Friday, November 30, 2012

Kenyataan Musa: Hishamudin didesak letak jawatan


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (gambar) meletak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.

Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa Hishamudin campur tangan dalam tugas polis.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Thursday, November 29, 2012

Mantan IGP Dakwa Hishammuddin ‘Campuri’ Tugas Polis


Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ‘mencampuri’ tugas Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara (KPN).

Sebelum ini, Musa berkhidmat untuk PDRM selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun sejak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Kes menteri rogol amah dilapor ke SPRM


Kes pemerkosaan bekas pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet akan dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan yang akan dibuat dalam masa terdekat itu termasuk rasuah dan ugutan bagi menutup kes tersebut.

“Sehingga kini kita masih menunggu perkembangan dari pihak Kedutaan Besar Indonesia. Jika tidak ada sebarang reaksi untuk memulakan siasatan, kita akan ke SPRM untuk membuat laporan selanjutnya Disember ini.

KEADILAN cabar Musa Aman dedah penyumbang RM40 juta


KEADILAN cabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta kepadanya jika benar beliau bersih dan tidak terlibat dalam skandal rasuah itu.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendesak Musa agar memberitahu apa hubungan penderma atau penyumbang tersebut dengan beliau dan Umno.

Katanya, Musa perlu jelaskan apa kontrak-kontrak atau konsesi yang pernah diberikan kepada penderma atau penyumbang itu dan dedahkan di mana wang itu disimpan dan atas nama siapa.

Kenyataan Shahrizat boleh cetus huru-hara

Shahrizat jangan jadi bodoh.. Jika Pakatan Rakyat memerintah yang hilang kuasa hanya UMNO bukannya melayu..

PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

.: Desak Tangkap Hishamuddin Hussein -MSO



Pendedahan bekas IGP Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mencampuri urusan polis sesutau yang serius dan patut mendapat perhatian persidangan agung Umno yang bersidang waktu ini.

Sambung baca diDI SINI

Wednesday, November 28, 2012

Kes Scorpene ‘bapak’ segala jenayah di M’sia – Chegu Bard


Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicara di Mahkamah Perancis adalah ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia.

Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kes itu melibatkan Kerajaan Malaysia, rasuah, pembunuhan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa dan oleh kerana itu rakyat perlu tahu mengenainya.

“Rakyat perlu tahu kerajaan bazirkan RM5 bilion, itu belum termasuk kos-kos lain yang tidak diambil kira, semua menjadikannya lebih RM7 bilion dalam urusniaga pembelian Scorpene ,” katanya.

Scorpene: Najib, Razak Baginda mungkin disapina


Peguam kes Scorpene di Perancis menegaskan mahkamah negara tersebut bakal memanggil dua orang kenamaan terkemuka di Malaysia, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Abdul Razak Baginda sebagai saksi kes tersebut.

Mereka adalah di antara tujuh orang yang bakal dipanggil sebagai saksi, antaranya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat Balasubramaniam dan seorang korporat Lodin Wok Kamaruddin.

Bagaimanapun belum dapat dijelaskan, bilakah tarikh mereka akan dipanggil mahkamah.

Tuesday, November 27, 2012

K’jaan takut pemerhati luar sebab p’raya Malaysia kotor – Mafrel

Kerajaan Umno BN tidak perlu takut dengan kehadiran pemerhati antarabangsa dalam pilihan raya umum (PRU) jika yakin sistem pilihan raya di negara ini bersih, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

“Kalau kita yakin proses demokrasi kita baik, tak perlu takut dan bimbang untuk benarkan pemerhati luar (memantau PRU).

“Dari dulu lagi Mafrel konsisten tentang isu ini. Ia perlu dilihat dengan positif kerana pemerhati luar boleh beri perspektif dan cadangan yang baik.

Kalau Najib takut berdebat dengan Anwar, bagaimana kalau dengan saya aje? - Aspan Alias


Najib telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.

Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden tidak berapa lama dahulu.

Monday, November 26, 2012

20,000 sertai Anti Lynas di Dataran Merdeka



Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.

Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.

"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.

