Thursday, March 15, 2012

Rafizi: Majlis Hari Lahir PM Berjumlah Hampir RM80,000


              Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak digesa menjawab perbelanjaan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir beliau pada 24 Julai 2011 lepas dengan ikhlas dan telus demi menjaga integriti kerajaan.
               Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli berkata berdasarkan Banquet Event Order (BEO) tersebut, tempahan dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri.

Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya disebut sebagai “Majlis Pejabat Perdana Menteri”.


Pada hari Ahad 24 Julai 2011, Perdana Menteri telah mengadakan satu jamuan meraikan hari lahir beliau di Sri Perdana. Banquet Event Order (BEO) majlis tersebut menyatakan perbelanjaan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:


Bufet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,700


Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738


Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300


Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795


Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800


Caj pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai RM12,720


JUMLAH RM79,053

Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

“Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:

“Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas dari Perdana Menteri mengenai lapan bukti yang sewajarnya diberikan kepada rakyat agar sebarang keraguan dapat PKR dan Perdana Menteri seolah-olah merasakan kenyataan penafian oleh pejabat beliau dan Shangrila Hotel sudah memadai untuk memadamkan isu ini,” tegas Rafizi.

Menurut Rafizi, persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan tersebut, tetapi

ketelusan dan operasi Pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan di antara kepentingan peribadi dan tugasan umum.

Perdana Menteri menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial sebagai jawapan kepada tuntutan rakyat agar rasuah dan salahguna kuasa pimpinan diperangi sehabis-habisnya; maka Perdana Menteri perlulah memberikan teladan yang baik bahawa segala urusan Pejabat Perdana Menteri bebas dari sebarang unsur salah guna kuasa dan pecah amanah.

Ini adalah piawaian integriti baru yang dituntut rakyat Malaysia. Mungkin Perdana Menteri merasakan isu ini remeh, tetapi sikap Perdana Menteri menangani isu ini membayangkan sama ada beliau betul-betul ikhlas dalam menjalankan transformasi politik, ekonomi dan sosial negara.

“Sebab itu PKR berpendapat masih banyak persoalan yang belum dijawab dalam hal ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan satu lagi majlis peribadi yang menggunapakai khidmat Shangrila Hotel,” tegas Rafizi.

Oleh yang demikian, tambah Rafizi, beliau ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia:

1. Bilakah beliau akan mengemukakan lapan bukti yang disyorkan PKR agar nama beliau dapat dibersihkan?

2. Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri, bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3. Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan beliau selama ini?

4. Wajarkah Perdana Menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat.

Menurut Rafizi lagi, Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan dana awam NFC sehinggakan Barisan Nasional terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

“Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Shahrizat Jalil.

“Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarlah beliau juga membuat “pengorbanan” seperti yang dilakukan oleh Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan,” kata Rafizi - .Selangorku

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...