Saturday, November 3, 2012

Skandal Tanah N9: Tiga lagi Syarikat milik Umno-BN Akan Di Dedah


PKR akan mendedahkan tiga lagi syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan berhubung skandal Hutan Simpan di Negeri Sembilan yang dipercayai dimiliki oleh pimpinan-pemimpin Umno-BN.

Hari ini PKR mendedahkan nama sebuah syarikat swasta yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal hutan simpan di negeri itu yang dikaitkan dengan Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR,Pengarah Straterginya, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa tanah tersebut tidak pernah dipindahmilik kepada syarikat swasta kerana kekal dimiliki Yayasan Negeri Sembilan adalah tidak benar.


Merujuk kepada satu surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 4 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan yang bermesyuarat pada 3 Mac 2004 telah meluluskan permohonan dari Yayasan Negeri Sembilan untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah seluas 1,014 di Mukim Serting Ulu, Daerah Jempol.

Pindaan ini bagi tujuan ladang getah kepada sebuah yarikat bersama ASLI-YNS Sdn Bhd.

Lebih memalukan katanya, pelaburan Dr Yeoh di dalam syarikat tersebut hanyalah berjumlah RM5 dari modal keseluruhan RM10.

“Walaupun nama syarikat ini memberi gambaran seolah-olah ia sebuah syarikat usahasama dengan Yayasan Negeri Sembilan, carian rasmi dengan Suruhanjya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan bahawa ia dimiliki dan dikawal oleh Senator Dr Yeow Chai Thiam yang juga Pengerusi MCA Negeri Sembilan,
” katanya.

Sebelum ini, skandal tanah hutan simpan ini didedahkan berdasarkan Laporan Audit 2010 yang yang menegur Kerajaan Negeri berkenaan penggantian kawasan hutan simpan.

Sehubungan itu, PKR menunggu penjelasan pihak Menteri Besar sebelum mengambil tindakan lanjut sebelum mendedahkan tiga lagi syarikat lain yang terbabit.-Selangorku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...