Sunday, November 25, 2012

‘SaT1M’ sesuai banteras skandal tanah Umno BN


Cadangan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menggunakan istilah “Sapu Tanah 1 Malaysia” (SaT1M) bagi merujuk kepada skandal pemilikan tanah di Selangor oleh Kerajaan Umno BN dipersetujui Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

Istilah itu dianggap relevan, kata Shuhaimi kerana ia berkait rapat dengan penglibatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Satim Diman dalam isu pembelian tanah dengan harga murah, lapor Selangorku.

Rakyat jelek satira lapuk mainan Mahathir


Lewat ini, terlalu banyak komen-komen serta pandangan negatif yang keluar dari mulut mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Rakyat Malaysia telah jelek dan muak untuk mendengar pandangan-pandangan penuh kepentingan peribadi yang beliau keluarkan.

Hanya segelintir kaki ampu dan penakut yang bercita-cita mendaki politik Umno yang rapuh, masih tegar menjadi tukang sorak politikus veteran ini.

134,675 pengundi tidak dikenali daftar di Selangor


Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian.

Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan.

Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang.

Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan

Saturday, November 24, 2012

Pengubahan wang haram: UBS Bank Switzerland siasat Musa Aman


UBS Bank di Switzerland membuka siasatan kes pengubahan wang haram berjumlah USD90 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Ia didedahkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Bola Apartment Damansara Damai, di sini malam tadi.

“Nama Musa Aman dikaitkan dengan siasatan kes ‘money laundering’ (pengubahan wang haram) berjumlah USD90 juta di Switzerland.

Nurul Izzah saman Utusan, sedia menghadap Sultan


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman terhadap Utusan ekoran laporan yang mengatakan beliau ‘menyokong’ kebebasan beragama kepada masyarakat Melayu di negara ini.

Ianya berhubung empat artikel pada 5, 6 dan 7 November 2012 diterbitkan akhbar Umno itu yang didakwa telah memfitnah beliau.

Saman itu menamakan tiga pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, penerbit Utusan Publising dan pencetak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai responden.

Friday, November 23, 2012

Beranikah Najib pasang kamera AES di Pekan?



Beranikah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memasang kamera AES di Pekan untuk menunjukkan sokongan kepada keputusan kabinet yang diketuai beliau bahawa sistem ini adalah baik untuk rakyat?

Sumber dalaman Umno yang berang dengan keputusan kabinet untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata sepatutnya Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menunjukkan model contoh dengan memacak beberapa kamera AES di Pekan dan Pagoh.

“Bagi ahli parlimen BN yang menyokong juga sepatutnya membawa 4 kamera seorang untuk balik ke kawasan masing-masing untuk mengurangkan kadar kemalangan. Sudah tentu rakyat di kawasan parlimen mereka sokong.

Isu doa petanda Umno dalam ketakutan


Menghangatkan isu doa menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

“Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti. Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain). Semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia. Doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi PAS,” kata Tuan Ibrahim.

Sokongan Melayu di Selangor Johor dan Perak meningkat


Hasil kajian terbaru mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini meningkat dengan ketara sekali.

Kajian yang dibuat di tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak mendapati sokongan Melayu meningkat antara 3 - 8 peratus di ketiga-tiga negeri ini.

Di Selangor, sokongan kepada Pakatan di negeri itu meningkat sehingga lebih 55 peratus di kalangan pengundi Melayu.

Thursday, November 22, 2012

Jika Ikut Ajaran Allah, Kenapa Takut Dengan Doa Pas? - Shahbudin


Doa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan diaminkan oleh puluhan ribu penyokong Pas selepas solat hajat sempena Muktamar Agungnya di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, baru-baru ini mengundang isu baru yang diperkatakan oleh hanpir setiap orang.

Doa itu, selain meminta dimudahkan perjalanan Pas dan PR untuk menawan Purtajaya dalam pilihanraya akan datang, ia juga meminta kepada Allah supaya dihancurkan UMNO dalam pilihanraya ini sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab.

Skandal RM40 juta: Ketua Pendakwa raya Hong Kong buktikan Nazri Aziz ‘berbohong’ di Parlimen – Rafizi


Saya merujuk kepada laporan ekslusif oleh Teoh El Sen yang disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today bertajuk “Hong Kong Willing To Re-open RM40m Case” bertarikh 20 November 2012.

Laporan ekslusif tersebut memuatkan petikan wawancara dengan Kevin Zervos, Ketua Pendakwaraya Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang disabitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia.

