Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ia jelas kerana Najib tidak berminat untuk mengubahnya kepada perbelanjaan berimbang, sebaliknya menumpu kepentingan mempertahan survival politik BN berbanding kesengsaraan yang ditanggung rakyat.
“Najib tidak pernah berusaha untuk mengubah perbelanjaan kepada seimbang, tetapi tetap sama seperti tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya dengan bajet defisit,” katanya.
Najib dalam bajet tersebut mengumumkan defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.
Manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.“Rakyat dan anak-anak muda yang terpaksa menanggung hutang kerajaan yang semakin menebal,
” katanya kepada Keadilan Daily.Manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.“Rakyat dan anak-anak muda yang terpaksa menanggung hutang kerajaan yang semakin menebal,
Azmizam berkata, jika perkara ini berterusan, bermakna sudah sampai masa Umno BN memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) menerajui negara.
“Najib tidak pernah fikir masa depan negara, ini buktikan beliau bukan pembela rakyat. Contohnya semasa kata-kata pembukaannya, beliau cukup takbur mengatakan rakyat memberi kepercayaan kepada Umno BN tadbir negara dengan kemenangan 12 kali dalam pilihan raya.
“Bermakna untuk pilihan raya ke 13, rakyat akan berikan pula mandat kepada Pakatan. Najib jangan terlalu riak kerana mandat yang ada sekarang adalah milik Tun Abdullah Badawi,” ujarnya.
Azmizam juga bimbang kerana tidak ada keyakinan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan secara berpanjangan.
“Pandangan awal pada bajet tersebut memang nampak cantik tetapi sebenarnya ia tidak dapat diterjemaahkan dalam bentuk tindakan yang lebih baik. Rakyat akan sentiasa tertipu dengan helah kerajaan itu dalam bajet terakhirnya sebelum PRU 13,” katanya.
Dalam pembentangannya petang tadi, antara lain Najib mengumumkan ‘gula-gula’ pilihan raya termasuk menyediakan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta kepada 1.4 juta ahli Perkeso, diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun dan 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Beliau juga menawarkan rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G selain bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 termasuk pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.-Keadilandaily.
No comments:
Post a Comment