Thursday, April 22, 2010

Mat Sabu- Rakyat Hulu Selangor Akan Rugi Jika Tidak memilih Zaid.


Menolak ketokohan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan merugikan rakyat Hulu Selangor selain menolak tuah yang datang kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di kawasan perumahan Jalan Padang Tembak di sini semalam.

Beliau mengingatkan pengundi Hulu Selangor supaya jangan tersilap langkah serta membuat pilihan yang tepat semasa pilihan raya nanti.

"Pengundi Hulu Selangor dikatakan menolak tuah jika tidak memilih calon Pakatan Rakyat sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah seorang yang terbukti prinsipnya dalam membela rakyat.

"Zaid Ibrahim seorang yang mempunyai prinsip dalam perjuangan, beliau juga bekas menteri bukan dipecat tetapi letak jawatan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk kezaliman oleh Kerajaan.

"Kalau kita tidak bersetuju dengan percakapan lawan dengan percakapan, kalau tulisan, lawan dengan penulisan, wartawan lawan dengan kewartawanan, bukan dengan ISA.

"Oleh itu, Zaid ambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri. Dalam dunia hari ini nak cari orang yang sebegini memang payah. Aku pun tak tentu lagi letak jawatan kalau jadi Menteri," kata Mohamad Sabu berseloroh.

Mohamad Sabu juga menjelaskan manusia memang mempunyai kelemahan dan tidak lari dari melakukan kesilapan.

"Kita sebqgai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan termasuk Zaid yang diserang secara peribadi, tapi sebagai Menteri yang berprinsip, beliau meletakkan jawatan sedangkan banyak kemudahan dan kelebihan disediakan oleh kerajaan. Kita kena lihat ini sebagai perjuangan kita, pemimpin Umno lagi banyak melakukan kesilapan, jangan sampai saya buktikan.

"Saya nak ingatkan sekali lagi kalau pengundi di sini tidak pilih Zaid sebagai wakil mereka, memang orang Hulu Selangor menolak tuah. Jarang ada di dunia orang seperti Zaid Ibrahim apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, dia letak jawatan dan kemudiannya menyertai pembangkang," jelasnya lagi di hadapan kira-kira seribu orang penyokong.

Dakwa Mohamad Sabu, selepas pilihan raya umum pada 2008, kerajaan BN cuba menimbulkan pelbagai isu perkauman yang sensitif, termasuk memfitnah Exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan mengikut ISA.

Berikutan tindakan kejam kerajaan menyebabkan Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Bharu membantah dan seterusnya meletakkan jawatan.

"Inilah Zaid yang saya kenal dan hormat. Ada satu perkara yang orang lain tidak tidak boleh buat. Orang yang ada prinsip memang kita hormat," katanya.

Mohamad Sabu juga menegaskan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional kerana membuat perjanjian dengan firma yang mempunyai kepentingan Yahudi adalah amat merbahaya dan tidak boleh diambil mudah.

"Unsur Yahudi amat bahaya, politik Yahudi adalah menghapuskan orang yang tidak disukainya. Kita tidak mahu budaya politik sedemikian meresapi dalam negara kita dan ini amat merbahaya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memilih Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini sebagai membantah tindakan kerajaan BN dan megekang pengaruh Zionis Yahudi menjalar dalam pentadbiran kerajaan. - SK

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...