Untuk menang ‘perang’, musuh mesti dihancurkan


D OA untuk menghancur dan menjahanamkan Umno BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam arena politik Malaysia, PAS dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.

Wednesday, November 21, 2012

Ibrahim Ali atau Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri -Aspan Alias


Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM. Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.

Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini.

Tuesday, November 20, 2012

PRU13: Dua prasyarat Pakatan tewaskan Umno BN


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan dalam ucapan beliau ketika pembukaan Muktamar PAS ke-58 pagi ini bahawa PAS bersedia untuk mengambil alih kuasa persekutuan dengan teman-teman lain dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia kini dalam dilema pada Pilihan Raya Umum ke-13, untuk membuat keputusan sama ada Malaysia patut mempunyai sebuah permulaan baru dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru di Putrajaya, atau sama ada rasuah, salahguna kuasa, ketidakadilan dan ketidaksamarataan Umno Barisan Nasional perlu terus menggelapkan masa depan, harapan dan kehendak rakyat.

Monday, November 19, 2012

Pemimpin UMNO: Tolong Melayu Atau Tipu Melayu?- Shahbudin


Hubungan UMNO dengan Melayu dan sejauh mana pemimpin UMNO menolong bangsanya sendiri menjadi perdebatan dan perbincangan di mana-mana sekarang ini. Di ketika kuasa yang dipegang selama lebih 50 tahun ini hampir terlepas bila-bila masa, semua pihak dalam UMNO mula bercakap soal Melayu dengan lebih kerap sekarang ini.

Mereka melaung dan menjerit seolah-olah hanya UMNOlah yang memperjuang dan menolong Melayu. Orang Melayu semakin kerap diingatkan agar jangan terlalu mudah melupakan jasa-jasa UMNO, diminta menyedari hanya UMNOlah kononnya pejuang Melayu sambil diminta mengekalkan teraju kuasa terus dipegang oleh UMNO.

Kalau membaca Utusan, bacalah dengan terbalik - Aspan Alias


Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan ‘kuda pelejang’ untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.

Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat.

Boleh murtad jika perlekeh Islam


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

Sunday, November 18, 2012

Doa “Hancur Umno, Tumbang BN” bergema di stadium


KOTA BHARU: “Hancur Umno, Tumbang BN” bergema dalam suasana Stadium Sultan Mohammad Ke IV sendat dengan lautan manusia. Tiada siapa sangka wakil Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat mampu mengetuai teriakan sambil berdoa selepas solat hajat.

Kenyaringan suara itu menerjah ke awan dalam suasana langit di pagar bintang-bintang, dengan membawa satu mesej menumbangkan kerajaan Umno dan BN.

Baginya, rakyat negara ini tidak sanggup lagi membiarkan jenayah rogol, bunuh, buang anak dan pelbagai lagi terus menghantui masyarakat.

Peluang paling cerah tawan Putrajaya – Anwar, Nik Aziz


Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.

“Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya,” katanya disambut sorakan semangat.

Saturday, November 17, 2012

Ngapa orang marah AES?- Subky Latif


AKHIR sekali Selangor pun bersikap seperti negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain melarang kamera AES dipacak di tanah yang dikuasainya hinggalah ada keputusan yang lain dari Pakatan.

Maka di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor motokar masih boleh dipandu laju lagi.

Di negeri yang kuat UMNO seperti di Johor dan di Felda-Felda Pahang tiada boleh lari laju lagi bila kamera AES dipasang nanti. Kalau negeri-negeri itu lepas PRU13 nanti ditawan Pakatan nescaya kamera yang sudah dipasang akan dicabut balik.

Mengapa orang marah sangat dengan sistem AES itu sedang ia bertujuan mendisiplinkan pemandu supaya jangan memandu lebih dari kelajuan yang ditentukan?

Penyelewengan MB N Sembilan punca Umno bakal tersungkur


Penyelewengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam skandal tanah akan menyebabkan Umno Negeri Sembilan tumbang pada pilihan raya umum (PRU) nanti, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, terlalu banyak penyelewengan oleh pemimpin Umno negeri demi mengkayakan kroni.

Rafizi menunjukkan dokumen mengenai pelan rancangan struktur Negeri Sembilan 2001-2010 yang dikaitkan dalam skandal tanah oleh Mohamad.

