Saturday, March 31, 2012

Guan Eng Akan Ambil Tindakan Mahkamah Tangani Fitnah Umno


                Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengambil tindakan mahkamah bagi menghentikan fitnah Umno negeri itu yang turut menghidupkan sentimen perkauman dan agama bagi melemahkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara tersebut.
                Katanya, beliau telah berulang kali telah memberi penjelasan berhubung pelbagai isu berbangkit namun serangan bertali arus oleh Umno Pulau Pinang serta media milik parti tersebut semakin melampau.

“Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.

Bersih 3 diadakan jika daftar pemilih tidak dibersihkan


             Ketua Umum KEADILAN, Datu Seri Anwar Ibrahim berkata demonstrasi Bersih 3 akan diadakan jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih enggan melaksanakan tuntutan reformasi pilihan raya.
             Beliau membidas SPR yang dilihat kurang serius membersihkan daftar pengundi walaupun pemeriksaan Institut Sistem Mikroelektronik Berhad (MIMOS) menemui pelbagai kejanggalan di dalamnya.

“Terlalu banyak kes apabila lebih seratus pengundi berkongsi satu alamat sama, dan ia melibatkan seramai 78,000 nama pengundi.

Friday, March 30, 2012

Lupuskan hutang Tajudin Ramli, Umno perlu tanggungjawab


           Umno perlu bertanggungjawab ke atas tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melupuskan RM589 juta hutang taikun yang rapat dengan Umno, Tan Sri Tajudin Ramli.
            Ini kerana rakyat, terutamanya orang Melayu tidak wajar dibiarkan menanggung kerugian syarikat milik kroni Umno semata-mata atas nama kepentingan Melayu.

Ia dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana sempena sehari sebelum perarakan membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad di Bangi semalam.

Menurut Anwar, adalah tidak adil apabila taikun Umno itu diselamatkan kerajaan walaupun syarikat yang dikendalikannya rugi berbilion ringgit.

Adakah Umno membela nasib orang Melayu selama ini?


               Sudah lebih 54 tahun Umno memerintah negara kita ini, dan dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan kuasa ekonomi orang-orang Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Jadi kenapa pula Umno dan Perkasa sering melaung-laungkan yang orang-orang Melayu sering dipinggirkan. Siapakah yang sebenarnya telah meminggirkan orang-orang Melayu selama ini? Dan kenapa pula sudah lebih 54 tahun Umno memerintah dengan DEB untuk membantu masyarakat Melayu, namum sehingga ke hari ini, orang-orang Melayu pada kebanyakan masih hidup di dalam keadaan miskin dan daif?

Kita memang cadang nak tukar Ketua Pembangkang - Mustafa

 Saya juga setuju tapi biarlah Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

                   Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ya.

              “Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Ugutan lucut jawatan Anwar tanda jahil undang-undang

                Ugutan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah dan Senator S. Nallakarupan untuk mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang menandakan mereka jahil undang-undang.
               Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran (gambar) berkata, kenyataan Shafee dan Nalla menunjukkan kejahilan melampau berkenaan prosedur itu di Parlimen Malaysia dan negara Komanwel.

“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk.

Thursday, March 29, 2012

Pakatan Rakyat tetap tolak GST – Anwar


                 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tetap bertegas menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Umno BN.
                 Beliau berkata, selagi kadar pendapatan rakyat tidak meningkat adalah tidak munasabah untuk kerajaan melaksanakan sistem itu.

“Alasan kita orang-orang yang tidak membayar cukai itu terdiri daripada orang miskin, yang dicadangkan BN ialah memperluaskan jumlah pembayar cukai baru yang melibatkan golongan miskin,” katanya.

Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?


               Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
                "Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.

"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.

Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau

Wednesday, March 28, 2012

Anwar ulang iltizam Pakatan batalkan PTPTN

... itu adalah janji-janji Anwar setelah merajui Putrajaya

                   Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya umum akan datang.
                  “Insya Allah, sekiranya kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan batalkan PTPTN, dan anak-anak miskin akan mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti,” kata Anwar.

Katanya, perkara ini dapat dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara.

“Mana saya nak letak muka sebagai pemimpin, sekiranya masih ada rakyat yang tidak dapat masuk ke universiti hanya kerana dibelenggu kemiskinan,” tegas Ketua Pembangkang itu lagi.

