadi perhatian.

“Pengalaman saya selama 30 tahun dalam politik ini, isu-isu yang terlalu peribadi ini sudah lagi tidak mendapat perhatian rakyat.

“Dalam beberapa siri pilihan raya kecil seperti di Kuala Terengganu, Bagan Pinang, Permatang Pasir dan Bukit Selambau, saya lihat isu-isu yang terlalu peribadi sudah tidak lagi menyentuh pengundi.

“Kempen secara peribadi ini rakyat sudah boleh faham, apa yang penting untuk mereka lihat adalah janji ataupun manifesto dan juga mahu melihat apa yang mereka boleh dapat daripada kerajaan,” kata beliau. -FMT

Thursday, April 22, 2010

Ada Lagi Dosa Dato'Zaid !??? Ini Dia..





Posted on Tuesday, April 20 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh Aksi Dakwah

Mutaakhir ini, Dato' Zaid Ibrahim, calon PKR Parlimen Hulu Selangor diserang bertubi-tubi dengan isu 'minum arak'. Namun Dato' Zaid menunjukkan kehebatan peribadinya dengan mengakui akan gaya hidupnya di masa lampau.

Bahkan Dato' Zaid menyatakan bahawa beliau telah bertaubat kepada Allah swt dan memohon maaf pada rakyat. Ini adalah satu kelebihan yang dipamirkan oleh Dato' Zaid. Maka saya tidak hairan sekiranya Tok Guru Haji Hadi mempertahankan Dato' Zaid sebagai calon PRK Hulu Selangor dan saya tak pelik kakalu Tok Guru Nik Aziz menyetujuinya. Yang peliknya ialah pemimpin UMNO kerana mereka tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka.

Malah, Dato' Zaid juga telah membuktikan kejujurannya membenci kezaliman dan kejahatan dalam UMNO dengan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan akta ISA yang zalim dan bermacam-macam penyelewengan Kerajaan UMNO/BN. Inilah antara kehebatan Dato'


Kalau diikutkan logik, tidak ada apa yang hendak dicari oleh Dato' Zaid di dunia ini lagi. Bukankah Dato' Zaid mempunyai firma guaman terbesar yang mempunyai jumlah peguamnya melebihi 100 orang. Kita boleh bayangkan kalau seorang peguam dibayar gajinya purata RM3000.00 seorang maka Zaid & Co kena membelanjakan wang sejumlah RM300,000.00 sebulan tidak termasuk gaji kaki tangan lain. Saya tidak kata Dato' Zaid kaya tetapi saya yakin Dato' Zaid boleh hidup senang atau sedang hidup senang dengan profesionnya itu.


Jadi untuk apa Dato' Zaid berada dalam rumah yang panas sedangkan beliau mempunyai rumah yang sejuk ber'air-cond'. Apa ada pada PKR dan Pakatan Rakyat jika di bandingkan dengan apa yang ada pada UMNO dan BN yang mana Dato' Zaid telah berada dalam zon selesanya sebagai menteri? Tapi beliau berhenti bukan diberhentikan. Ya.. Jawapannya ialah kerana Dato' Zaid ingin bersama rakyat yang sentiasa ditipu dan dizalimi oleh UMNO/BN. Artinya keseluruhan hidup bersama dengan UMNO adalah berdosa setelah kita mengetahui akan kejahatan dan kemungkarannya dalam pemerintahan.


Justeru itu, berada dalam UMNO adalah berdosa sebagaimana yang seing diratib oleh Mursyidul 'Am PAS. Berlawan dengan UMNO, dapat pahala, kata Tok Guru Nik Aziz. Sebelum lawan UMNO, mereka yang berada dalam UMNO perlu keluar UMNO dulu. Keluar UMNO pun dapat pahala kerana keluar dari kelompok yang penuh dengan kejahatan dan kemungkaran. Bila keluar, baru boleh lawan. Bila lawan UMNO, dapat pahala kali kedua. Itulah mafhum atau yang dapat difahami dari ratib Tok Guru Nik Aziz.


Jadi ... selama ini Dato' Zaid berada dalam berdosa kerana berendam hanyut bersama kemungkran dan kejahatan UMNO. Apa jahat dan mungkarnya UMNO pada rakyat dan negara? Ya.. UMNO memang banyak melakukan kemungkaran. Bukankah UMNO lah yang telah membunuh segelintir rakyat di Memali termasuk pendakwah terbaik yang diiktiraf sendiri oleh Pusat Islam iaitu Ustaz Ibrahim Libya? Apakah dosa Ust Ibrahim Libya bersama pengikutnya sehingga mereka dibunuh bagaikan penjenayah??


