Negara yang dipemerintah umno BN mempraktik undang-undang berbeza untuk golongan penguasa dan rakyat terbanyak, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Rantau, Negeri Sembilan, beliau berkata demikian ekoran mengulas pelakuan remaja yang didakwa menghina gambar Datuk Seri Najib Razak ditangkap polis 5 September lalu.
Sebaliknya, beliau berkata, polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng yang sentiasa mencetuskan kekacauan di program Pakatan Rakyat sekalipun melibatkan kes kecederaan.
“Saya sendiri tidak setuju (hina gambar Najib) tapi mengapa kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz.
Buat upacara pengebumian Lim Guan Eng dan baling batu pada bas (Merdeka Rakyat) dan kereta saya, tiada apa-apa (tindakan).
“Apakah mereka ingat rakyat ini najis?” katanya yang turut mengecam kebisuan pimpinan umno BN terhadap tindakan samseng itu.
“Ia sama apabila rakyat ambil rasuah dikatakan ‘corruption’ tapi orang besar makan rasuah dipanggil komisen,” katanya lagi depan lebih 5,000 hadirin, sambil menegaskan, pelaksanaan undang-undang yang adil, seharusnya tidak memandang keturunan seseorang.
“Justeru, pemimpin yang tidak ikut ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang), sebaliknya ‘rule of the jungle’ (undang-undang rimba) mesti kita jatuhkan,” katanya diikuti sorakan hadirin.
Awal minggu ini, polis menyoal siasat beberapa individu yang didakwa menghina gambar Najib dengan menunjukkan punggung dan memijaknya dalam sambutan Janji Demokrasi 30 Ogos lalu.
Ia sama sekali berbeza dengan layanan polis terhadap samseng upahan umno dan Perkasa, yang terus berleluasa mengganggu program dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Bermula dengan insiden di Sembrong, ia berterusan dengan beberapa siri serangan dan gangguan selepas itu tanpa ada sebarang tangkapan.
Terbaru, cermin hadapan bas jelajah Merdeka Rakyat dipecah dan disimbah cat merah ketika jelajah pertama Merdeka Rakyat minggu lalu.
Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dalam dewan solat.-Keadilandaily
No comments:
Post a Comment