Hutang kroni dilupus, hutang mahasiswa dikejar

“Saya turunkan berdera gambar (Datuk Seri) Najib Tun Razak sebagai simbolik membantah penipuan slogan transformasi untuk memansuhkan Auku dan hilang kepercayaan anak muda kepada kepimpinannya selaku ketua kerajaan,” -Adam Adli
                Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim mempertikaikan bagaimana kerajaan boleh lupuskan hutang kroni sehingga setengah bilion ringgit sedangkan hutang pelajar universiti yang hanya puluhan ribu tidak henti-henti dituntut dan dikejar.
               “Bayangkan di negara ini ilmu pun macam diniagakan, masuk belajar kena berhutang. Sanggupkah kita tengok nak belajar kena berhutang dan habis belajar bukannya terus dapat kerja. Pengangguran sekarang ini dua kali ganda jumlah mahasiswa.

“Tapi tuan-tuan tengok Tajudin Ramli hutang RM584 juta boleh dilepas dan selesai begitu saja sedangkan mahasiswa berhutang antara RM15 ke RM50 ribu dikejar sehingga ke lubang kubur. Jadi apa gunanya masuk universiti?

“Mahasiswa yang belum tahu untung nasibnya disenaraihitam dan tak boleh keluar negara. Tapi kalau tengok pemimpin negara sampai berbuih mulut kata rakyat diutamakan,” sindirnya.

Tuesday, March 27, 2012

Nalla, Ezam, Ummi dan Utusan: Penjaja 'sex, sex, sex' terhadap Anwar - K. Suresh

Tiga badut raja lawak 

               Umno nampaknya masih tidak serik, sedikit pun dengan kegagalan kes Sodomi 1, dan sambungannya ,Sodomi 2. Ada hajat untuk mati ala Hitler disebaliknya.
               Rakyat luar bandar malu bila penipuan sedemikian terus dibuat oleh orang yang berkedudukan tinggi yang telah mengkhianati kepercayaan rakyat. Terdapat bukti penipuan di perbicaraan dan keputusan Mahkamah.

Masih terdapat elemen kekecewaan di sepanjang koridor kuasa di Putrajaya. Usaha berterusan untuk mengadakan ‘ senapang berasap’ yang bakal menghapuskan masalah pengundi di kawasan rezab Melayu nampaknya tidak berhasil.

Monday, March 26, 2012

BN Tiada Pilihan Selain Serang Anwar

..... Kerana Anwar juga dilihat sebagai lambang kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

            ‘Anwar Tidak Layak Jadi Pemimpin Negara’. Itulah kenyataan terbaru Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Negeri Sembilan baru-baru ini.
            Sebelum ini juga sering terbaca di dada media kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno dipelbagai peringkat bahawa Anwar tidak layak jadi PM.

Secara psikologinya dengan menghubungkaitkan perkataan Anwar dan PM telah memberi isyarat bahawa kebimbangan paling kronik BN terhadap potensi Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Setelah 12 kali diadakan Pilihanraya Umum (PRU), isu Anwar menjadi PM atau pembangkang menguasai pentadbiran negara tidak pernah wujud.

Sunday, March 25, 2012

Selepas Kadir Keluar UMNO, Ku Li Buat Pengumuman Penting 8hb April Ini

 
                Selepas bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir mengisytiharkan keluar daripada UMNO, masa depan politik Ku Li turut menjadi bualan rakyat. Ini kerana selain mereka berdua berada dalam NGO yang sama iaitu Amanah Merdeka di mana Ku Li adalah Presidennya dan Kadir pula Timbalan Presiden, kedua-duanya juga dilihat agak kritikal terhadap UMNO kebelakangan ini.

Sementara Kadir lantang mengkritik soal kepimpinan UMNO yang rasuah dan tidak boleh dikritik, Ku Li pula kritikal terhadap beberapa perkara dasar yang dilakukan pentadbiran Najib. Selain menggerakkan Amanah Merdeka untuk menentang rasuah, kronisme dan nepotime, Ku Li juga menyokong perjuangan menuntut hak royalti minyak untuk rakyat Kelantan serta menentang penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia yang dianggap akan merugikan peneroka dalam jangka panjang.