Bukankah UMNO berdosa kerana sentiasa menipu dengan janji-janjinya yang cukup manis untuk peneroka Felda Sungai Buaya dan lain-lain Felda sehingga ada di antara peneroka yang tidak dapat hak milik tanah bahkan mereka dibelenggu hutang silih berganti sampaikan Presiden ANAK telah mendedahkan penipuan UMNO ini dalam bukunya bertajuk 'FELDA : DULU TOLONG SEKARANG AH LONG' dan elok juga kalau tulis satu lagi buku bertajuk ' HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, PENEROKA MATI MENINGGALKAN HUTANG'.


Hanya peneroka dan mereka yang sering mendampingi peneroka sahaja yang merasai penderitaan dan siksanya jiwa sebagai peneroka. Hutang dah habis bayar, tiba-tiba masih lagi didapati berhutang. Janji nak bagi geran tanah, tiba-tiba tak jadi. Kena undi dulu BN baru boleh bagi.


Bukankah UMNO/BN telah berdosa kerana melantik syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi / Israil yang telah nyata dan jelas membunuh manusia di Palestin, sehingga tercungap-cungap mereka untuk berbahas ketika berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan sehingga pihak KPN terpaksa menamatkan perkhidmatan egen APCO di pejabat polis? Mereka minta Dato' Seri Anwar kemukakan bukti lalu dikemukakan bukti.Sekarang mereka cukup rimas dengan isu APCO / Yahudi ini.


Bukankah telah banyak wang rakyat telah dihabiskan untuk pemimpin-pemimpin UMNO/BN menerusi projek-projek yang kalau kosnya RM500 juta lalu diangkat harganya menjadi RM1 bilion. Kononnya nak buat projek untuk rakyat lalu dibinanya sekolah yang harga RM10 juta tapi diangkat harganya menjadi RM20 juta. Kononnya untuk kemudahan rakyat lalu dibinanya lebuhraya 4 lorong yang harga kosnya untuk 1 km ialah sebanyak RM1 juta termasuk keuntungan untuk kontraktor lalu diangkat harganya menjadi RM3.5 juta setiap 1 km? Kenapa harga-harga projek yang kononnya untuk rakyat diangkat sehingga dua tiga kali ganda?Jawabnya kerana untuk di 'faraid'kan komisyennya kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN.


Bukankah dosa rasuah sudah membarah, melekat dan menjadi darah daging UMNO/BN? Ibarah daging kalau cuba dipisahkan dari badan akan terasa sakit. Begitulah juga pemimpin UMNO/BN terasa bagaikan tercabut nyawanya kalau tidak buat kerja 'rasuah'. Sebab itu kita lihat, walaupun UMNO/BN tewas teruk pada PRU12 2008 sebelum ini ytang antara sebab utamanya kerana rakyat menyampah pada perangai pemimpin UMNO/BN yang hidup mewah dengan rasuah namun aktiviti rasuah mereka terus menjadi-jadi sehingga Tengku Ahmad Rithaudin (Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO) menyatakan ada lebih 900 aduan mengenai rasuah dalam UMNO. Sepatutnya UMNO bertaubat dengan kerja rasuahnya itu demi mengembalikan keyakinan rakyat pada PRU 13 tetapi UMNO tak mungkin bertaubat dari dosa rasuah?


Bukankah UMNO juga yang merampas wang rayalti minyak Terengganu hanya semata-mata kerana Terengganu diperintah oleh PAS, Sepatutnya UMNO dah bertaubat kerana mereka kata mereka nak bela Melayu. Rakyat Terengganu adalah majoriti Melayu. Tapi ... dosa UMNO dalam merembat dan menyeleweng wang rakyat adalah sama dengan dosa mereka dalam bab rasuah. Ianya bagaikan kuku dengan kulit. Susah nak berpisah. Lalu mereka terus bertindak dengan tindakan yang sama terhadap Kelantan hanya semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh PAS. Sedangkan mereka meratib bahawa mereka adalah pembela Melayu. Bukankah rakyat di Kelantan ramai berbangsa Melayu.


Terlalu banyak dosa UMNO untuk rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Khazanah negara hampir habis samada balak, minyak dan wang rakyat dari lain-lain sumber digunakan dengan penuh licik oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan mereka.


