Wednesday, March 28, 2012

Anwar ulang iltizam Pakatan batalkan PTPTN

... itu adalah janji-janji Anwar setelah merajui Putrajaya

                   Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya umum akan datang.
                  “Insya Allah, sekiranya kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan batalkan PTPTN, dan anak-anak miskin akan mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti,” kata Anwar.

Katanya, perkara ini dapat dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara.

“Mana saya nak letak muka sebagai pemimpin, sekiranya masih ada rakyat yang tidak dapat masuk ke universiti hanya kerana dibelenggu kemiskinan,” tegas Ketua Pembangkang itu lagi.


Beliau berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin di Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor di Stadium Kuala Selangor semalam.

Dalam ceramah sama, Anwar turut mengulangi iltizam Pakatan Rakyat untuk menurunkan kadar tarif elektrik sebaik sahaja Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya kelak.

“Dalam masa sebulan Pakatan memerintah, kita akan turunkan kadar tarif elektrik. Saya akan panggil tauke-tauke IPP dan minta mereka fikir cara untuk menurunkan kadar elektrik agar tidak membebankan rakyat.

“Pemimpin harus berani berhadapan dengan mereka. Jangan kita apabila nampak tauke kita takut, nampak Obama takut, nampak bini lagi takut,” kata Anwar dan disambut ketawa hadirin di stadium.

Katanya lagi, usaha mendahulukan kebajikan rakyat ini sudah pun dibuktikan Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri berjaya mengutip hutang-hutang dan aset-aset lama bernilai hampir RM500juta dan memulangkannya kembali kepada rakyat melalui program-program di bawah inisiatif Selangorku.

Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor selama dua hari itu menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak

Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik.

Majlis pada malam itu dibuka dengan jenaka pentas oleh penulis dan aktivis terkenal Hishamuddin Rais. Turut memberi ucapan sebelum Anwar adalah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...