Najib dianggap khianati peneroka

 
               Seorang peneroka menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkhianati warga Felda jika benar beliau campur tangan dalam perbicaraan kes perahan minyak (KPG) sebagaimana didakwa.
               Hashim Ahmad dari Felda Jengka 1 berkata, beliau bersama peneroka yang lain membawa kes KPG ke mahkamah setelah merasakan 15 tahun mereka teraniaya dan tidak sepatutnya dikhianati.

“Tapi jika keadilan dan hak yang kami tuntut dengan begitu payah boleh diketepikan dengan arahan Najib, sudah tentu kami rasa dikhianati,” tegasnya.

Kerajaan Kelantan sudah sedia jumpa Umno di mahkamah

 
              Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu ‘Tanah Rizab Melayu Kelantan’ yang didakwa tergadai.
             Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.

“Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.

Saturday, March 24, 2012

PTPTN batal jika Pakatan tawan Putrajaya – Anwar

 
               Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
               Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

“Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je

Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu



                Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
               Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.


"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

Friday, March 23, 2012

Siang 'hidup Melayu', malam 'jual tanah Melayu'-Idris Ahmad

Perjuangan UMNO pada orang melayu
Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu. 

           Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkankepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara in imaka satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama. Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.


Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar.

Apakah kesalahan-kesalahan UMNO-BN yang Najib mohon dimaafkan?

  
                 Gimik politik Datuk Seri Najib Razak yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas “kesalahan-kesalahan” lampau UMNO dan Barisan Nasional masih kabur kerana tidak pernah diakui secara khusus kesilapan-kesilapan kerajaan.
                Justeru, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengambil langkah untuk membantu Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO serta Pengerusi BN dengan memperjelaskan kesalahan serta kesilapan Najib terhadap rakyat Malaysia.


“Sementara kita meminta penjelasan daripada Najib mengenai apakah kesilapan-kesilapan lampau BN…biarlah beliau meminta maaf terhadap kesilapan-kesilapan beliau sendiri dahulu, khasnya yang beliau lakukan dalam tempoh 35 bulan sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyenaraikan beberapa kesalahan dan kesilapan Najib:

Apa dia reformasi, transformasi Najib?

 
                Selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan badan bebas dan tidak diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu pilihan raya Malaysia tidak bebas.
               Selagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan badan bebas dan tidak diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu usaha mencegah dan membasmi rasuah, khususnya di peringkat tinggi kerajaan, akan gagal.

Selagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) bukan badan bebas yang diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu media massa Malaysia tidak bebas.

Selagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) tidak dimansuhkan sama sekali, selagi itu media massa Malaysia tidak bebas.

Anwar sedia debat dengan Najib, Raja Petra

Sampai kiamat pun mereka tak akan berdebat dengan Anwar.

               Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK).
              Kesediaan itu disuarakan beliau kepada pengasas Wikileaks, Julian Assenge, yang menawarkan debat bersama Najib dan PRK, di mana Julian sendiri bersedia menjadi penganjur debat tersebut.

"Asalnya dia ingin wawancara saya, kemudiannya RPK hendak tumpang sekali. Disebabkan RPK pun hendak juga, dan Najib suka dengan debat ini, maka dia cadangkan supaya adakannya (debat) bersama yang dia sendiri sedia menjadi penganjur," kata beliau kepada pemberita, di lobi parlimen, hari ini.

Penyelewengan UMNO terbongkar

 
                ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei hari ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan negeri Umno-BN dulu dalam pemberian tanah yang melibatkan beberapa bahagian Umno Selangor.
               Suhaimi berkata pendedahan tersebut merupakan reaksi daripada desakan ADUN Umno-BN di dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada 20 MAc agar beliau membuktikan dakwaan tentang penyelewangan Umno-BN.

Shuhaimi mendedahkan tiga kes, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada tahun 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Thursday, March 22, 2012

Kalau negara bankrap, tak guna ubah kerajaan lagi

             Kalau negara sudah bankrap baru rakyat mahu ubah kerajaan, tak boleh buat apa lagi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar). Sekarang hutang negara berada pada tahap kritikal iaitu hanya dua peratus kurang dari had dibenarkan."Kalau nak ubah kerajaan untuk selamatkan negara ini dari bankrap seperti yang menteri kabinet (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sendiri jangkakan, ubah sekarang.

