Sunday, September 30, 2012

Bajet 2013: Bajet panik, bajet selamat tinggal


Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah belanjawan panik yang takut kepada kebangkitan rakyat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Tetapi, katanya lagi, apa pun yang diumum dan diberikan oleh Najib dalam belanjawan itu tidak akan dapat membendung kemaraan gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Belanjawan tersebut adalah belanjawan selamat tinggal dari Najib sama ada sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan," kata Mahfuz.

Audit buktikan SPR laksana penipuan besar-besaran – Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,dimasukkan.

Saturday, September 29, 2012

Belanjawan tidak guna kalau rugi RM28 bilion


Sebaik mana pun belanjawan dibentangkan, ia tidak berguna kepada rakyat kalau perlaksanaan penuh penyelewengan dan rugi RM28 bilion setahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya tidak boleh kata belanjawan yang dibentangkan oleh (Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah belanjawan yang baik dan bertanggungjawab kepada negara dan generasi akan datang sebab (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri kaitkan Najib dengan perbuatan beli undi.

"Tetapi, kalau Najib mempunyai kebolehan untuk membentangkan belanjawan yang baik sekalipun, ia tidak berguna kepada rakyat apabila Ketua Audit Negara sendiri dedahkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion setahun yang diakibatkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," katanya.

Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2013



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini.

“Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan.

“Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Takut kalah PRU, Najib tabur ‘ole-ole’ untuk beli undi rakyat


Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan bajet yang tidak berhemah dan ‘ole-ole’ pilihan raya BN untuk membeli undi rakyat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ia jelas kerana Najib tidak berminat untuk mengubahnya kepada perbelanjaan berimbang, sebaliknya menumpu kepentingan mempertahan survival politik BN berbanding kesengsaraan yang ditanggung rakyat.

“Najib tidak pernah berusaha untuk mengubah perbelanjaan kepada seimbang, tetapi tetap sama seperti tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya dengan bajet defisit,” katanya.

Friday, September 28, 2012

Mengundi UMNO itu bukan Wajib Hukumnya!(bah 1)- Sakmongkol AK 47.


Rakyat sudah bertanya, kenapa kita mesti mengundi UMNO? Ye- kenapa mesti ? why at all? adakah orang Melayu akan mati jika tidak menyokong UMNO?

UMNO guna 3 isiu- bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika UMNO kalah. Agama Islam akan tergugat jika UMNO jalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan.

Jika UMNO bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya.

Skandal mata wang: AMK tuntut Bank Negara jawab kerugian RM5.7b


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjelaskan kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan mata wang asing atau forex seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen Isnin lalu.

Tuntutan itu antara kandungan memorandum yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kepada BNM, hari ini.

“Secara rasmi kami serah memorandum ini kepada Gabenor BNM melalui Pengarah Strateginya menuntut BNM mendedahkan siapa yang mengarahkan Tan Sri Jaffar Hussein menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang Malaysia,” kata Shamsul.

Hayat Umno di penghujung, Najib pening kepala


Hasil kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) kelmarin tentunya menggusarkan pemimpin Umno BN, kata Riduan Mohd Nor.

Ketua penerangan dewan pemuda PAS itu berkata, bukan sahaja disebabkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menurun malah kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat juga semakin meningkat.

"Kajian ini pastinya menjadikan PM pening kepala memikirkan bila tarikh sesuai untuk membubarkan parlimen. Lebih memeningkan apabila memikirkan nasib beliau, keluarganya dan partinya usai PRU ke 13 nanti.

Thursday, September 27, 2012

Rapid Pengerang: Banyak misteri akan terbongkar


Banyak misteri yang akan terbongkar berikutan bantahan dan cabaran debat mengenai Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila ada bekas menteri yang mencari nafas baru dalam politik Umno mencabar untuk berdebat berikutan bantahan penduduk Pengerang terhadap Rapid, banyak lagi kecurigaan yang didedahkan kepada kita sejak Petronas dikuasai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.

Menurut Salahuddin, Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 meletakkan Petronas di bawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri.

Belanjawan Pakatan 2013 tambah kebajikan untuk rakyat dan realistik

Pakatan Rakyat hari ini membentang Belanjawan 2013, dengan beberapa tawaran baru yang menguntungkan segenap lapisan rakyat dan bersifat realistik.

Ia dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan kira-kira jam 2 petang tadi, dua hari lebih awal daripada Barisan Nasional (BN).

