PM Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2013 pada Jumaat ini, 28 September 2012, bajet yang keempat bagi beliau sejak memegang jawatan PM merangkap MK mulai April 2009. Oleh kerana PRU13 mesti diadakan sebelum berakhirnya setengah tahun pertama 2013, maka ini adalah bajet terakhir yang beliau bentangkan sebelum PRU13. Selepas itu, tiada kepastian beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri kerana kemungkinan UMNO-BN akan kehilangan kuasa. Bahkan, sekiranya UMNO-BN kekal berkuasa sekali pun, belum pasti lagi Perdana Menteri Malaysia adalah Najib jika sasaran memulihkan dua pertiga majoriti UMNO-BN gagal dicapai dan Selangor gagal dikembalikan ke pangkuan UMNO-BN.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkomplot untuk mengambilalih teraju pimpinan negara. Penyokong utama beliau termasuklah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad dan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Malah, ada sumber
yang menyebut bahawa Mahyuddin sedang ditolak kehadapan supaya menggantikan Najib sebelum PRU13 diadakan kerana Najib dan isteri beliau, Datin Sri Rosmah Mansur merupakan beban berat yang dipikul UMNO sekarang yang padahnya boleh membawa kekalahan.
Bila UMNO-BN hilang kuasa dua pertiga majoriti dalam PRU12 (2008), mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dipersalahkan. Sekiranya UMNO-BN hilang lebih banyak kerusi dalam PRU13 ini, maka Najib akan dipersalahkan. Mengambil pengajaran dari PRU12, UMNO tidak mahu menungggu “nasi telah menjadi bubur” baru mahu bertindak. Bermain “blame game” ketika UMNO-BN telah hilang kuasa tiada gunanya. Thesis “buang Najib jika UMNO-BN hendak menang dalam PRU13” sedang diletakkan di peringkat ujian makmal sekarang dan sekiranya ia lulus ujian, maka sinario baru yang bakal muncul ialah PRU13 hanya akan diadakan selepas jawatan Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan. Ini bermakna, parlimen hanya akan dibuburkan setelah cukup lima tahun, satu rekod baru.
Tidaklah sukar bagi sesiapa pun untuk meramalkan bahawa bajet 2013 ini semestinya bajet pilihanraya. Misalnya, Justin Wood, ketua ahli ekonomi kepada “Economist Corporate Network” (ECN) melihat Bajet 2013 berwajah bajet pilihan raya yang mengandungi umpan-umpan untuk memancing undi.
Ada telahan sebaik sahaja bajet 2013 dibentangkan, parlimen akan dibubarkan dan tarikh PRU13 diumumkan, berkemungkinan seawal bukan November. Ini tidak pasti. Yang pasti ialah tempoh parlimen tamat pada 8 Mac 2013. Ini bermakana, PRU13 pastinya akan berlangsung pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan selepas bajet 2013 dibentangkan. Ada jenaka bahawa selepas pembentangan bajet 2013, jawatan Perdana Menteri akan beralih tangan dahulu, kemudiannya barulah diadakan PRU13.
Perancangan awal kerjaaan UMNO-BN ialah untuk mengadakan PRU13 sebaik-baik sahaja bajet 2012 dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Ianya ditunda kerana kerajaan tidak yakin ia boleh mancapai sasaran yang ditentukan, iaitu, menang besar (mengembalikan majoriti dua pertiga di dalam parlimen) sekiranya PRU13 diadakan se awal bulan November atau Disember 2011. Selepas itu, laporan perisikan (dari Cawangan Khas Polis, Perisikan Tentera dan Laporan KEMAS) yang diterima oleh Perdana Menteri secara berkala terus menerus menunjuk ke arah UNMO-BN akan hilang kuasa “jika PRU13 diadakan sekarang” menyebabkan Perdana Menteri merasa gentar untuk menetapkan tarikh piliharaya. Laporan perisikan yang menunjukkan bahawa UNMO-BN bakal menepuh laluan yang semakin sukar untuk mempertahankan kuasa apatah lagi untuk mencapai sasaran mengembalikan majoriti dua pertiga menyebabkan PRU13 sudah tertangguh hampir setahun. Berdepan dengan suasana yang genting ini, kerajaan UMNO-BN tiada jalan lain kecuali menggunakan sepenuhnya bajet 2013 sebagai alat untuk membeli undi. Oleh itu, bajet 2013 adalah adik kembar kepada bajet 2012. Wajah mereka serupa, iaitu, wajah bajet pilihan raya. Tawaran-tawaran yang terkandung dalam bajet 2012 bakal diulang dalam bajet 2013, malah, dimaniskan lagi merangkumi kesemua segmen pengundi. Fokusnya ialah untuk membeli undi bukan menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari.
Kerajaan akan berbelanja lebih besar dan dalam masa yang sama mengurangkan beban cukai untuk meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat dan merangsang pelaburan. Penurunan cukai ini hanya langkah “one-off” untuk membeli undi. Kalau UMNO-BN menang lagi (minta dielakkan), rakyat akan didera dengan cukai GST. Infrastruktur untuk melaksanakan GST sudah sedia.