Maka dengan ini Dato' Zaid harus mengisytiharkan di hadapan rakyat di Hulu Selangor bahawa beliau juga pernah melakukan dosa yang lain iaitu dosanya kerana bersama dengan UMNO yang telah banyak melakukan dosa dan kejahatan seperti yang telah dinyatakan di atas. Dosa orang yang bertaubat akan terampun di sisi Allah swt. Orang yang bertaubat, dirinya bagaikan kain putih. Bagaimana dengan pemimpin UMNO yang lain, yang terus berada dalam kerja-kerja dosa kerana berada dalam UMNO?


Semuga Allah swt menerima taubat Dato' Zaid sebagaimana Allah swt menerima taubat Saidina Umar ra yang pernah minum arak dan membunuh anaknya sendiri dan juga taubat Hindun yang telah bersama membunuh Pak Saudara Nabi, iaitu Hamzah Ibnu Abdul Muttalib.


Setelah bertaubat, Dato' Zaid boleh terus duduk di rumah berulang alik ke Masjid, dan dipenuhi dengan zikir, baca al quran dan bertahajud tetapi Dato' Zaid memilih untuk berada di alam kesusahan bersama rakyat dan perjuangan untuk rakyat sebagaimana yang banyak berlaku kepada para sahabat yang telah bertaubat dan berjanji di hadapan Rasulullah saw "Ya Rasulullah, Aku tidak akan berhenti berperang selagi mana aku tidak membunuh tentera musuh sebanyak mana yang telah aku bunuh tentera Islam sebelum ini'.


Maka mungkin Dato' Zaid akan berkata di hadapan rakyat Hulu Selangor 'Wahai saudara-saudara sekelian, selama ini saya berada dalam UMNO yang telah banyak menindas dan menipu rakyat serta menzalimi rakyat. Kini saya telah bertaubat dan demi Allah, dengan ini saya bersumpah akan terus berjuang membela rakyat agar hidup saudara-saudari akan sentiasa mendapat pembelaan dan keadilan sebagai manusia dan rakyat Malaysia'.


Kepada Dato' Zaid, Seringlah beristighfar, banyakkan baca selawat kepada Nabi saw dan teruskan perjuangan, jangan pandang ke belakang. Semuga Allah swt memberi kekutan dan pertolongan kepada Dato'. /tranungkite

Umno Masih Hipokrit, Pemimpinnya Juga Masih bergelumbang Dengan Arak





Setelah 4 hari kempen di Hulu Selangor berlalu kita dapat menyaksikan cara kempen UMNO seperti semuanya tidak menjadi. Serangan demi serangan kepada peribadi Calon Pakatan rakyat nampaknya menjadi peluru hidup untuk menembak BN dan UMNO kembali.

Saya kira BN pun tidak terfikir dan jangkakan bahawa mengungkit masa lampau Zaid Ibrahim (gambar)yang dikaitkan dengan arak dan Judi adalah mengungkit apa yang pemimpin UMNO buat pada masa lampau malah sampai ke hari ini.

Kerana itulah tindakan memainkan isu peribadi adalah tindakan BN dan UMNO yang sangat terdesak setelah mereka tahu modal kempen dengan isu pembangunan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

Bayangkan sebelum penamaan calon lagi Muhyiddin turun di Hulu Selangor dan menawarkan sekolah dan perumahan kepada rakyat disitu. Selain itu mencurah-curah projek mee segera turun di situ. Isu pembaziran dengan adanya PRK tidak timbul lagi.

Pemimpin dan penceramah BN macam orang "sawan" habis-habisan serang Zaid Ibrahim dengan isu yang lampau. Namun dengan penuh kesedaran dan keinsafan beliau mengatakan sudah bertaubat dengan ucapan yang mengambarkan keluhuran peribadi dan tidak bersikap hipokrit.

Yang pasti pemimpin UMNOlah yang hipokrit, bercakap keaiban orang dimasa lampau yang telah taubat namun pemimpin UMNO masih bergelumbang dengan arak dan judi sampai sekarang.

Sebab itulah tanda-tanda kemenangan calon Pakatan Rakyat nampaknya semakin hampir dan jelas. Pengundi di Hulu Selangor saya rasakan dapat menilai bahawa keikhlasan Zaid membuktikan dia layak untuk ditabal sebagai wakil rakyat mereka yang baru. /idhamlim




