Wednesday, March 21, 2012

Kadir pun keluar Umno, ahli biasa bila lagi


            Pengumuman veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti yang dianggotainya lebih 56 tahun semalam sekali lagi mengesahkan bahawa Umno kini sedang menanti ajal.
            Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, tindakan Abdul Kadir itu juga memberi gambaran jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan Umno.

"Ini menunjukkan bahawa Umno semakin mereput dan luput serta menanti masa untuk mati. Jika insan seperti Tan Sri Kadir yang telah menjadi ahli Umno sejak merdeka serta pernah menjadi pemimpin tinggi pun sanggup keluar Umno, tiada sebab lagi untuk ahli-ahli Umno yang lain untuk terus bersama dengan Umno.


"Ini menunjukkan bahawa Umno telah jauh menyimpang dari landasan sebenar serta semangat penubuhannya dari awal. Umno sekarang bukan lagi berjuang untuk kepentingan bangsa dan rakyat di negara ini, tetapi untuk kepentingan segelintir pemimpin mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Abdul Kadir memiliki prinsip yang amat jelas serta kredibiliti yang tinggi kerana sanggup mempertahankan dakwaannya bahawa sememangnya Umno membeli undi masa pilihanraya umum dahulu sehingga akhirnya beliau memilih keluar dari Umno.

"Dakwaan Tan Sri Kadir juga membuktikan bahawa Umno adalah parti yang korup. Pemimpin mereka sanggup membelanjakan berjuta-juta duit rakyat hanya semata-mata mahu mengekalkan survival mereka.

"Mereka tidak kisah jika negara menjadi muflis, rakyat papa kedana, negara menangggung hutang yang berbilion ringgit hanya kerana mereka mahu menang dalam PRU ke 13," jelasnya lagi.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada pemimpin-pemin Umno yang mempunyai integriti yang tinggi dan cekal untuk bersama Pakatan Rakyat dam membina sebuah kerajaan yang bersih dan adil.-Hrkhdly




 
Abdul Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno
Bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatan selaku ahli Umno.
Dalam satu kenyataan media, Abdul Kadir memaklumkan, beliau hari ini menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno Malaysia,  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan perkara ini.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO Malaysia mulai hari ini,” kata Abdul Kadir.
Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Bendahari Umno bahagian Kulim – Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhir yang dipegangnya dalam Umno.
Semasa berada di dalam Umno, yang dianggotainya sejak 1956, beliau pernah menjadi Exco Pemuda selama sepuluh tahun dan Ahli Majlis Tertinggi selama dua puluh empat tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Kedah.
Beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 1999 dan Menteri Penerangan pada 2004. Beliau adalah Ahli Parlimen Kulim – Bandar baharu selama lima penggal, sebelum mengundur diri pada Pilihanraya Umum ke-12.-k/daily

Anda harus bijak berfikir. Undi anda membawa perubahan. Tegakkan keadilan untuk semua. - A.B.U - Asal Bukan Umno 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...