Wednesday, September 5, 2012

Rasanya Masjid Lebih Mulia Dari Najib..

MSO
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menerusi unit khasnya telah berjaya menangkap seorang pelajar kolej berusia 19 tahun berhubung insiden memijak gambar perdana menteri. Syabas kepada polis atas kejayaan dan kecekapan itu. Bagaimana pun polis masih belum berjaya menangkap penjahat yang melontar batu sehingga cermin hadapan bas milik PKR di Kota Bharu tiga malam lalu.

Polis juga bertindak apa-apa kepada pengacau di masjid Pumpong Kedah malam kelmarin.

Kita percaya dengan kecekapan polis dan bantuan peralatan mengesan penjahat yang canggih polis akan berjaya memberkas penjahat yang mengkhianati bas berkenaan dan membuat kacau di masjid itu. Saya kira polis tidak akan bersikap senget sebelah di dalam hal ini, kerana apa juga jenayah berlaku ke atas siapa juga perlu diambil tindakan.

Sesuai dengan kalimah yang tertera di topi polis berbunyi "Allah - Muhammad"
polis sepatutnya mengutamakan memberkas mereka yang membuat kacau di masjid. Rasanya kedudukan masjid dalam konteks agama lebih mulia dan suci dari gambar seorang perdana menteri. Tidak tahulah kalau kita bersikap sama dengan Zionis Yahudi yang bersikap tidak peduli kepada masjid!

Dalam pada itu polis juga patut menubuhkan unit khas sama untuk menangkap tiga lelaki yang sedang menunjukkan aksi sedang mengencing ke atas gambar Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz seperti mana yang tersebar di wall Facebooks. Apakah siasatan sudah dibuat atau laporan tidak dibuat oleh Pas? Kalau pun tiada laporan tetapi polis boleh bertindak dengan maklumat yang ada. Di ukur dari mana-mana sudut pun perbuatan itu sungguh keji.

Kalau Pas tidak membuat laporan ke atas aksi tiga orang pemuda itu, ini bermakna ahli dan penyokong Pas jauh lebih rasional berbanding dengan mereka yang membuat laporan berhubung gambar Najib dipijak. Ahli Pas tidak memandang berat kejadian itu mungkin menganggapnya satu perbuatan nakal dari budak-budak yang drop dalam pengajian atau pemakan tegar pil kuda.

Sebenarnya kejadian kencing ataupun pijak gambar itu tidak merupakan kes jenayah sehingga ia boleh dihukum penjara atau pun disula. Polis juga tidak perlu sampai membuat kenyataan menunjukkan ia mustahak. Untuk menangkap pelakunya tidak pun perlu sampai menubuhkan unit khas. Nampaknya perdana menteri diistimewakan begitu rupa. Daripada mengejar pemijak gambar Najib itu lebih baik mengejar penjenayah masih banyak berkeliaran di negara ini. Kadangkala fungsi dan peranan polis menjadi songsang dan tungging terbalik.

Adapun desakan agar polis mengambil tindakan terhadap pemijak gambar itu bukan atas kepentingan negara tetapi kepentingan orang membuat laporan. Mereka mahu menunjukkan kepada Najib yang mereka begitu mengambil berat kepada perdana menteri. Itu sahaja. Polis sepatutnya memahami keadaan ini dan tidak perlu bertindak atas matlamat dan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Cadangan Pakatan Rakyat untuk meningkatkan mutu PDRM mungkin boleh mengambil kira apa yang saya sebutkan ini. Eloklah perningkatan fungsi dan darjatnya jagan pula polis menjadi pengawal peribadi kepada mana-mana individu. Bagaimana pun terima kasih kerana dalam kenyataan menubuhkan unik khas itu polis tidak menyebut ianya untuk membela dan menjaga maruah Rosmah binti Mansor tetapi hanya setakat perdana menteri saja. [wm.kl.4:21 pm 04/09/12]-  MSO melayu blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...