Memang Umno adalah parti munafik dan hipokrit. Kuman di seberang mereka nampak tapi gajah di depan mata mereka buat tak nampak. Zaid pun telah membuat pengakuan dan kenyataan, itu adalah sejarah dan peristiwa silam dizaman beliau dalam parti Umno. Tapi Zaid berani berterus terang dan tidak hipokrit. Katanya beliau telah memohom ampun dan bertaubat dengan tuhan dengan keterlanjuranya.. Jika Zaid berdosa dengan meminum arak, dosa Saidina Omar lebih besar kerana khalifah ketiga itu pernah membunuh anak perempuannya di zaman jahiliah, nabi muhammad pernah bersabda, Allah mengampun segala dosanya yg lepas setelah ianya dibuat secara jahil. Begitulah juga dengan Omar Alkhattab yang menjadi musuh islam, tapi setelah memasuki Islam, beliau yang menjadi pejuang islam yang termasyhur. Begitulah Zaid yang hanya berdosa secara meminum arak dan ini adalah dosa peribadinya dengan tuhan.. dan beliau telah pun memohom ampun dan bertaubat. Secara realitinya apabila sesaorang telah menyesal diatas perbuatannya dan tidak mengulanginya lagi bererti tuhan telah mengampuni dosa-dosanya yag telah lalu. Setidak-tidaknya Zaid telah menyesal diatas perbuatannya.. tapi bagaimana dengan pemimpin Umno yang lain. Apakah mereka semua bersih daripada mengambil minuman arak. Setahu saya, separuh daripada pemimpin-pemimpin Umno yang mengambil minuman syaitan. Apakah mereka semua sudah bertaubat? Kalau nak tahu tanyalah YB Ipoh Timur..

Mat Sabu- Rakyat Hulu Selangor Akan Rugi Jika Tidak memilih Zaid.


Menolak ketokohan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan merugikan rakyat Hulu Selangor selain menolak tuah yang datang kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di kawasan perumahan Jalan Padang Tembak di sini semalam.

Beliau mengingatkan pengundi Hulu Selangor supaya jangan tersilap langkah serta membuat pilihan yang tepat semasa pilihan raya nanti.

"Pengundi Hulu Selangor dikatakan menolak tuah jika tidak memilih calon Pakatan Rakyat sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah seorang yang terbukti prinsipnya dalam membela rakyat.

"Zaid Ibrahim seorang yang mempunyai prinsip dalam perjuangan, beliau juga bekas menteri bukan dipecat tetapi letak jawatan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk kezaliman oleh Kerajaan.

"Kalau kita tidak bersetuju dengan percakapan lawan dengan percakapan, kalau tulisan, lawan dengan penulisan, wartawan lawan dengan kewartawanan, bukan dengan ISA.

"Oleh itu, Zaid ambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri. Dalam dunia hari ini nak cari orang yang sebegini memang payah. Aku pun tak tentu lagi letak jawatan kalau jadi Menteri," kata Mohamad Sabu berseloroh.

Mohamad Sabu juga menjelaskan manusia memang mempunyai kelemahan dan tidak lari dari melakukan kesilapan.

"Kita sebqgai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan termasuk Zaid yang diserang secara peribadi, tapi sebagai Menteri yang berprinsip, beliau meletakkan jawatan sedangkan banyak kemudahan dan kelebihan disediakan oleh kerajaan. Kita kena lihat ini sebagai perjuangan kita, pemimpin Umno lagi banyak melakukan kesilapan, jangan sampai saya buktikan.

"Saya nak ingatkan sekali lagi kalau pengundi di sini tidak pilih Zaid sebagai wakil mereka, memang orang Hulu Selangor menolak tuah. Jarang ada di dunia orang seperti Zaid Ibrahim apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, dia letak jawatan dan kemudiannya menyertai pembangkang," jelasnya lagi di hadapan kira-kira seribu orang penyokong.

Dakwa Mohamad Sabu, selepas pilihan raya umum pada 2008, kerajaan BN cuba menimbulkan pelbagai isu perkauman yang sensitif, termasuk memfitnah Exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan mengikut ISA.

Berikutan tindakan kejam kerajaan menyebabkan Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Bharu membantah dan seterusnya meletakkan jawatan.

"Inilah Zaid yang saya kenal dan hormat. Ada satu perkara yang orang lain tidak tidak boleh buat. Orang yang ada prinsip memang kita hormat," katanya.

Mohamad Sabu juga menegaskan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional kerana membuat perjanjian dengan firma yang mempunyai kepentingan Yahudi adalah amat merbahaya dan tidak boleh diambil mudah.

"Unsur Yahudi amat bahaya, politik Yahudi adalah menghapuskan orang yang tidak disukainya. Kita tidak mahu budaya politik sedemikian meresapi dalam negara kita dan ini amat merbahaya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memilih Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini sebagai membantah tindakan kerajaan BN dan megekang pengaruh Zionis Yahudi menjalar dalam pentadbiran kerajaan. - SK

Wednesday, April 21, 2010

"Minum Arak"- Berapa Ramai Pemimpin Umno Bersih?


