Thursday, March 15, 2012

Majlis pertunangan : Najib perlu letak jawatan - Zuraida


           KEADILAN mencabar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ekoran pembongkaran terbaru salah guna wang rakyat bagi membiayai majlis pertunangan anak perempuan beliau dan hari jadinya.
           Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, Najib perlu meletak jawatan kerana Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri berbuat demikian ekoran skandal NFC.

“Seperti Shahrizat, adakah Najib berani meletakkkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Ini adalah permulaan, lepas ini kita akan bongkarkan satu demi satu penyelewengan yang dilakukan Najib.


“Najib selalu menyepi diri apabila soalan-soalan ini ditimbulkan seolah-olah tidak faham. Saya minta Najib fahamkan betul-betul dan kalau beliau mahu rakyat Malaysia memafkannya, beliau perlu berundur diri,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Pada 9 Mac lalu Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan sebanyak RM409,767 wang rakyat untuk menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya, yang diadakan di Seri Perdana 17 Jun tahun lalu.

Kos itu merangkumi satu tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang menyediakan perkhidmatan katering dan dicaj kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Terbaru, beliau mendedahkan perbelanjaan mewah hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 berjumlah RM79,053.

Majlis tersebut menyajikan 47 juadah istimewa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Berdasarkan ‘Banquet of Order’, majlis tersebut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia adalah majlis peribadi Najib, kata Rafizi yang mendedahkan perkara itu.

Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran ‘Batak’ (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.
Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79,053.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...