Intipati Belanjawan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang.

Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat.


Belanjawan bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu juga mengandungi beberapa tawaran baru yang menarik, antaranya: -

MB : Rakyat Jangan Terpengaruh Provokasi “Krisis Air Selangor”


Menteri Besar Selangor menganggap iklan fiksyen “Krisis Air Selangor” yang bakal dihasilkan untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri sebagai cabaran untuk beliau terus menyusun semula industri air untuk kepentingan rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata iklan tersebut menunjukkan sikap buruk sesetengah pihak terhadap usaha Selangor menyusun semula industri air.

“Saya berharap pelakon-pelakon tambahan ini tidak menggunakan krisis air untuk menunjukkan keupayaan lakonan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Wednesday, September 26, 2012

Bajet 2013 pastinya bajet pilihan raya - Dr Rosli Yaakop.


PM Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2013 pada Jumaat ini, 28 September 2012, bajet yang keempat bagi beliau sejak memegang jawatan PM merangkap MK mulai April 2009. Oleh kerana PRU13 mesti diadakan sebelum berakhirnya setengah tahun pertama 2013, maka ini adalah bajet terakhir yang beliau bentangkan sebelum PRU13. Selepas itu, tiada kepastian beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri kerana kemungkinan UMNO-BN akan kehilangan kuasa. Bahkan, sekiranya UMNO-BN kekal berkuasa sekali pun, belum pasti lagi Perdana Menteri Malaysia adalah Najib jika sasaran memulihkan dua pertiga majoriti UMNO-BN gagal dicapai dan Selangor gagal dikembalikan ke pangkuan UMNO-BN.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkomplot untuk mengambilalih teraju pimpinan negara. Penyokong utama beliau termasuklah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad dan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Malah, ada sumber

Bukankah Melayu hilang kuasa angkara Umno?


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Tun Mahathir Mohamad ketinggalan keretapi dan masih memutar pita rakaman lama untuk mempengaruhi pengundi di dalam Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.

“Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno kerana nanti Melayu hilang kuasa.

“Bukankah Melayu hilang kuasa semua angkara Umno?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Tuesday, September 25, 2012

Dr M, Melayu mahu bersatu, tetapi bersatu di luar UMNO - Aspan Alias



Saya telah cuba untuk tidak menulis tentang Dr Mahathir lagi tetapi tidak dapat saya berbuat demikian kerana beliau masih lagi menyalahkan semua orang di atas perpecahan orang Melayu sebagaimana anggapan beliau sekarang. Dalam tulisan beliau dalam Mingguan Malaysia semalam beliau menzahirkan perasaan sedih di atas apa yang telah terjadi kepada orang Melayu yang pada beliau akan hilang kuasa politiknya disebabkan perpecahan sesama sendiri.

Tidak susah untuk memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebagai Melayu yang tamak kuasa yang telah memecahkan Melayu itu. Ia tidak lain selain dari Anwar Ibrahim yang telah menjadi duri dalam daging kehidupan sepanjang hayat beliau. Mahathir masih lagi bercakap tentang Melayu yang beliau sendiri telah pecahkan dan hasil dari perpecahan itu dilontarkan kesalahannya kepada semua orang kecuali diri beliau sendiri.

Kerjasama PR Untuk Padam Mitos Barisan Nasional


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan ada tiga ‘mitos’ yang cuba dibawa oleh kerajaan Umno BN dalam usahanya untuk memburukkan pemerintahan Pakatan Rakyat jika kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang menyebelahi Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya di Konvesyen DAP Perak semalam, beliau menyeru agar semua ahli parti Pakatan Rakyat agar sentiasa bekerjasama dan memastikan kemenangan di Perak tetapi juga berjaya menawan Putrajaya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Umno BN akan lakukan apa sahaja cara untuk memenangi piliharaya yang akan datang.

Royalti ajak Najib debat isu royalti minyak


Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) mengajak Datuk Seri Najib Razak ke Pentas Pidato Tuntut Royalti ke Putrajaya pada 2 Oktober ini.

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, ia bagi membolehkan Perdana Menteri menyatakan pendirian berkenaan isu tuntutan royalti membabitkan Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, selain Najib, semua pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional turut dijemput ke program itu yang diadakan di Dataran Shah Alam, Selangor.