Dalam kalut peribadi calon Pakatan Rakyat kerusi Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (Gambar) diserang sebagai “kaki botol tegar”, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membidas pemimpin Umno-BN sebagai cetek dengan permasalahan hukum.

“Masih cetek, malah masih terlalu jauh untuk mereka bercakap tentang hukum,” kata beliau .

Mohd Amar merujuk dakwaan sesetengah pihak mengatakan tidak wajar diberi undi kepada seseorang kaki botol seperti Zaid dengan mempersoalkan “kalau tak boleh undi Zaid kerana itu, bagaimana pula hakikatnya memberi undi kepada bukan Islam?”

“Ini... maksud saya kalau hendak bercakap pasal hukum.

“Dari sudut yang lain pula, kita hendak tanya berapa ramai dalam Umno itu sendiri yang bersih?” soalnya.

Mohd Amar bertegas, persepsi negatif terhadap Zaid tidak wajar diungkit memandangkan ia cerita lama dengan berkata “kalau betullah Zaid seorang kaki minum, tetapi dia sudah bertaubat, sedar dan insaf, dan tidak terlibat lagi dengan maksiat itu.

“Dari segi hukumnya ia tidak boleh dibangkitkan,” katanya.

“Pada zaman sahabat sebelum Islam dulu... berapa ramai perangai mereka yang lebih dahsyat dari itu, tapi bila sedar dan insaf, mereka masuk Islam, pada masa itu mereka boleh menjadi seorang pejuang yang baik,” jelasnya.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri diserang pesaingnya dari BN dengan isu peribadi kononnya sebagai seorang kaki botol tegar sejurus diumum sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.


Susulan itu, secara professional Zaid tidak menafikan perkara itu berkata “saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri macam saya dulu tetapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

“Apa yang berlaku adalah sejarah lampau sudah lama ditinggal berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat tinggal tabiat buruk itu” kata Zaid.

Mengulas lanjut Mohd Amar mendakwa sebab utama BN cuba memainkan isu peribadi untuk menyerang Zaid adalah kerana takut untuk berhadapan dengan calon pakatan itu.

Tambah Mohd Amar, Umno-BN memang dengan sedaya upayanya cuba untuk menghalang Zaid daripada berjaya dibawa masuk ke parlimen kerana bimbang ia akan menambah kuatkan lagi barisan pembangkang.

“Zaid bukan asing bagi BN, lebih-lebih lagi kepada Umno itu sendiri, mereka tahu keupayaan dan keberanian Zaid yang bukan jenis ‘yes man’ dalam konsep perjuangannya.

“Lalu kerana ketakutan dan kebimbangan itulah, maka BN seolah-olah terpaksa memilih pendekatan menyerang Zaid dengan isu peribadi,” antaranya sebagai kaki botol.

“Bagaimanapun, walau sebanyak mana dakyah dilontar oleh BN semata-mata untuk menjatuhkan Zaid, saya kira rakyat lebih arif untuk membuat segala penilaian.

“Rakyat sekarang cerdik-cedik belaka, mereka tahu apa itu topeng dan di mana nilai sebenar sesuatu pakaian,” ujarnya sambil menyifatkan Zaid adalah calon yang berkemampuan untuk meneraju perubahan rakyat di Hulu Selangor. -TMI

Zaid Berjanji Akan Bela Nasib Rakyat Hulu Selangor


Calon Parti KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau akan terus memperjuangkan hak rakyat Hulu Selangor dalam memastikan segala masalah dapat ditunaikan selain menjadikan Hulu Selangor sebagai daerah contoh yang dikagumi seluruh rakyat Malaysia.

"Pada hari penamaan calon saya sudah katakan bahawa saya jatuh cinta pada Hulu Selangor, saya telah bertemu mendengar dan belajar dari ramai orang, apa yang saya alami ini banyak menyentuh hati saya.

"Saya bertemu dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan saya beriltizam untuk bersama-sama mengangkat gagasan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengubah Hulu Selangor menjadi contoh tauladan yang dikagumi seluruh rakyat Malaysia. Selangor yang dianggap sebagai negeri maju dan taraf hidup masyarakatnya hampir menyamai Eropah Barat.

