Monday, September 3, 2012

Hari Merdeka jadi perayaan untuk Umno – Mat Sabu

Perayaan merdeka ini dah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau. Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan. Mereka inilah juga diantara yang menuntut kemerdekaan.

T imbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyelar Umno kerana enggan mengiktiraf pejuang kemerdekaan selain daripada parti itu, termasuk golongan berhaluan kiri yang turut berjuang menentang penjajah.

Beliau berkata, kemerdekaan negara bukan hanya diperjuangkan Umno semata-mata tetapi melibatkan banyak tokoh lain sebelum Umno ditubuhkan, dari zaman Mat Kilau hingga ke zaman Dr Burhanudin Helmi dan Ahmad Boestamam (Pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)).

“Termasuklah pemimpin kiri, Shamsiah Fakeh (pemimpin Rejimen ke 10). Sejarah adalah sejarah, yang penting pada masa akan datang kita kena highlightkan semua golongan yang memperjuangkan kemerdekaan Malaya,” katanya dalam Forum ‘Mat Indera: Pejuang atau Pengganas’ di hadapan lebih 400 hadirin di
Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur semalam.


Bahkan, menurut Mat Sabu, sambutan hari kemerdekaan juga dijadikan alat propaganda oleh Umno untuk hanya menonjolkan sumbangan pemimpin dari parti itu semata-mata.

“Perayaan merdeka ini dah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau. Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan. Ini Umno saja raya,” kata beliau.

Mat Sabu turut mengkritik filem-filem “Patriotik” yang dihasilkan seperti Bukit Kepong dan Sarjan Hasan kerana filem ini tidak menggambarkan tuntutan kemerdekaan sebaliknya menzahirkan perjuangan tentera dan polis dalam mempertahankan kepentingan penjajah British.

Beliau turut mencadangkan filem mengangkat tema tokoh seperti Mat Kilau, Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong yang lebih sesuai untuk menggambarkan penentangan terhadap penjajah.

“Dalam Sarjan Hasan, Hasan (Askar Melayu dibawah British) menentang Buang yang bekerja di bawah Jepun. Bukit Kepong, polis yang jaga Balai Polis berkhidmat dengan pemerintah British, siapa berani nafi?”

“Hasan askar di bawah British dan watak Buang berkhidmat untuk Jepun. Kedua-duanya bekerja untuk penjajah”

“Kenapa tak buat Filem pasal Mat Kilau yang memang jelas perjuangan menentang British? Ini tidak, Filem di Malaysia asyik pasal hantu sahaja, memanglah sebab Malaysia penuh dengan pengundi hantu,” Sindir beliau.

Antara panel yang membahas dan mengupas kembali sejarah ialah Ahli Akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial, Hishamudin Rais.

Turut hadir Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), bDr Nasir Hashim, Setiausaha PSM, S. Arutchelvan dan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

Forum tersebut mendapat sambutan yang hebat terutamanya di kalangan anak muda turut menampilkan penampil khas adik Allahyarham Mat Indera, Baharom Indera di saat-saat akhir.-Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...