"Kalu negara dah bankrap baru nak ubah kerajaan, tak boleh buat apa lagi," kata beliau.

Felda: SAMM Kecam Najib Beri Arahan Pada Hakim



            Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa memberi arahan kepada hakim untuk memberi kemenangan kepada Felda dalam kes-kes perbicaraan yang membabitkannya.
            Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SAMM, ucapan yang dikeluarkan Najib itu jelas menunjukkan campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman negara dalam membuat sebarang keputusan perbicaraan yang sepatutnya bebas dari sebarang campur tangan politik.

“Ia berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

“Kenyataan Najib yang berbunyi ‘Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya’ jelas bertujuan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah,” jelas SAMM dalam kenyataan akhbarnya

Wednesday, March 21, 2012

Scorpene: Razak Baginda, keluarga Altantuya akan dipanggil


               Rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda adalah saksi penting untuk membantu perbicaraan terbuka skandal rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.
                Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata beliau percaya Razak Baginda akan dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan ke atas skandal Scorpene kelak.

“Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat langsung dalam urusan pembelian,” kata Cynthia ketika dihubungi KeadilanDaily, 19 Mac lalu.

Kadir pun keluar Umno, ahli biasa bila lagi


            Pengumuman veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti yang dianggotainya lebih 56 tahun semalam sekali lagi mengesahkan bahawa Umno kini sedang menanti ajal.
            Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, tindakan Abdul Kadir itu juga memberi gambaran jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan Umno.

"Ini menunjukkan bahawa Umno semakin mereput dan luput serta menanti masa untuk mati. Jika insan seperti Tan Sri Kadir yang telah menjadi ahli Umno sejak merdeka serta pernah menjadi pemimpin tinggi pun sanggup keluar Umno, tiada sebab lagi untuk ahli-ahli Umno yang lain untuk terus bersama dengan Umno.

MB S’gor mahu SPR jelaskan pertukaran tempat mengundi


                 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dipanggil memberi penjelasan berhubung penukaran kawasan mengundi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
                 Beliau yang ditemui pemberita selepas mesyuarat sidang DUN di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri berkata, tindakan itu diambil kerana beliau mahukan penjelasan secara terperinci daripada agensi kerajaan itu.

“Apa yang saya akan buat, saya akan suruh Setiausaha Kerajaan Negeri menjemput Pengarah SPR, untuk hadir ke mesyuarat Exco negeri bagi menerangkan perkara yang berlaku.

“(Kita mahu tahu) mengapa ia berlaku dan bagaimana mereka yang diubah (alamat) diberitahu dan bagaimana menentukan mereka bersetuju atau tidak. Prosesnya akan kita lakukan secara tertib,” katanya.

Tuesday, March 20, 2012

Nik Aziz jelaskan perbezaan antara Yahudi dan Zionis

   
              Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak salah berurus niaga dengan bangsa Yahudi, tetapi haram berdagang dengan kerajaan Zionis Israel.
                Dalam satu kenyataan media, beliau menegaskan perbezaan antara Yahudi sebagai bangsa dengan ideologi Zionis yang menubuhkan negara Israel dan menindas umat Islam di Palestin.

“Yahudi sebagai individu dan manusia tidak menggalas apa-apa beban kesalahan, hanya kerana dirinya berbangsa Yahudi. Malah Rasulullah SWT sendiri pernah berurusan dengan Yahudi”, kata Nik Aziz.

Kadir Sheikh Fadzir isytihar keluar Umno


               Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) mengisytiharkan keluar Umno hari ini.
              “Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun.

Monday, March 19, 2012

Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis


               Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
              “Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia klasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi.

“Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan,” kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi Malaysia.

Sunday, March 18, 2012

DAP: SPR-BN Guna Taktik kotor


                   Kontroversi penukaran kawasan mengundi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditukar tanpa pengetahuannya memberikan gambaran Pilihanraya Umum yang bakal hadir tidak lama lagi sebagai pilihanraya yang kotor dan tidak adil, ulas Setiausaha Publisiti DAP Janice Lee.
                 “Seorang Menteri Besar pun sewenang-wenangnya diperlakukan begini dengan alamat yang tidak pernah wujud dalam hidupnya.

