“Saya turunkan berdera gambar (Datuk Seri) Najib Tun Razak sebagai simbolik membantah penipuan slogan transformasi untuk memansuhkan Auku dan hilang kepercayaan anak muda kepada kepimpinannya selaku ketua kerajaan,” -Adam Adli
Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim mempertikaikan bagaimana kerajaan boleh lupuskan hutang kroni sehingga setengah bilion ringgit sedangkan hutang pelajar universiti yang hanya puluhan ribu tidak henti-henti dituntut dan dikejar.“Bayangkan di negara ini ilmu pun macam diniagakan, masuk belajar kena berhutang. Sanggupkah kita tengok nak belajar kena berhutang dan habis belajar bukannya terus dapat kerja. Pengangguran sekarang ini dua kali ganda jumlah mahasiswa.
“Tapi tuan-tuan tengok Tajudin Ramli hutang RM584 juta boleh dilepas dan selesai begitu saja sedangkan mahasiswa berhutang antara RM15 ke RM50 ribu dikejar sehingga ke lubang kubur. Jadi apa gunanya masuk universiti?
“Mahasiswa yang belum tahu untung nasibnya disenaraihitam dan tak boleh keluar negara. Tapi kalau tengok pemimpin negara sampai berbuih mulut kata rakyat diutamakan,” sindirnya.
Mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) yang digantung itu berkata demikian ketika berceramah di Taman Saga di sini semalam.
Beliau pernah mencetuskan kontoversi kerana menurunkan gambar Perdana Menteri di PWTC itu berkata, negara sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi rakyatnya masih terkongkong walaupun mereka yang dianggap berilmu iaitu pelajar universiti.
“Saya digantung oleh pihak universiti kerana membantah Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang sudah 40 tahun menutup mulut mahasiswa.
“Kami bantah Auku kerana tak logik membisukan pelajar universiti. Bayangkan kalau yang belajar dalam jurusan Sains Politik takkan tak boleh kritik parti politik, nakkan cakap tentang ayam itik.
“Saya sendiri sebagai mahasiswa. Kita kritik sebab kita sayangkan negara ini. Takkan nak biarkan pemimpin makan rasuah,” hujahnya lagi.
Adam menambah, dengan membisukan mahasiswa itulah menyebabkan pemimpin tidak takut makan rasuah banyak-banyak kerana mahasiswa tidak boleh bersuara sedangkan mahasiswa orang yang berilmu justeru tidak mungkin membiarkan kemungkaran dan penganiayaan.
Katanya, apabila sudah tidak ada lagi saluran untuk suarakan kepincangan di mana lagi jika tidak di jalan raya sebagaimana di negara-negara maju mahasiswanya berdemonstrasi di jalan raya.
“Jadi pada hari itu (15 Disember 2012) saya bersama 500 mahasiswa berarak ke PWTC kerana bangunan itu bangunan Umno iaitu parti yang memerintah negara ini.
“Saya turunkan berdera gambar (Datuk Seri) Najib Tun Razak sebagai simbolik membantah penipuan slogan transformasi untuk memansuhkan Auku dan hilang kepercayaan anak muda kepada kepimpinannya selaku ketua kerajaan,” hujahnya lagi.
Adam menyeru golongan anak-anak muda supaya segera menggerakkan perubahan kerana sudah 54 tahun selepas merdeka tetapi pemimpin negara dan parti memerintah masih bergelumang dengan rasuah serta politik perkauman yang membawa budaya samseng.
“Jadi kepada anak-anak muda saya seru, inilah masa yang paling sesuai untuk tumbangkan kerajaan yang ada hari ini demi kebaikan generasi akan datang,” laungnya dengan penuh bersemangat.-Hrkhdaily
No comments:
Post a Comment