Monday, September 24, 2012

Mahathir takutkan Melayu tapi bayar Zionis, pinjam Bank Dunia


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.

Suaram, Scorpene, Altantuya dan dana asing - Aspan Alias.

Isu Suaram dengan tuduhan terhadapnya mendapat bantuan dana asing hebat dimainkan oleh pihak BN. Selepas ini tidak tahu apa pula yag akan dihadapi oleh Suaram dan NGO-NGO yang lain yang tidak sebulu dengan pihak yang berkuasa. Najib berkata biarkan pihak yang berkuasa melakukan penyiasatan. Katanya, lagi kurang kita bercakap lagi baik.

Tindakan berkuasa terhadap Suaram bukanlah satu isu mengejutkan kerana Suaram membuatkan ada pihak yang ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’ dibuatnya. Suaram ada isu yang besar yang diketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu komisyen pembelian Scorpene yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan pembunuhan Altantuya Shaaribu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan dengan pemimpin besar negara kita.

SSM patut siasat NFC, bukan SUARAM – Tony Pua

Demi memastikan badan hak asasi manusia, SUARAM tidak lagi terlibat dalam siasatan skandal pembelian kapal selam di mahkamah Perancis, kerajaan Barisan Nasional akan melakukan apa sahaja untuk menyerang NGO tersebut.

Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua apabila mengulas tindakan yang bakal dikenakan pihak kerajaan terhadap organisasi tersebut yang telah pun berjaya diiktiraf mahkamah Perancis untuk terlibat sama dalam siasatan kes skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

Najib, Umno sebenarnya gadai negara dengan rasuah

Kenyataan Perdana Menteri bahawa masa depan negara akan tergadai jika Pakatan memerintah tidak berasas, sebaliknya rakyat berdepan risiko jika Umno-BN terus diberi mandat pada pilihan raya umum ke 13.

“Najib dan Umno BN harus ingat mereka sebenarnya yang mengadaikan negara dengan projek-projek untuk keuntungan peribadi seperti NFC, Lynas, Bukit Koman dan pelbagai lagi projek yang diusahakan untuk mengaut keuntungan peribadi,” kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

Justeru beliau meminta Najib berhenti memperbodohkan rakyat kerana mereka kini bijak menilai dan tidak lagi bergantung kepada laporan berat sebelah media arus perdana.

Sunday, September 23, 2012

Revolusi Mental Orang Melayu - Sakmongkol AK47.


Orang Melayu mesti buang dan singkirkan pemikiran ini. yakni, jangan fikir bahawa masa depan kita, kemakmuran kita hanya UMNO boleh buat. Orang Melayu bukan UMNO pun boleh buat lagi baik. Yang pegang tampuk kuasa tidak boleh lama mengelak dari melakukan apa yang dikehendaki oleh majority. Orang Melayu majority kan? You cant dismiss the majority.

Lim Guang Eng, KM Pulau Pinang. Dalam mengurus negeri tersebut, dia tak mampu mengenepikan kehendak orang Melayu disana. Dia tahu reality politik Malaysia. Pengajaran nya ialah sesiapa pun yang memerintah, kalau dia peka dan akur kepada kehendak majority, akan selamat.

Orang Melayu mesti bersatu. Tapi bukanlah bersatu dibawah UMNO. Bersatulah dalam fikiran bahawa melalui bertindak seirama dan senada, merekalah yang ada kuasa dan daulat untuk menentukan bagaimana negara ini ditadbir. Kita mungkin ada kerajaan PR yang memerintah- tapi selagi orang Melayu bertindak secara kolektif, kerajaan PR pun tidak boleh lakukan selain daripada apa yang dikehendaki oleh bangsa Melayu. Itulah faktanya.

Gambar tipu untuk beri gambaran sokongan palsu terhadap Najib



Tindakan media arus perdana kawalan Umno BN mengubah suai gambar bagi memberi gambaran palsu sambutan terhadap Perdana Menteri, adalah suatu bentuk penipuan terhadap rakyat.


“Pendek kata, berita yang disiar akhbar pro-Umno perlu diteliti dahulu kerana bukan sahaja berita, tetapi gambar pun tipu.

“Ini mengesahkan pembohongan berterusan dijalankan media kawalan Umno demi survival politik bos mereka,” kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail kepada Suara Keadilan.