Defisit belanjawan akan berterusan untuk tahun yang keduabelas, satu rekod baru.
Berikut adalah contoh umpan-umpan - dalam bentuk “bayaran sekali sahaja” dan projek “mi segera” untuk memberi minyak pelincir kepada jentera piliharan raya UMNO-BN - yang bakal disuakan kepada rakyat Malaysia dalam bajet 2013.
Pertama, pemberian wang tunai sekali sahaja (one-off cash payment) sebanyak RM500 kepada ketua isirumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah akan diteruskan. Kedua, membuat peruntukan yang lebih besar untuk program-program kebajikan sosial dan jaring keselamatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini khususnya memandangkan Menteri kepada kementerian ini adalah Perdana Menteri sendiri. Dijangka Menteri Kewangan akan menunjukkan sikap pemurah yang luar biasa kepada kaum wanita, golongan pengundi terbesar (lebih 50% dairpada jumalah pengundi).
Ketiga, peruntukan lebih besar bakal disediakan untuk langkah-langkah membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam. Keempat, memandangkan kerajaan telah pun menerbitkan Pelan Induk Pendidikan Negara (2013-2025), adalah dijangkakan bahawa peruntukan untuk sektor pendidikan akan dibesarkan lagi dalam bajet 2013 ini. Mungkin usul pelajaran percuma ada dalam bajet 2013 ini.
Kelima, peneroka Felda dijangka dibayar RM5,000 lagi, iaitu, baki daripada RM15,000 durian runtuk yang dijanjikan kepada lebih dari 100,000 orang peneroka Felda di seluruh negara memandangkan undi peneroka dan ahli keluarga mereka adalah simpanan tetap bagi UMNO dalam PRU13 ini. Selain daripada itu, kerajaan dijangka menyediakan pinjaman berterma mudah kepada peneroka untuk membeli saham FGVHB sebanyak 830 unit yang diperuntukkan kepada mereka memandangkan ramai peneroka yang tidak mampu membiayai pembelian itu. Satu skim pembiayaan perumahan untuk peneroka juga bakal diperkenalkan.
Keenam, memandangkan pengundi di Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap bagi UMNO-BN, boleh dijangkan bahawa kedua-dua negeri ini akan menerima peruntukan pembangunan yang lebih besar. Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang tidak memihak kepada kerajaan UMNO-BN sejak kebelakangan ini memberi isyarat bahawa rakyat kedua negeri ini sudah bersedia untuk berubah sekiranya ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah tidak ditangani segera. Deklarasi Kuching (diumumkan pada 16 September 2012) yang menggariskan tujuh komitmen Pakatan Rakyat untuk membela rakyat Sabah dan Sarawak menyebabkan UMNO-BN terus tertekan. Di bawah “Perkara 6: Keadilan Dalam Isu Minyak” di dalam Deklarasi itu Pakatan Rakyat memberi komitmen “akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.” Penganalis berpandangan, Perdana Menteri bukan sahaja akan menciplak Perkara 6 ini tetapi akan menciplak kesemua tujuh perkara di dalam Deklarasi Kuching itu. Kalau tidak, tabung simpanan tetap – 25 kerusi di Sabah dan 31 di Sarawak - akan pecah. Kehilangan 50% kerusi sudah cukup untuk membawa padah buruk kepada UMNO-BN.
Ketujuh, pengundi luar bandar adalah juga simpanan tetap bagi UMNO-BN. Dalam bajet 2012, kerajaan, antara lain, memperuntukkan RM5 bilion untuk pembinaan infrastruktur di kawasan luar bandar termasuk pembinaan jalanraya luar bandar. Dijangka program ini akan diteruskan dengan peruntukan yang lebih besar. Kerajaan dijangka mencurahkan wang – seperti mana yang disakukan dalam tahun 2012 - ke kawasan luar bandar dengan melaksanakan projek “mi segera” seperti menurap jalan, membaiki jambatan, membaiki dan mengecat semula bangunan awam seperti dewan orang ramai, balai raya, mesjid dan surai dan bangunan sekolah Projek ini tidak akan ditender, sebaliknya akan dianugerahkan terus kepada ketua bahagian UMNO untuk membantu mereka menyediakan “minyak pelincir” kepada jentera pilihan raya.
Kelapan, kakitangan awam yang jumlahnya, menurut data yang didedahkan oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Omar Osman, mencecah 1.4 juta orang, adalah segmen pengundi yang penting. CUEPACS baru-baru ini mengemukakan enam tuntutan, iaitu, sekim baru saran kakitangan menggntikan sistem saraan baru yang telah dibatalkan kerana didapati menganaktirikan kakitangan bawahan dan melanggar prinsip kesaksamaan dan keadilan, menyediakan rumah mampu milik di Bandar-bandar, alaun sewa rumah yang lebih tinggi, bonus tambahan, menyerap 45,000 kakitangan awam sementara ke dalam perkhidmatan tetap dan menghidupkan semual Majlis Bersama Antara Jabatan yang telah dimansuhkan. Tentunya, kakitangan awam mahu melihat kesungguhan kerajaan di dalam membela nasib dan menjamin masa hadapan yang lebih cerah bagi kakitangan awam dan pembaikan mutu perkhidmatan awam yang berterusan. Jika langkah yang drastik tidak dilaksanakan bagi meningkatan pendaptan kakitangan awam, adalah dikhuatiri bila mana Malaysia mencapai taraf Negara maju dengan pendapatan per kapita USD15,000 (RM48,000 atau RM4,000 se bulan seorang), sebilangan besar kakitangan awam bakal tergolongan di dalam golongan rakyat termiskin.
Kerajaan selama ini boleh bebelanja besar kerana ada dana dariapda Petronas. Hampir 35% sumber pembiayaan datang dari Petronas dan ini, dalam jangka panjang, tidak boleh dikekalkan. Sebab itu kerajaan memang beria-ia untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kumpulan Wang Antarabangsa (IMF) sudah menasihati kerajaan Malaysia supaya melaksankan GST tanpa bertangguh-tanguh lagi. Buat masa ini kerajaan memang tidak berani untuk melaksankannya kerana takut ia akan menimbulkan kemarahan rakyat dan boleh membawa padah kehilangan kerusi. Kalau GST tidak dilaksanakan, ruang untuk kerajaan menambahkan hasil cukai akan kekal terhad. Pelaksanaan GST bakal meningkatkan beban cukai ke atas rakyat kerana GST itu seumpama pukat harimau melalui mana lebih ramai rakyat yang akan dilitupi oleh jaringan cukai. Betulkah cukai di Malaysia tinggi? Ya, secara perbandingan cukai di Malaysia tinggi. Lihat perbandingan Nisbah Hasil Cukai kepada KDNK (2007-2010):
Negara | % | |
1 | Malaysia | 14-16 |
2 | Singapura | 13-14 |
3 | Indonesia | 11-13 |
4 | Thailand | 15-16 |
5 | Filipina | 12-14 |
6 | Kemboja | 9-11 |
7 | Hong Kong | 12-14 |
8 | Amerika Syarikat | 8-12 |
9 | China | 9-10 |
10 | India | 9-11 |
Sumber: The World Bank (http://data.worldbank.org) |
Cukai pendapatan syarikat di Malaysia (25%) dan cukai pendaptan individu (0-26%) lebih tinggi berbanding Singapura (17% dan 3 - 20%) dan Hong Kong (16.5% dan 0 - 15%). Lihat pula cukai ke atas kenderaan. Ia cukup tinggi, menyebabkan harga kenderaan tinggi, tidak sejajar langsung dengan harga pasaran kenderaan dunia. Sebab harga kenderaan tinggi ialah dasar perlindungan industri otomobil (melindungi Proton dan Perodua), sistem AP yang tidak efisien, pertandingan terhad dan cukai eksais yang tinggi (60-105%) ditambah cukai jualan (10%).
Model Kereta
|
Harga di AS (persamaan RM)
|
Harga di Malaysia (RM)
|
Kali Ganda
|
‘09 BWW535i Sedan
|
178,000
|
450,000
|
2.53
|
‘09DMW328i 2door Co
|
155,369
|
460,000
|
3.00
|
‘09Audi A4 2door 2.OT CaCo
|
142,357
|
265,000
|
1.90
|
‘09VW GT1 2.OT
|
85,000
|
200,000
|
2.50
|
‘010 Toyota Camry 2.4L
|
69,396
|
170,000
|
2.45
|
Harga di I’dsia (persamaan RM)
|
Harga di Malaysia (RM)
|
Kali Ganda
| |
Toyota Altis
|
46,000
|
112,000
|
2.43
|
Honda Jazz
|
36,000
|
108,00
|
3.00
|
Sumber: Secret Weapon to Win (or Lose) the Next General Election – http//hornbillunleashed.wordpress.com
|
Jika harga kereta, misalnya, Honda Jazz diturunkan dari RM108,000 ke RM36,000 (sama seperti harga di Indonesia), ansuran bulanan boleh diturunkan dari RM1,500 sebulan ke RM500 sebulan, penurunan sebanyak RM1,000 sebulan ini samalah seperti memberi kenaikan gaji sebanyak RM1,000 sebulan. Oleh itu memang wajar cukai di Malaysia diturunkan. Kalau GST diperkenalkan, maka cukai-cukai yang lain harus dikurangkan. Singapura, misalanya berbuat demikian. Kalau tidak beban cukai ke atas rakyat akan bertambah.
.Terlalu banyak ketirisan dalam bajet negara melalui rasuah, pembelonan harga perolehan kerajaan dan kos projek dan pengurusan bajet yang lemah dan tidak berdisplin. Bebannya rakyat yang tanggung. Sudah sampai masanya bajet negara diubah.
Sumber - Harakahdaily
No comments:
Post a Comment