“Jadi tidak mustahil perkara yang sama juga berlaku terhadap rakyat kebanyakan,” ujar Janice yang dihubungi melalui panggilan telefon pagi tadi.

Kes Scorpean akan dibicara di mahkamah Perancis


           Kes pembelian kapal selam Scorpean akan dibicarakan di mahkamah terbuka Perancis tidak lama lagi.
           Menurut pembawa kes itu, Suaram - sebuah pertubuhan hak asasi Malaysia, selepas tiga tahun diselidik akhirnya kes itu akan dibicarakan.
           Tiga tahun lepas, Suaram meminta mahkamah Perancis mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan kapal selam Perancis, DCNS ekoran dakwaan rasuah.

Suaram mendakwa, pembeli kapal selam dari syarikat ini iaitu kerajaan Malaysia telah memberikan rasuah ketika pembelian kapal ini.

Saturday, March 17, 2012

SPR jangan khianati amanah negara


                  Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjadi pengkhianat terhadap ketelusan dan keadilan proses pilihan raya di negara ini.
                 Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menukar alamat pengundi secara senyap-senyap tanpa kebenaran pengundi adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh badan yang diamanahkan mengurus pilihan raya.

"Tidak wajar menjadi pengkhianat kepada amanah negara dengan memindahkan tempat mengundi pengundi tanpa permohonan daripada pengundi dan tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan, iaitu Akta Pilihan Raya 1958," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

1Care: Pakatan Rakyat tanya, Menteri Kesihatan tak boleh jawab


“Kita sendiri pun tidak ada butiran.”
Itulah jawapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila ditanya oleh Ahli Parlimen DAP Kota Melaka Sim Tong Him tentang:


* Anggaran perbelanjaan skim kesihatan cadangan kerajaan UMNO-BN, iaitu 1Care;


* Bagaimana tabung skim tersebut dapat menjana dana; dan


* Adakah ia akan berusaha sama dengan pihak swasta.

Sebaliknya, Liow memberi syarahan pendek kepada Dewan Rakyat hari ini tentang pelan kesihatan yang dikatakannya lestari dan kepentingan menjaga kesihatan masyarakat yang semakin terdedah kepada risiko kencing manis dan darah tinggi.

PKR persoal SPR pindah pengundi senyap-senyap


              Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar kawasan mengundi tanpa pengetahuan pengundi berkenaan merupakan satu tindakan yang kotor dan bertentangan dengan nilai, etika dan prinsip demokrasi.
              Pemimpin Pakatan Rakyat Selangor juga berkata tindakan badan itu yang menukar tempat mengundi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa pengetahuan beliau memberikan gambaran bahawa pilihanraya umum yang akan datang bakal menjadi pilihanraya yang kotor dan tidak adil.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman berkata isu terbaru yang melibatkan Abdul Khalid ini membuktikan segala kritikan terhadap kredibiliti SPR ada benarnya.

“Seharusnya SPR berada di bawah Parlimen supaya kita boleh pantau apa saja tindakannya.

PKR persoal SPR pindah pengundi senyap-senyap


              PKR hari ini membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa membuat pertukaran tempat mengundi 'secara senyap-senyap' dan tanpa kebenaran.
             Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata ianya bukan sahaja melibatkan kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malah 31,294 pengundi lain yang didapati turut terlibat.

Tindakan tersebut katanya bercanggah mengikut Akta Pilihan Raya 1958 dan kesalahan yang dilakukan SPR itu adalah serius.

"Khalid telah dipindahkan tempat mengundi ke Lembah Pantai sedangkan alamatnya di tempat lain, dan beliau tidak pernah membuat permohonan untuk menukarkan tempat mengundi.

Friday, March 16, 2012

Mat Zain sedia beri keterangan terhadap Gani, Musa


          Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan terhadap dakwaan salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
          Beliau menyatakan kesediaan itu dalam surat terbukanya. kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, lapor Malaysiakini.

Menurutnya, terdapat cukup justifikasi untuk menubuhkan tribunal tersebut, sambil menambah bahawa Najib boleh dikaitkan dengan salahlaku jenayah, jika terus menyembunyikan bukti salah laku jenayah orang lain.