30 ribu berhimpun di Stadium Sultan Muhamad


KOTA BHARU: Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu mulai penuh dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat ini adalah siri kedua selepas himpunan di Senawang, Seremban awal bulan ini.

Himpunan kali ini diadakan serentak dengan Muktamar tahunan PAS ke 58 yang diadakan di sini.

Dianggarkan pada ketika ini sudah lebih 30,000 berada di padang stadium dan kawasan tempat duduk sementara ribuan lagi sedang masuk ke dalam stadium.

Friday, November 16, 2012

Kisah Benar Penglibatan Nurul Izzah Sebagai Ahli Panel Forum ‘NEGARA ISLAM: VERSI MANA? TANGGUNG JAWAB SIAPA?’


Kesanggupan media UMNO dan para pencacainya memfitnah Nurul Izzah berhubung dengan ucapannya di sebuah forum di Subang Jaya adalah bukti muktamad bahawa UMNO tetap UMNO. Keputusan PRU ke-12 pada 2008 di mana UMNO mengalami prestasi terburuknya tidak mampu mendatangkan perubahan kepada kejelekan keperibadian UMNO sebagai sebuah wadah politik, walaupun sedikit. Fitnah adalah ‘second nature’ kepada UMNO.

Usaha memfitnah Izzah adalah selari dengan strategi UMNO untuk menakutkan masyarakat Melayu terhadap kedudukan Islam dan ummat Islam sekiranya PR memerintah di peringkat Pusat.

AMK lancar kempen ‘Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat’


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan kempen ‘Sumpah Rakyat Kembalikan Hak Rakyat’ dalam usaha menyedarkan rakyat tentang penyelewengan wang yang dilakukan pemimpin Umno.

Kempen yang akan menjelajah ke seluruh negara itu dijadual bermula esok di Sabah dan menyelusuri segenap negeri itu selama lima hari.

“Kita mula di Sabah sebab negeri itu mengalami isu penyelewengan wang terbesar membabitkan RM40 juta oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman,” kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang media selepas majlis pelancaran kempen, di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini petang tadi.

Jika Nurul kena taubat, Harussani juga kena - Ketua Ulamak

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berpendapat, jika Mufti Perak, Datuk Harussani meminta Nutul Izzah Anwar bertaubat kerana kenyataannya, dia (Harussani) juga harus bertaubat juga.

"Bagi saya dia (Nurul Izzah) tidak perlu (taubat) kerana taubat kalau buat kesalahan besar. Jika itu kena bertaubat, Harussani juga kena taubat kerana dia tak sokong perjuangan Islam," kata Ustaz Harun Taib (gambar).

Ustaz Harun berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan tentang kenyataan Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana berkata, tidak ada paksaan dalam agama.

Bagi Harun, isu ini perkara biasa sahaja, "kita tak ambil berat isu itu, itu perkara biasa sahaja."

Tuesday, November 13, 2012

Himpunan Mega Rakyat 12 Jan Dijangka Mengatasi BERSIH 3.0


'Perhimpunan Mega Sejuta Rakyat Menuntut Lapan Tuntutan’ dijangka mampu mengatasi kehadiran dalam Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Jangkaan itu berdasarkan peningkatan kesedaran yang ketara di kalangan rakyat negara ini apabila tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil ditolak mentah-mentah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengakibatkan kemarahan rakyat.

Selain itu, sambutan hebat dari masyarakat umum terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Taman Seremban Jaya, Senawang baru-baru ini turut dijadikan ukuran terhadap sambutan yang bakal diterima oleh himpunan mega itu.

Monday, November 12, 2012

Pojok: Anak Mami di Perantauan – Yang mana satu isteri Chong Wei?



Lee Chong Wei, wira badminton negara telah selamat bernikah dengan gadis pilihan hati, Wong Mew Chew dalam majlis yang penuh gilang gemilang. Majlis tersebut pastilah menjadi sebahagian daripada sejarah besar buat kedua mempelai yang pastinya telah lama menanti untuk menjalani hari besar mereka, meraikan cinta dan kasih sayang selamanya.
Kita ucapkan selamat pengantin baru kepada keduanya. Moga kekal sehingga ke anak cucu.

Namun selain perkahwinan yang kekal bahagia, apa yang pasti akan kekal adalah satu titik hitam yang amat besar dalam sejarah majlis tersebut yang akan menjadi kelompangan maha jelik dalam kisah cinta Chong Wei serta pastinya album pernikahan mereka berdua adalah kewujudan makhluk aneh di antara kedua mempelai di meja pengantin.