Saturday, September 22, 2012

Royalti Kelantan: 160 ribu referendum akan diserah pada Najib


KOTA BHARU: Seramai 1400 rakyat akan bertolak dari Kota Bharu, Kelantan sempena Konvoi Mega Royalti Ke Putrajaya pada 2 hingga 3 Oktober ini.

Rakyat Kelantan menuntut supaya royalti minyak diserahkan kepada kerajaan negeri.
Konvoi anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) bertujuan menuntut hak royalti minyak diserahkan kepada rakyat Kelantan.

Setiausahanya, Syam Ghaz berkata, konvoi tersebut juga diadakan sempena tarikh perbicaraan kes saman Kerajaan Kelantan terhadap Petronas pada 3 Oktober 2 ini.

Umno yang ajar bukan Islam hina Islam


Kalau pemimpin Umno tidak ajar orang lain menghina Islam, bangsa lain tidak berani melakukannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Utusan Malaysia dan RTM tanya saya mengenai kenyataan (Pengerusi DAP Perak, Datuk) Ngeh (Koo Ham) yang saya akui langsung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam.

"Saya beritahu mereka, tindakan Ngeh yang lansung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam itu sama dengan pemimpin Umno yang menghina Islam. Antaranya, (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dahulu. Beliau juga pernah hina orang Islam dan Islam. Koo Ham pun sama dengan pemimpin Umno.

PRU13: Biar Najib ikut Pakatan pula


Umno telah menetapkakan Persidangan Agung Umno 27 November hingga 1 Disember 2012.
Kemungkinan besar PRU mungkin tahun hadapan walau pun angin bertiup kencang tarikh PRU 13 dalam bulan November.

Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno terpaksa berbuat demikian apabila Selangor telah membuat keputusan tidak akan bersama dengan kerajaan Pusat.

Sekarang biar Najib pula ikut tarikh Pakatan Rakyat. TIndakan yang diambil oleh kerajaan Selangor satu tindakan yang bijak, untuk mengajar pemimpin Umno seperti Najib yang cuba hendak bermain teka teki dengan rakyat mengenai tarikh pilihanraya.

Friday, September 21, 2012

Tanggal 20 Sept: Teriakan reformasi tak pernah mati selepas 14 tahun


Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.

Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan.

Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega.

Thursday, September 20, 2012

PRU13: Peluang Melayu merdeka daripada Umno


Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya hanya Umno yang boleh menentukan survival orang Melayu adalah ajaran sesat dan khurafat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyeru orang-orang Melayu supaya menolak dan menghapuskan ajaran sesat dan khurafat itu kerana kejayaan dan martabat bangsa Melayu bukan terletak di tangan Umno.

Kejayaan dan martabat bangsa Melayu, katanya, kepada kesempurnaan iman kepada Allah dan pemerkasaan ilmu pengetahuan.

Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah - Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno.

"Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO!

"Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah,
" kata Menteri Besar Kelantan itu..
TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini.

Najib PM paling takut di dunia umum tarikh pilihan raya


KEADILAN mempersoal keengganan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh pilihan raya dan menggesa Perdana Menteri itu membubarkan Parlimen serta tidak lagi terus berteka-teki berhubung perkara itu.

Ketua Sekretariat Pilihan Rayanya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pembangkang sama sekali tidak pernah takut dengan bayang-bayang seperti didakwa kerajaan Umno BN.

Tegasnya, tuduhan itu sepatutnya ditujukan kepada Umno BN yang sehingga kini takut untuk mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), bukannya berdolak dalik menuduh pembangkang.

Wednesday, September 19, 2012

PRU 13 penentu survival politik Najib, Umno BN


Kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) sebagai penentu survival politik bangsa Melayu kerana beliau sangat takut kehilangan kuasanya sebagai Perdana Menteri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Najib itu bertujuan menimbulkan ketakutan kononnya orang Melayu akan kehilangan kuasa apabila Umno BN tewas dalam pilihan raya nanti.

Hina Islam: Umno diminta henti politik hipokrit



Penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW berpunca daripada sikap segelintir orang Islam sendiri yang turut menghina Islam.

Apabila orang bukan Islam melihat penghinaan terhadap Islam dibuat dan tidak mendapat bantahan, maka mereka juga bertindak berani untuk berbuat demikian.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata perkara ini boleh dilihat ketika orang Islam sendiri, antaranya pemimpin Umno yang pernah mengeluarkan kenyataan menghina Islam itu sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...