Tuesday, September 4, 2012

Sekatan politik: Najib risau BN jadi pembangkang


Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mahu membuat sekatan politik bagi menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya memperlihatkan betapa gusarnya perdana menteri itu untuk berhadapan dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya kelmarin juga berkata pembangkang tidak layak menduduki Putrajaya kerana BN yang membangunkannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, memang pembangkang tidak layak menduduki Putrajaya kerana yang layak adalah parti yang memerintah dan parti pemerintah selepas PRU13 adalah Pakatan Rakyat.

"Macamana Najib boleh ucap macam itu, seolah-olah tahu Umno dan BN akan jadi pembangkang tidak lama lagi.


"Memang pembangkang tidak layak sebab yang nak jadi pembangkang ialah parti mereka.

"Putrajaya akan jadi hak pemerintah tidak kiralah siapa yang menang pada pilihanraya umum nanti, " jelasnya dalam program Karnival Penerangan Terkini (KarPenTer) di dewan JKKK Simpang Empat, Permatang Buluh Tasek Gelugor semalam.

Menurut Mohammad, rakyat negara ini sudah sedar dan tahu membuat pilihan selepas membuat pembandingan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan megeri yang dikuasai BN.

Malah katanya, trend politik dunia pada hari ini memperlihatkan bagaimana rakyat memberi harapan kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan yang lebih baik.

"Hari ini giliran Perdana Menteri terdiri daripada banduan dan seorang pembangkang. Mesir dan Myammar sudah berjaya menukar kerajaan di mana Perdana Menteri dulunya dihina tetapi sekarang menjadi pujaan kerana memperkenalkan dasar-dasar yang lebih sistematik dan
berhemah," katanya.-Harakahdaily.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...