Sunday, November 11, 2012

PEMBERONTAKAN TERBUKA: Panglima Umno beri notis pada Najib- KEMAS BARANG ANDA!


Akhirnya umum sudah mengetahui. Pergelutan antara Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin semakin memuncak sedang negara semakin hampir kepada pilihan raya umum ke-13 di mana parti pemerintah BN dijangka kehilangan penguasaan selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan.

"Saya tidak terkejut dengan perkembangan terkini. Terdapat cakap - cakap perebutan kuasa semenjak kebelakangan ini. Pengikut Muhyiddin boleh menghidu peluang dan mereka mahu memastikan dia mendapat giliran di kerusi PM manakala mereka akan mendapat bahagian gula-gula mereka yang sewajarnya," naib presiden PKR dan ketua bahagian Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

UMNO sudah kehilangan hidayah - Aspan Alias


Masalah UMNO ialah masalah yang diwujudkan olehnya sendiri. Tengku Adnan Mansor berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya parti itu menghadapi masalah persepsi sahaja. Kata-kata Setiausaha Agong UMNO ini menampakkan satu fenomena, iaitu parti itu benar-benar terasa masalah-masalah yang dihadapi oleh parti itu. Hishamudin, Menteri Dalam Negeri, juga pernah berkata persepsi buruk itu telah berjaya ditempelkan pada UMNO dan semua sekutunya dalam BN oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Komen saya senang sahaja. Untuk satu-satunya persepsi itu melekat kepada UMNO itu mesti ada sebabnya. Persepsi-persepsi buruk terhadap UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud dengan senang sahaja. Ia tentunya wujud di atas isu yang ‘real’ dan nyata. Jika isu terhadap UMNO ini tidak ‘real’ bagaimana persepsi buruk itu boleh melekat dan menjadi ‘stigma’ yang tidak dapat ditanggalkan lagi dengan parti yang telah memerintah sejak merdeka dahulu.

Saturday, November 10, 2012

Daftar pemilih kotor, Pakatan jumpa SPR 19 November



Pakatan Rakyat (Pakatan) akan bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 19 November ini bagi menyelesaikan isu daftar pemilih yang belum bersih, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Menurut beliau, hasil analisa jentera pilihan raya yang dibuat pihaknya mendapati, terdapat empat masalah utama berjaya dikesan melibatkan alamat pengundi, pengundi pos, pengundi didaftar belum cukup 21 tahun dan pemindahan pengundi.

“SPR memberi daftar yang tidak lengkap. Sehingga suku 1 tahun 2012, saya dapati dari 70,136 pengundi dalam daftar pengundi, hampir 45 peratus tidak diberi alamat lengkap.

Isu Nazri Aziz: Najib Perlu Bertindak Sebelum Mahathir Bersuara - Shahbudin Husin


Isu yang melibatkan Nazri Aziz, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, Parlimen dan SPRM dengan usahawan balak Michael Chia, terus memanaskan suhu politik negara dengan pelbagai pendedahan baru hari demi hari.

Isu ini bermulanya dengan jawapan Nazri di Parlimen berkaitan Michael yang pernah ditahan di Hong Kong kerana membawa wang tunai RM40 juta yang didakwa untuk diberikan kepada Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Jawapan Nazri di Parlimen yang menyebut Michael tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan kerana wang itu sebenarnya adalah untuk diberikan kepada UMNO Sabah, bukannya Musa Aman secara peribadi, akhirnya mengundang petaka yang tidak berkesudahan.

Nurul Izzah sudah jelaskan, pemimpin Umno bagaimana


Tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertepatan dengan pepatah ‘kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan’, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Begitupun, katanya seronok apabila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.

Beliau berkata, Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polemik itu.

“Beliau menjelaskan ‘sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam’, kenapa Umno terus bising,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Friday, November 9, 2012

Belajar daripada Pilihan raya Presiden Amerika


Pilihan raya Presiden Amerika 2012 menyaksikan pertembungan sengit antara penyandangnya Barrack Obama dari Parti Demokrat dengan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney.