"Namun kenapa sejak 50 tahun yang lalu ribuan orang masih hidup tanpa bekalan paip air, tanpa tanah dan tanpa harapan masa hadapan buat anak-anak mereka. Bagi saya masa untuk kecewa telah tamat, kini waktunya hak yang dirampas dipulangkan kepada rakyat Hulu Selangor," jelas Zaid pada sidang media harian di Pusat Media Pakatan Rakyat tengahari tadi.

Beliau juga berazam akan mengubah wajah Hulu Selangor yang telah menjadi mangsa kepada pengabaian Umno-Barisan Nasional sejak sekian lama.

"Anak muda adalah masa depan Hulu Selangor dan negara, tetapi mereka meninggalkan Hulu Selangor kerana kekurangan pekerjaan, kekurangan kegiatan serta kekurangan peluang untuk mereka melakukan perubahan.

"Kita memerlukan orang-orang muda untuk menetap di sini, kita mesti menukar Bukit Beruntung dan Lembah Beringin yang sekarang ini terbiar disebabkan sikap sombong Umno agar menjadi pusat pendidikan, perniagaan dan pembudayaan di Selangor.

"Berkenaan dengan masalah tanah menyebabkan ribuan penduduk yang tinggal di sini sejak lima puluh tahun tanpa mendapat geran ke atas tanah yang mereka usahakan tetapi pemerintahan di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyelesaikannya dengan memberikan geran-geran tersebut," sambungnya lagi.

Zaid menjelaskan masalah rakyat di sini menjadi tanggungjawab beliau untuk merubahnya dan berharap penduduk di sini dapat membantunya.

"Saya juga berasal dari keluarga miskin, saya faham kehendak, maruah dan impian rakyat Hulu Selangor umpama ianya hasrat dari saya sendiri. Kepada rakyat Hulu Selangor, percayalah pada saya dan berikan saya peluang untuk sama-sama bekerja menjadikan impian ini suatu kenyataan," kata Zaid lagi. -SK

Tuesday, April 20, 2010

Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili


TUHAN Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau Tuhan ingin menolong sesuatu pihak mudah saja, cukup bagi-Nya dengan mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah. Pengumuman Dr Halili Rahmat(Gambar) keluar darip PKR dan menyertai Umno hari ini adalah atas kehendak Tuhan.

Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati penyokong dan ahli PKR makin parah. Sungai Choh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah darah kekecewaan ahli. Ahli akan menangis atas tindakan itu kelak.

Apabila Tuhan mengawalkannya membawa Halili ke dalam Umno ini bermakna Tuhan tidak mahu ahli PKR dan Pakatan Rakyat merasai kesedihan atasnya lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya dengan Tuhan membuka pintu hati Halili menyertai Umno ia membolehkan ahli PKR cepat mencari ubat merawati dan mbaluti kelukaan itu. Ahli PKR dan penyokong PKR kena bersujud syukur kepada Terima atas apa yang berlaku ke atas Halili.

Saya cukup yakin, dan dari sumber yang diperolehi kenapa beliau tidak dipilih sebagai calon kerana sudah ada keraguan dan kesetiaan beliau kepada parti. Itulah yang menjadi dilema kepada Anwar Ibrahim dalam menimbangkan Halili dan calon lain menjadi calon. Anwar juga sudah tahu ke mana sahabat karibnya itu. Dan ia tidak menghairankan kalau Ezam Mohd Noor yang dikembangbiakkan oleh Anwar pun boleh meninggalkan dan mencerca Anwar sambil berlari-lari ke rumah Umno semula. Jadi apalah sangat dengan Halili dan orang-orang sejenis dengannya. Bagaimana cara Ezam mengentuk pintu belakang Umno begitulah juga Halili.

Apa lah Halili berbanding dengan Ezam dan lain-lain. Seorang pakar bedah saraf boleh dan pakar membedah tetapi dia tidak pakar dalam menilai saraf politik yang lebih shofiketed dari saraf kepala manusia. Saya sebelum ini pun tidak pernah menulis dan mencatat nama Dr Halili ini menunjukkan nama itu hama dalam kamus politik saya. Dia menjadi sebutan hanya kerana diambil Anwar menjadi doktor peribadi.

Yang tinggal dalam Keadilan adalah mereka yang kental. Mereka yang suci hati dan nekad berjuang untuk melakukan perubahan demi rakyat. Pun begitu kesetiaan seseorang tidak boleh diukur. Hari ini mungkin setia esok mungkin memungkiri segala persetiaan. Itulah manusia. Mereka yang rapuh, lemah semangat dan tidak tahan diugut dengan api perjuangan, akan menggeletar dan mengaku kalah kepada musuh.