Bukti yang dirujuk Mat Zain ialah mengenai tingkahlaku Musa dan Gani dalam insiden ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Siapa sabotaj Khalid agar tidak jadi MB?


            Tan Sri Khalib Ibrahim tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum akan datang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan kawasan pilihan raya beliau dari Selangor.
           Berikutan perubahan sempadan kawasan pilihan raya, Khalid yang mengundi di Petaling Jaya Selatan, Selangor sebelum ini bakal mengundi di Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurut peraturan pilihan raya, hanya mereka yang berdaftar di di negeri berkenaan boleh menjadi calon Dewan Undangan Negeri di negeri itu.

Bertunang anak belanja besar, pertahan kuasa...

            Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh berbelanja besar untuk pertunangan anaknya, tentu dia sanggup berbelanja sebanyak mana pun untuk mempertahankan kuasanya, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
              (Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri) Abdul Kadir (Sheikh Fadzir) yang mendedahkan Barisan Nasional (BN) membeli undi sejak 40 tahun lalu mendakwa amalan itu tidak akan dilakukan oleh kepimpinan Najib sekarang.

"Mengharapkan Najib tidak membeli undi dalam pilihan raya sama seperti mengharapkan keluarga (Tan Sri) Lim Goh Tong menutup dan meruntuhkan pusat perjudian milik mereka di Genting Highlands. Ia tidak akan berlaku," katanya.

Mohamad berkata, etika apa yang boleh diharapkan dari orang yang dilaporkan berbelanja sebesar RM409,767 hanya untuk pertunangan anaknya.

Harap Najib jadi Ketua Pembangkang - Bekas Adun BN

 
             Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit.
             Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP.

Thursday, March 15, 2012

BN ‘mandul’ bila berdepan krisis NFCorp


               Tokoh kontroversi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mulai 8 April depan sekali lagi menyerlahkan ‘kemandulan’ kerajaan Barisan Nasional (BN) menangani krisis dakwah rasuah berprofil tinggi.
              Selepas hampir lima bulan tercetusnya skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp), ketika rakyat didedahkan dengan berbagai maklumat penyelewengan, kesannya hanya Shahrizat berundur dari kabinet.

Namun peristiwa (peletakan jawatan) ini bukanlah tindakan daripada sesiapa pun. Shahrizat tidak dipecat, atau beliau tidak meletak jawatan, kedudukannya sebagai menteri menjadi terbatal oleh sebab tempoh perkhidmatannya sebagai seorang senator tamat pada 8 April ini. Di bawah perlembagaan, hanya seorang ahli parlimen atau senator layak dilantik menjadi menteri.

Rafizi: Majlis Hari Lahir PM Berjumlah Hampir RM80,000


              Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak digesa menjawab perbelanjaan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir beliau pada 24 Julai 2011 lepas dengan ikhlas dan telus demi menjaga integriti kerajaan.
               Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli berkata berdasarkan Banquet Event Order (BEO) tersebut, tempahan dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri.

Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya disebut sebagai “Majlis Pejabat Perdana Menteri”.

Majlis pertunangan : Najib perlu letak jawatan - Zuraida


           KEADILAN mencabar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ekoran pembongkaran terbaru salah guna wang rakyat bagi membiayai majlis pertunangan anak perempuan beliau dan hari jadinya.
           Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, Najib perlu meletak jawatan kerana Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri berbuat demikian ekoran skandal NFC.

“Seperti Shahrizat, adakah Najib berani meletakkkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Ini adalah permulaan, lepas ini kita akan bongkarkan satu demi satu penyelewengan yang dilakukan Najib.

Kalau laksana hudud saya yang pertama sokong - Malek-Nor

Malek Nor dan Aziz Desa dalam sessi sembang petang di KTC
              Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.
             Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.

Wednesday, March 14, 2012

Wan Azizah dan Sharizat jauh bezanya langit dan bumi

               Kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan bahawa Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden PKR kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999 mendedahkan sikap hipokrasi Umno.
                 Menurut Naib Presiden PKR, N Surendran,umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan rekayasa Umno yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak. .

“Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil. Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor Umno?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...