Dunia memberikan tumpuan khusus bagaimana perjalanan pemilihan Amerika Syarikat dan menonton penuh minat proses berkempen dan pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung secara penuh demokratik.

Keputusan terkini menunjukkan Barrack Obama mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua berturut-turut.

Umno sedang gali kubur sendiri - Majdan Dagang


UMNO-BN sedang menggali kuburnya sendiri. Begitulah perkembangan politik mutakhir ini. Dalam beberapa isu besar yang berlaku akhir-akhirnya, Umno-BN dilihat lebih banyak bertahan daripada menyerang. Ada beberapa isu yang dilihat bakal menyusahkan Umno-BN mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan tamat tempohnya pada 24 April 2013.

1. Isu hudud Datuk Seri Chua Soi Lek. Dalam persidangan agung MCA yang lalu, presidennya Datuk Sri Chua Soi Lek buat kesekian kalinya menyerang hudud dan kenyataan menghina Islam. Beliau sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Umno dilihat seolah-olah merestuinya.

Thursday, November 8, 2012

Cubaan Utusan label DAP ‘kafir harbi’ gagal


Cubaan Utusan Malaysia untuk melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam dengan melabel DAP sebagai ‘kafir harbi’ telah gagal apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai ‘kafir harbi’.

Dalam jawapannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen semalam, Jamil Khir telah berkata bahawa apa-apa kenyataan yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai ‘kafir harbi’ atau ‘kafir zimmi’ hanya pendapat peribadi dan orang Islam tidak terikat dengan pendirian tersebut.

Putar belit kenyataan Izzah, media Umno tak siuman – Pengerusi Shura


Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya.

Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir.

“Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka.

Rompak tanah Negeri Sembilan, Umno sebabkan rakyat terabai


Rakyat Negeri Sembilan perlu ubah pentadbiran kerajaan negeri jika tidak mahu kehidupan mereka terabai akibat rompakan tanah yang dikaut pemimpin Umno, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri, Mohd Nazree Yunus.

Beliau mengulas pendedahan KEADILAN berhubung isu penyelewengan tanah hutan simpan di Jempol dan rampasan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson minggu lalu.

“Tindakan mengenepikan rakyat seperti itu dah lama berlaku, malah banyak lagi daerah di negeri ini. Di Rembau, peniaga tidak disedia keperluan asas seperti air dan sebagainya,” kata Naib Ketua AMK Pusat itu.

Wednesday, November 7, 2012

Rakyat nikmati manfaat kerjasama PAS, DAP


Malah, MCA yang menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang semakin galak menghentam PAS telah dengan sengaja menghina Islam melalui usaha memperlekeh hukum dan akidah Islam. Dan UMNO hanya berdiam diri dengan perbuatan MCA itu.

DAP yang dibarisi pemimpin utama seperti Lim Kit Kiang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng Setiausaha Agung dilihat lebih menghormati Islam dan mesra Melayu berbanding MCA yang kini diterajui Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

DAP juga terbukti saling bantu-membantu dengan PAS dalam merampas negeri yang sekarang ini diperintah Pakatan Rakyat, termasuk Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (sebelum dirampas secara rakus oleh BN).

Pemuda PAS sokong gesaan agar Nazri bercuti



Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat Datuk Seri Nazri Aziz sepatutnya tahu batas perhubungan khususnya dengan mereka yang dikaitkan dengan tuduhan rasuah.

Ketua peneranganya, Riduan Mohd Nor berkata, hubungan dengan individu seperti itu hanya akan mewujudkan pandang serong masyarakat lebeih-lebih lagi beliau merupakan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang negara.

"Sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang negara, beliau semestinya tahu batas-batas pergaulan supaya tidak dilihat serong.

Umno BN main sentimen agama untuk raih sokongan Melayu – Anwar


Umno BN tergamak memainkan sentimen agama dan mengambil pendekatan keras terhadap golongan bukan Islam semata-mata untuk raih sokongan Melayu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu mengulas serangan terdesak Umno BN menerusi media kawalannya, Utusan Malaysia dan TV3 terhadap Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar berhubung komennya dalam soal kebebasan agama.

Menyifatkan serangan yang diterima Nurul Izzah itu tidak adil, Anwar berkata, kenyataan tersebut tidak patut dimanipulasi hanya untuk mendapat sokongan politik kerana perihal agama adalah soal keyakinan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...