Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan melalui mesyuarat pimpinan tertinggi bahawa Selangor akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berasingan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini berkata, keputusan itu diambil kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai pertambahan pengundi yang ramai dan tidak dapat diselesaikan.
Jelasnya, Pakatan Rakyat yang bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Mentei Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan bahawa senarai nama daftar pengundi yang meragukan gagal dibersihkan sepenuhnya.
"Keputusan telah kita perolehi bahawa Selangor akan melakukan pilihanraya berasingan dan ini diputuskan apabila kita mendapati negeri ini merupakan jumlah pertambahan pengundi yang ramai serta meragukan.
"Kita melihat perkara tersebut sebagai masalah yang tidak dapat diselesikan yang mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal untuk membersihkan senarai nama pengundi," katanya.
Datuk Mustafa Ali pula menyatakan pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Kelantan akan turut serta untuk membubarkan Dun bersekali dengan pembubaran parlimen pada pilihan raya nanti.
"Kerajaan Negeri Kelantan tekah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Pusat.
"Namun perkara tersebut belum diputuskan oleh Kedah pada waktu ini sama ada ingin mengadakan pilihan raya berasingan atau pun tidak," kata beliau.
Sementara itu, Pakatan Rakyat juga akan turut membuat pertimbangan jika Pulau Pinang ingin membuat pilihan raya berasingan jika Ketua Menteri merasakan daftar pemilih yang ada sekarang meragukan.
Hadir sama pada siding media itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.-Hrkhdaily
No comments:
Post a Comment