Thursday, September 27, 2012

MB : Rakyat Jangan Terpengaruh Provokasi “Krisis Air Selangor”


Menteri Besar Selangor menganggap iklan fiksyen “Krisis Air Selangor” yang bakal dihasilkan untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri sebagai cabaran untuk beliau terus menyusun semula industri air untuk kepentingan rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata iklan tersebut menunjukkan sikap buruk sesetengah pihak terhadap usaha Selangor menyusun semula industri air.

“Saya berharap pelakon-pelakon tambahan ini tidak menggunakan krisis air untuk menunjukkan keupayaan lakonan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Pada Sept 24, sebuah produksi dikesan menjalankan penggambaran berbentuk rekaan yang kononnya wujud krisis bekalan air di Selangor.

Penggambaran yang dijalankan di salah sebuah pangsapuri di Petaling Jaya itu melibatkan kira-kira 300 pelakon yang majoritinya bukan penduduk di situ.

Iklan pendek berdurasi 40 saat itu memaparkan adegan orang ramai sedang berbaris panjang di tengah panas terik matahari untuk mendapatkan bekalan air dari sebuah lori tangki yang disediakan.

Beberapa orang di antara mereka berlakon dengan merungut dan memekik marah kerana terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan air bagi keperluan harian.

Tujuan iklan tersebut seolah-olah membentuk satu persepsi bahawa bekalan air di Selangor kerap menghadapi ganguan sedangkan tidak berlaku langsung masalah bekalan air di lokasi pengambaran itu.

Sebelum ini, Kerajaan Umno-BN cuba mewujudkan persepsi bahawa Selangor dilanda krisis air kerana bekalan tidak mencukupi.

Ekoran itu, Kerajan Selangor telah membuktikan bahawa bekalan air mentah lebih daripada mencukupi.-Selangorku

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...