Saturday, March 31, 2012

Guan Eng Akan Ambil Tindakan Mahkamah Tangani Fitnah Umno


                Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengambil tindakan mahkamah bagi menghentikan fitnah Umno negeri itu yang turut menghidupkan sentimen perkauman dan agama bagi melemahkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara tersebut.
                Katanya, beliau telah berulang kali telah memberi penjelasan berhubung pelbagai isu berbangkit namun serangan bertali arus oleh Umno Pulau Pinang serta media milik parti tersebut semakin melampau.

“Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.


“Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya.” jelas beliau di dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO mendakwa kerajaan negeri tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka.

Lim kemudiannya telah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.

“Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid.

“Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.

“Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan.

“Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana Umno boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan?

“Umno mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.

“Umno hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah.

“Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk tidak membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.” jelas beliau yang juga MP Bagan.

Katanya, tujuan Umno mengapi-api sentimen perkauman dan agama bertujuan menimbulkan kebencian terhadap negeri pakatan Rakyat.

“Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.” ujar beliau.-Selangorku


Anda harus bijak berfikir.  Undi anda membawa perubahan. Lakukan perubahan demi keadilan sejagat. Undilah apa saja sekali pun, "Asal Bukan Umno". A.B.U.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...