Selain itu katanya, berlaku “penyembunyian bukti material dan juga manipulasi” dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebas daripada tuduhan bersubahat.
Dua lagi tertuduh dalam kes itu, Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.
Mengulas lanjut, Mat Zain berkata, polis mempunyai kuasa dan justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka untuk mencari bukti.
“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul Gani Patail pun tidak boleh (halang).
“Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.
Walaupun peguam negara berkuasa menamatkan prosiding jenayah itu, namun Ghani Patail katanya tiada kuasa memusnahkan bukti.
“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.
“Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG,” katanya lagi.
Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan “bukti palsu” yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Dalam penghakiman kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu selain membebaskan Razak Baginda.
Razak Baginda ialah kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana penganalisis politik itu pernah mengarahkan Musa Safri yang merupakan Ketua Pengawal Peribadi Najib untuk menangani Altantuya, seperti apa yang didakwanya, wanita itu mengugut beliau.-Keadilandaily
Rakyat melihat pembabitan Najib dalam kes Altantuya
Penghakiman penuh oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes Altantuya, tidak dapat menghidar rakyat dari melihat kaitan Datuk seri Najib Razak dengan kes pembunuhan itu, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor.
Lebih menimbulkan persoalan, katanya, penghakiman Datuk Mohd Zaki Md Yasin merumuskan bahawa motif pembunuhan tidak penting, walaupun ia relevan.
“Jika tujuan pembunuhan tidak penting, mengapa Altantuya dibunuh?,” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Jika tujuan pembunuhan tidak penting, mengapa Altantuya dibunuh?,” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam kes tersebut, dua anggota unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung.
Manakala tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda- seorang kenalan rapat perdana menteri dibebaskan oleh mahkamah tanpa diarah membela diri.
Azilah merupakan pegawai pengiring Najib ketika menjadi timbalan perdana menteri, manakala Sirul pula ialah sebagai pegawai keselamatan UTK Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Tidak mungkin anggota polis melakukan jenayah ini tanpa sebab dan mesti ada arahan dari mereka yang lebih tinggi darinya untuk melakukan perbuatan itu.
“Soalnya, bagaimana kedua-dua anggota ini yang bertugas menjaga keselamatan pemimpin negara boleh terlibat melakukan operasi membunuh ini dengan begitu kejam?,” ujarnya.
“Soalnya, bagaimana kedua-dua anggota ini yang bertugas menjaga keselamatan pemimpin negara boleh terlibat melakukan operasi membunuh ini dengan begitu kejam?,” ujarnya.
Menurutnya, dalam kes pembunuhan Sosilawati misalnya, kes itu disiasat dengan teliti sehingga motif pembunuhan dapat diketahui.
Ia katanya berbeza dalam kes Altantuya apabila motif pembunuhan seolah cuba ditutup.
“Walau apa pun alasannya, rakyat melihat pembabitan Datuk Seri Najib dalam kes ini.
“Meskipun mungkin beliau tidak terlibat secara langsung, namun pembabitan kedua-dua anggota keselamatan dalam kes ini amat merendahkan reputasi beliau,” ujarnya.
Beliau juga menimbulkan persoalan samada perdana menteri itu sanggup memohon maaf kepada keluarga Altantuya atas pembabitan bekas pegawai keselamatannya dalam kes pembunuhan itu.
“Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?
Berjiwa besarlah beliau jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap wanita
Mongolia itu,” ujarnya .-K/Daily
Mongolia itu,” ujarnya .-K/Daily
No comments:
Post a Comment