Thursday, November 8, 2012

Rompak tanah Negeri Sembilan, Umno sebabkan rakyat terabai


Rakyat Negeri Sembilan perlu ubah pentadbiran kerajaan negeri jika tidak mahu kehidupan mereka terabai akibat rompakan tanah yang dikaut pemimpin Umno, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri, Mohd Nazree Yunus.

Beliau mengulas pendedahan KEADILAN berhubung isu penyelewengan tanah hutan simpan di Jempol dan rampasan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson minggu lalu.

“Tindakan mengenepikan rakyat seperti itu dah lama berlaku, malah banyak lagi daerah di negeri ini. Di Rembau, peniaga tidak disedia keperluan asas seperti air dan sebagainya,” kata Naib Ketua AMK Pusat itu.


Ahmad Nazib berkata, pihaknya sedang kumpul bukti untuk dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita sedang mengumpulkan dokumen penting, berbincang dengan Rafizi, dan akan bawa isu ini untuk dilapor kepada SPRM dalam masa terdekat,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada 3 Oktober lalu membongkar skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram yang dipercayai didalangi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan.

Pada 2 November, Rafizi mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Rafizi, pada 3 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Sementara itu, peniaga di sekitar Pantai Telok Kemang berhimpun di perkarangan Parlimen 1 November lalu membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan ‘menutup periuk nasi’ mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan.
Tanah di sekitar pantai ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu, lalu mengusir peniaga tanpa sebarang notis.-KeadilanDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...