Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyeru pengundi Hulu Selangor memilih calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim agar beliau dapat membela hak dan nasib mereka di Dewan Rakyat.
Berucap pada majlis ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baru, Azmin berkata Zaid berupaya mengangkat pelbagai masalah rakyat ke Parlimen dan menegur Umno-Barisan Nasional.
"Kalau dia masuk dalam Dewan Rakyat dia akan angkat masalah rakyat dan bukan menjadi budak suruhan Najib," ujar Azmin di hadapan kira-kira 30,000 penyokong.
Azmin berkata, sejak Pakatan Rakyat berjaya menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen pada pilihan raya umum lalu, Pakatan Rakyat berjaya membentuk suara yang kuat di Parlimen.
Tambah beliau, banyak pelaksanaan dasar kerajaan yang zalim dan menindas rakyat ditangguhkan akibat mendapat tentangan dari pembangkang.
"Di bawah kerajaan BN, rakyat mahu dikenakan cukai GST tetapi Rang Undang-undang GST ditarik balik kerana kita menentang.
"Oleh sebab itu suara yang berani pertahankan hak rakyat di Hulu Selangor ini ialah Zaid Ibrahim, calon dari KEADILAN," ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh.
Beberapa jam menjelang hari pengundian esok, Azmin berharap rakyat di Hulu Selangor akan membuat pemilihan yang tepat siapa calon yang bakal mewakili mereka di Parlimen itu.
Beliau juga mengingatkan pengundi supaya tidak mudah tertipu dengan pelbagai janji pembangunan yang ditawar kerajaan terutama golongan peneroka Felda.
"Saya nak bagi tahu kepada peneroka Felda, jangan terperangkap dengan isu kerana isu tanah adalah hak kerajaan negeri dan bukan hak kerajaan pusat," kata Azmin.
Menurut Azmin, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini semakin terdesak dan diasak dengan pelbagai isu yang lengkari pentadbiran BN dan yang terbaru mengenai hubungan negara dengan syarikat Zionis, Apco Worldwide.
"PM semakin hari semakin panik, hari ini kita bukan letak satu rostrum tetapi dua rostrum untuk Najib supaya kita boleh berdebat mengenai Apco tetapi dia bacul untuk bertentang dengan rakyat di Hulu Selangor," ujarnya.
Azmin turut menyentuh sikap kerajaan yang hipokrit apabila meletakkan calon India dari MIC bertanding di Hulu Selangor.
"Dua bulan lalu pegawai khas PM dalam seminar 1Malaysia menghina orang Cina dan India dengan mengata mereka sebagai pendatang. Orang Cina dan India dikata sebagai pengemis dan pelacur," ujarnya. -SK

No comments:
Post a Comment