Friday, March 16, 2012

Siapa sabotaj Khalid agar tidak jadi MB?


            Tan Sri Khalib Ibrahim tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum akan datang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan kawasan pilihan raya beliau dari Selangor.
           Berikutan perubahan sempadan kawasan pilihan raya, Khalid yang mengundi di Petaling Jaya Selatan, Selangor sebelum ini bakal mengundi di Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurut peraturan pilihan raya, hanya mereka yang berdaftar di di negeri berkenaan boleh menjadi calon Dewan Undangan Negeri di negeri itu.


Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Namun, dengan fakta yang ada, kelihatan sabotaj dalaman yang dimaksudkan Razlan adalah "untuk menghalang Khalid menjadi MB Selangor."

Dengan pengakuan SPR bahawa Khalid berubah kawasan ke Lembah Pantai akibat 'pembetulan sempadan pilihanraya', jelas yang mensabotaj Khalid adalah melalui SPR sendiri.

SPR sebelum ini menjelaskan bahawa Khalid kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor.

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di Selayang.-Hrkhdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...