Friday, September 7, 2012

Polis tak serius siasat keganasan terhadap pemimpin Pakatan

“Kalau begitu tukar sahaja slogan polis dari ‘Tegas dan Adil’ kepada ‘Tegas dan Berpihak’.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak polis mendedahkan hasil siasatan berhubung insiden keganasan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) sebagaimana laporan dibuat sebelum ini.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, polis tidak pernah serius untuk menyiasat kes serangan membabitkan pimpinan pembangkang, malah lambat bertindak walaupun sudah lama dilaporkan.

“Kalau melibatkan pemimpin Umno, cepat betul polis siasat, siap tubuh pasukan khas lagi. Tetapi bila melibatkan pemimpin Pakatan, lambat pula mereka bertindak, hasil siasatan juga tidak diumum,” katanya kepada keadilan daily

Beliau mengulas tindakan pantas polis menyiasat beberapa individu yang didakwa menghina pemimpin politik BN pada malam sambutan ambang merdeka 30 Ogos lalu.


Cermin bus milik PKR dipecah dan disimbah cat merah
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang didakwa memijak gambar pimpinan BN tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.

“Kalau begitu tukar sahaja slogan polis dari ‘Tegas dan Adil’ kepada ‘Tegas dan Berpihak’.

“Sedangkan keganasan politik dimulakan samseng Umno sejak Anwar Ibrahim dipecat pada 1998. Malah sikap biadab mereka kian memualkan menjelang pilihan raya,” kata Shamsul.

Selain Anwar, turut menerima ancaman Umno BN termasuk ahli keluarga dan pemandu peribadinya, pemimpin KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Pada 19 April tahun lalu, kereta dinaiki Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nyaris kemalangan kerana disabotaj. Insiden itu disahkan mekanik yang memeriksanya selepas pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan polis mengenainya.

Nurul Izzah Anwar pula sentiasa diganggu apabila pejabatnya diceroboh, staf diugut selain serangan dalam mana-mana ceramah dihadiri beliau termasuk nyaris ditumbuk dan dilempar batu di sebuah majlis di Lembah Pantai.

Malah anak beliau diugut akan diculik pada Mei tahun lepas jika Naib Presiden KEADILAN itu terus menyokong kepimpinan ayahnya.

Turut menjadi sasaran, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diugut bunuh serta gambar Menteri Besar Kelantan itu dikencing samseng Umno.

Terbaru, ahli Perkasa membaling kasut semasa Anwar menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Kedah selain bas yang dinaiki beliau disimbah cat.

Semua kes ini telah dilapor, namun hingga kini tiada tindakan oleh polis berhubung laporan itu.-Keadilandaily.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...