Sunday, April 25, 2010

Anwar: PKR Yakin Dapat Undi 30,000


Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mengekalkan penguasaan di Parlimen Hulu Selangor dengan calon mereka, Datuk Zaid Ibrahim akan memperoleh sokongan lebih daripada 30,000 pengundi, esok.

Keyakinan itu disuarakan sendiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan hampir 2,000 penduduk ketika berucap di tapak pasar malam di Hulu Yam Baru dekat sini, malam kelmarin.

Menurutnya, walaupun terdapat sebilangan kecil ahli PKR yang lompat parti dan memasuki UMNO namun sedikitpun tidak menggugat keyakinan pengundi untuk memilih calon parti itu pada pilihan raya kecil ini.

“Mereka (UMNO) kata orang PKR orang lompat. Mereka bagi duit dia angkat la..Tetapi mereka tak boleh beli semua rakyat. Mereka boleh beli tiga orangboleh beli 30 orang..tapi 30,000 orang masih sokong kita di Hulu Selangor.

“Saya nak kita menang majoriti semua kaum. Melayu, Cina, India dan Orang Asli sokong Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, calon yang dipertaruhkan parti itu adalah seorang calon sebenar yang mampu membawa suara rakyat sekali gus membela nasib mereka di Parlimen.

“Saya bukan nak gaduh dengan calon Barisan Nasional (BN) tapi saya mahu tanya P Kamalanathan, dia masuk Parlimen untuk buat apa? Tapi kalau Zaid, dia masuk untuk apa? Dia (Zaid) masuk sebagai hero untuk rakyat. Ini dia kehebatan Zaid,” katanya.

Menurutnya, rakyat di Hulu Selangor semakin bijak menilai calon yang sesuai dan akan menolak pemimp:in yang mengamalkan rasuah serta tidak bersikap telus sebagai seorang pemimpin.

“Saya mahu tunjuk kepada UMNO. Mereka boleh beli orang dengan memberi kontrak untuk lompat parti...Tetapi, rakyat di sini sudah bijak menilai dan mereka akan menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah dan tidak telus dalam pemerintahan mereka,” katanya. -SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...