Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Tuesday, November 13, 2012
Himpunan Mega Rakyat 12 Jan Dijangka Mengatasi BERSIH 3.0
'Perhimpunan Mega Sejuta Rakyat Menuntut Lapan Tuntutan’ dijangka mampu mengatasi kehadiran dalam Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Jangkaan itu berdasarkan peningkatan kesedaran yang ketara di kalangan rakyat negara ini apabila tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil ditolak mentah-mentah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengakibatkan kemarahan rakyat.
Selain itu, sambutan hebat dari masyarakat umum terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Taman Seremban Jaya, Senawang baru-baru ini turut dijadikan ukuran terhadap sambutan yang bakal diterima oleh himpunan mega itu.
Demikian beritahu Ahli Jawatankuasa Penganjur himpunan tersebut, Hishamuddin Rais kepada TV Selangor hari ini selepas badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengadakan mesyuaratnya semalam.
“Kami melihat, kalau Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban yang dibuat dalam keadaan hujan ribut dan becak pun mampu tarik 20,000 hingga 30,000 ribu, yang ini mampu lebih besar dari BERSIH 3.0.
“Pada hemat saya himpunan kali ini lebih mega dari mega, lebih besar dari besar, lebih teliti dari teliti dan saya seru kepada rakyat negara ini supaya tunjukkan kesatuan kita untuk menuntut hak kita sebagai rakyat Malaysia,” ujar Hishamuddin.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mesyuarat hari ini dan hanya mendedahkannya dalam sidang media yang akan diadakan pada 29 November nanti.
Dalam sidang media itu juga nanti akan memaklumkan tugas-tugas yang bakal dimainkan oleh NGO-NGO terlibat termasuk BERSIH sendiri.
Beliau memberitahu, pihak penganjur juga merancang dengan teliti untuk membaiki kelemahan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelumnya.
Menurutnya lagi, selain BERSIH, perhimpunan yang akan diadakan di Bandaraya Kuala Lumpur itu juga dianjurkan bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Gerakan Mansuh ISA (GMI) dan lain-lain.
“Perhimpunan diadakan di Kuala Lumpur, tetapi kita belum tentukan secara terperinci lokasi sebenar adakah di Dataran Merdeka atau di mana,” ujarnya lagi.-Selangorku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment