Sunday, September 9, 2012

Mat Sabu : Sambutan Merdeka Paling Hambar, Najib ‘Syok Sendiri’



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan sambutan Kemerdekaan Ke-55 baru-baru ini sebagai sambutan yang paling hambar.

Katanya, rakyat dapat menilai kerana menjelang sambutan itu pemasangan bendera Jalur Gemilang tidak mendapat sambutan hangat.

“Ia merupakan sambutan paling teruk. Jika kita lihat, tidak banyak bendera yang dipasang di kenderaan, bangunan-bangunan dan perumahan juga kawasan sekitar.


“Jika kata Pakatan Rakyat (PR) pengkhianat negara maka Umno-BN juga pengkhianat kerana pemimpin mereka juga tidak memasang bendera,” katanya dalam ucapannya di Ceramah Perdana, Sungai Rambai baru-baru ini.

Malah, katanya, sambutan yang sepatutnya menjadi sambutan rakyat dilihat bertukar menjadi sambutan perayaan ulang tahun Umno-BN.

Beliau berkata laungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya sambutan itu adalah merupakan sambutan yang luar biasa kerana kehadiran penonton mencecah 150,000 adalah ‘syok sendiri’.

“Jika sudah beri duit, sediakan bas untuk mengajak orang datang, sudah tentulah orang mahu datang, tetapi hakikatnya Najib sendiri yang tahu,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Prof Datuk Dr Zainal Kling boleh dipersalahkan berhubung masalah itu kerana sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

“Jadi mungkin daripada kenyataan itu anak muda khususnya, kurang kesedaran mengenai kemerdekaan. Jadi tindakan perlu diambil ke atas Prof itu,” katanya.

Justeru, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin untuk mengkaji semula sejarah Malaysia disambut baik.

“Harap beliau akan melaksanakannya dengan betul bukannya hanya kerana pilihan raya sudah hampir. Laksanakannya dengan betul supaya rakyat mengetahui mengenai sejarah,” katanya.-Selangorku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...