Thursday, March 22, 2012

Felda: SAMM Kecam Najib Beri Arahan Pada Hakim



            Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa memberi arahan kepada hakim untuk memberi kemenangan kepada Felda dalam kes-kes perbicaraan yang membabitkannya.
            Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SAMM, ucapan yang dikeluarkan Najib itu jelas menunjukkan campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman negara dalam membuat sebarang keputusan perbicaraan yang sepatutnya bebas dari sebarang campur tangan politik.

“Ia berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

“Kenyataan Najib yang berbunyi ‘Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya’ jelas bertujuan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah,” jelas SAMM dalam kenyataan akhbarnya
.

SAMM menambah tindakan sebegini bukan sahaja menyelar kredibiliti institusi mahkamah tetapi juga memberi kesan kepada warga Felda secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, SAMM menyeru warga Felda untuk bangkit daripada terus terlena dengan tipu daya Umno/BN.

“Pastikan maklumat ini sampai ke seluruh peneroka berjumlah 112,635 ribu orang, serta generasi kedua dan ketiga yang sudah boleh membuang undi.

“Pastikan generasi peneroka Felda celik dengan maklumat betapa mereka ditipu hidup dan mati,” pesan SAMM lagi.

Felda kini berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan kadar perahan minyak (OER) dan kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan menjadi ‘precedent case’ bukan sahaja kepada pihak Felda tetapi juga Kerajaan Umno/BN.-SelangorKu



 KEADILAN dedah Najib campur tangan kes mahkamah Felda
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mendedahkan wujud campur tangan Perdana Menteri dalam perbicaraan kes perahan minyak melibatkan peneroka dan Felda.
Beliau berkata, dalam dokumen rasmi mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Felda yang diperolehinya, Datuk Seri Najib Razak, telah meminta supaya hakim dan peguam yang mengendalikan kes berkenaan diberi kefahaman jelas mengenai Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).

“Dokumen Mesyuarat Yang Amat Berhormt Perdana Menteri bersama Felda, bilangan 3, 2011, tarikh 27 Jun 201, tempat mesyuarat di Bilik Mesyuarat aras 4, Bangunan Parlimen Malaysia. Masa mesyuarat 3 petang.

Butiran minit 7.9 yang menyebut ‘bagi kes melibatkan perahan minyak di mana kedua-dua kes belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh. Pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya’,” katanya ketika membacakan minit mesyuarat itu.

Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.

Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.

Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes penipuan KPG.

Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Selain berdepan dengan saman KPG, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.



Anda harus bijak berfikir. Undi anda membawa perubahan. Undi sesiapa saja Asal Bukan Umno (A.B.U)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...