Sekali lagi terima kasih kepada Halili kerana bersikap gentlemen menyertai Umno tidak dalam mendapat mandat rakyat. Pasti ahli PKR akan lebih kecewa kalau beliau bertindak seperti beberapa yang lain setelah berjaya memasuki ke parlimen yang dihampar karpet merah oleh rakyat kemudian berak dan kencingnya atas laluan itu.

Dalam usaha menganggui semangat dan jentera PKR saya percaya selepas ini ada bebera individu lain akan mengikut jejak Halili. Kalaupun tidak orang besar tetapi pembantu Halili semasa dalam bilik pembedahan pasti akan menurut jejak bosnyanya.

Begitu juga dengan calon bebas Melayu itu saya saya dia juga akan mengistyharkan diri dan menyokong Umno. Hari ini Chandran sudah berbuat demikian. Membatalkan niat dan menyatakan sokongan kepada MIC. Dari awal sudah diduga kenapa dan mengapa Johan Mat Diah menyertai pilihan raya berkenaan ia adalah strategi dan motif yang jelas.

Orang sudah tahu di mana akar politiknya. Ia bertunjang di Shah Alam Selangor. Kalau akar tunjang sudah buruk sudah pasti akar cabang, akar rambut dan ranting serta daun-daun pokok berkenaan semuanya akan buruk dan akan layu yang mana akhirnya pokok itu akan menyembah bumi.

Saya percaya ahli PKR dan Pakatan Rakyat sudah memahami tribulasi ini. Makanya hadapilah hari-hari mendatang yang tersisa selama enam hari saja lagi dengan penuh semangat dan keyakinan kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah apa yang berlaku hari ini, esok dan lusa itu semua menandakan kedudukan UBN hari ini sudah benar-benar terdesak. UBN akan sedia menerima apa saja untuk menguatkan partinya hatta bangkai.

Ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat perlu menjadikan tindakan berpaling tadah Halili itu sebagai penyuntik semangat baru untuk berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PKR. Jangan sesekali merasa cemas dan hilang tumpuan dengan kejutan yang kecil itu.

Ingatlah kemenangan sejati ialah bila kita mampu mempertahankan prinsip dan setia janji kepada rakyat bukannya bersikap hipokrit untuk melepaskan diri dan membalas dendam atas kekecewaan kerana sesuatu sebab. -MSOmelayu.

"Selongor Kita", Akhbar Palsu Milik Umno



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membidas tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional sehingga terpaksa menggunakan kaedah serangan peribadi mengutuk sejarah lampau Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat Parlimen Hulu Selangor ketika bersama Umno-BN satu ketika dulu.

Beliau mengulas berhubung beberapa isu yang dimainkan Umno-BN dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor yang sedang berlangsung termasuk pengedaran akhbar, 'Selangor Kita' yang dipercayai milik parti itu.

Khalid menganggap laporan Selangor Kita sebagai tidak berwibawa dan hanya melaporkan berita palsu semata-mata untuk menarik perhatian sekaligus meraih sokongan pengundi semasa kempen PRK Hulu Selangor.

"Isu-isu yang ditimbulkan dalam Selangor Kita adalah cara terdesak mereka sebab mereka tidak ada poin dan tidak apa-apa isu lagi yang hendak disampaikan sehinggakan penonjolan isu peribadi membabitkan Zaid Ibrahim masa beliau dalam Barisan Nasional dahulu juga dibangkitkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya pengundi Hulu Selangor tidak termakan dakyah yang disebar jentera BN bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat.

"Saya menyeru pengundi Hulu Selangor ambil dan campakkan akhbar Selangor Kita ke dalam tong sampah kerana ia merupakan akhbar yang tidak berwibawa dan terbukti bahawa kandungan beritanya adalah bohong begitu juga berita pasir di Selangor yang kena kebas seperti mana yang disiarkan, sedangkan kerajaan negeri Selangor bertungkus lumus memulangkan semula hasil tersebut kepada rakyat. Ini semua satu pembohongan rekaan mereka," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu beliau turut mengkritik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana menafikan kenyataan beliau yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kita di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman - Mufti’.

Sebelum ini, Khalid memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Harussani untuk membuat penjelasan berhubung kenyataan itu sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya. Namun Mufti Perak itu menafikan kenyataan tersebut.

"Tan Sri telahpun menjawab bahawa dia tidak pernah pun menyebut dan mengeluarkan kenyataan itu dan kalau tak silap saya seperti laporan Malaysiakini yang menyatakan beliau tak pernah sebut nama saya apatah lagi tidak mengenali akhbar Selangor Kita.

"Dan dalam soal isu kalimah Allah, semua komen-komennya bersifat umum. Jadi berdasarkan jawapan yang diberikan saya tafsirkan ia sebagai penafian dan saya anggap isu ini telahpun selesai. Namun yang penting surat khabar ini tidak boleh digunapakai.

"Dengan jawapan ini juga ia membuktikan surat khabar ini tidak boleh digunapakai kerana tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan laporan fitnah dan berniat jahat khususnya ia dijadikan bahan kempen di Hulu Selangor," kata beliau lagi.

Menurut Khalid, Harussani membuat kenyataan itu berdasarkan pandangan beliau mengenai Enakmen Undang-Undang Islam Negeri Selangor.

Beliau menyatakan pandangan bahawa undang-undang itu boleh dipinda kerana ia satu pentadbiran dan peraturan berhubung matlamat-matlamat tertentu dan cara mencapainya menurut Islam.

"Isu yang ditimbulkan ialah berhubung dengan isu enakmen undang-undang Islam Negeri Selangor. Undang-undang Islam Negeri Selangor ini ialah undang-undang pentadbiran. Ianya bukan hukum qat'ie. Ianya merupakan pentadbiran, peraturan yang berhubung matlamat-matlamat tertentu, cara nak capai matlamat itu seperti mana yang ditentukan oleh Islam. Caranya itu ada kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Ia bukan satu peraturan yang ditetapkan oleh Al-Quran. Sebab itu saya cakap ia boleh ditegur dan dipinda," jelasnya.

Khalid turut memaklumkan akan mencari jalan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab berhubung laporan pembohongan yang disiarkan di dalam akhbar tersebut yang membabitkan Pakatan Rakyat. -SK

Kerajaan Kelantan Bawa Kes Royalti Minyak Ke Mahkamah


KOTA BAHARU 19 Apr - Kerajaan PAS Kelantan akan membawa kes tuntutan royalti minyak daripada Kerajaan Pusat ke mahkamah sebagai jalan terakhir selepas gagal berunding dengan Petronas.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa (Gambar)berkata langkah itu diambil sebagai memenuhi resolusi yang diputuskan oleh kerajaan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas.

Beliau berkata pada persidangan itu, semua anggota dewan bersetuju supaya tuntutan royalti minyak yang diperoleh di perairan negeri ini dibuat secara rundingan dengan Petronas dan jika gagal, barulah tindakan mahkamah diambil.

Pesuruhjaya PAS II Kelantan itu berkata kerajaan negeri berusaha untuk berunding dengan Petronas dan sudahpun menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas yang baru, Datuk Shamsul Azhar Abbas untuk tujuan itu tetapi tiada jawapan.

"Atas dasar itulah, kita akan tetap mengemukakan tuntutan royalti minyak kerajaan negeri ke mahkamah. Bagaimanapun, bila dan bentuk tindakan itu bergantung kepada keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kedai dan pejabat Bandar Baharu Tunjung, di sini, Isnin.

Baru-baru ini, kerajaan Pusat membuat keputusan tidak akan membayar tuntutan royalti minyak kepada Kelantan sebaliknya diberi dalam bentuk wang ihsan.

Mengenai kenyataan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak sanggup menjadi orang tengah dalam rundingan tuntutan itu, Husam berkata beliau akur dengan keputusan pemimpin veteran Umno itu.

Keengganan Tengku Razaleigh menjadi orang tengah ada kewajarannya kerana ia akan menjejaskan kreadibilitinya sebagai saksi penting kerajaan apabila kes itu dibawa ke mahkamah, katanya.Husam berkata kerajaan negeri menyerahkan kepercayaan kepada Tengku Razaleigh untuk berunding kerana menghormatinya sebagai bekas Pengerusi Petronas dan penggubal Akta Petroleum 1974 yang memberi hak kepada negeri mendapat royalti ke atas kerja-kerja cari gali minyak di kawasan perairannya.

"Bagaimanapun, kita akur dan memahami dengan keputusan Tengku Razaleigh itu, dan tidak akan membuat tawaran semula untuk menjadi orang tengah dalam rundingan dengan Petronas," katanya.

Minggu lepas Tengku Razaleigh menjelaskan beliau tidak bersedia untuk menerima tawaran kerajaan negeri untuk menjadi orang tengah, sebaliknya hanya bersedia menjadi pemantau wang ihsan yang diberikan Kerajaan Pusat bagi memastikan tidak disalahgunakan oleh kerajaan negeri./Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...