Lim Guang Eng, KM Pulau Pinang. Dalam mengurus negeri tersebut, dia tak mampu mengenepikan kehendak orang Melayu disana. Dia tahu reality politik Malaysia. Pengajaran nya ialah sesiapa pun yang memerintah, kalau dia peka dan akur kepada kehendak majority, akan selamat.
Orang Melayu mesti bersatu. Tapi bukanlah bersatu dibawah UMNO. Bersatulah dalam fikiran bahawa melalui bertindak seirama dan senada, merekalah yang ada kuasa dan daulat untuk menentukan bagaimana negara ini ditadbir. Kita mungkin ada kerajaan PR yang memerintah- tapi selagi orang Melayu bertindak secara kolektif, kerajaan PR pun tidak boleh lakukan selain daripada apa yang dikehendaki oleh bangsa Melayu. Itulah faktanya.
Bersatulah orang Melayu tapi tidaklah ia bermaksud bersatu dibawah UMNO. Kita mesti ingat pengorbadanan orang2 dahulu, tapi janganlah kita ingat yang berkorban dahulu2 hanya orang UMNO.
Masaalah UMNO sekarang ialah ia gagal memncerminkan kehendak majority dalam pemimpin nya, dalam kepimpinan merka, dalam dasar dan wawasan mereka dan dalam mutu penyokong dan ahli mereka. Adakah majority Melalu biadab dan kebiadaman mereka diwakili oleh pembaling batu dan cat kearah kenderaan Anwar Ibrahim. yang tonggeng bontot didepan rumah Ambiga- adakah mereka mewakili kebiadaban orang Melayu?
Hidup dan mati kita bukan disebabkan UMNO. Kalau orang Melayu yang beragama Islam berfikiran bahawa semua nya kerana dan untuk UMNO, itu sudah kufur. Jadi, banish the thoughts that only UMNO can serve orang Melayu. Kita biarkan orang UMNO jadi lembu, majority kita orang Melayu bukan sahaja tidak mahu jadi lembu tapi juga tidak rela dilembukan!
Kalau kita berkehendakkan sangat supaya orang Melayu jadi ketua, kita pilih orang Melayu. Antara calun MCA dan calun Melayu bukan UMNO bertanding, pilih orang Melayu. Kalau Melayu DAP lawan cina MCA, pilih Melayu DAP. Kalau Melayu PAS lawan Melayu UMNO, pilih yang terbaik diatara mereka. Jangan pilih Melayu UMNO walaupun kita tahu dia penyangak dan gangster dan kaki sapu duit. Salah fikiran begitu. Kalau orang Melayu nak selamat- maka perkiraan yang paling selamat, kalau Melayu lawan Cina , pilih Melayu. Kalau Melayu lawan Melayu pilih yang lebih baik.
Orang Melayu tidak ikat janji dengan UMNO. Jadi relakslah. Kita tak ikrar, sesungguhnya solat ku, ibadahku, hidupku dan mati ku kerana UMNO pemerintah alam kan? Tak kiamat dan tidak kafir kita kalau singkirkan UMNO.
Najib kata kalau UMNO kalah, masa depan orang Melayu akan muram. Ek betul dia dan UMNO. Macamlah dia dan UMNO sahaja yang boleh menjaga kebajikan orang Melayu.
Sebuah kerajaan yang majoritinya Melayu pun boleh buat lebih baik dari UMNO. Penjagaan dan perlindungan kebajikan dan kepentingan orang Melayu tidak bersyaratkan UMNO sahaja yang boleh lakukan. UMNO dah perintah sejak tahun 1955 dan semenjak merdeka iaitu selama 55 tahun. UMNO dapat masa tersebut dan masih gagal nak lakukan yang sepatutnya dilakukan. Itu sudah bukti kuat, UMNO tidak mampu lakukan apa yang mereka janji. Sudah tiba masa nya, kita tendang UMNO keluar dan gantikan dengan kerajaan PR dimana majority pemimpin nya tetap juga Melayu.
Apa yang kita lihat pada UMNO? Kita lihat bahawa setiap pemimpin UMNO melihat kedudukan dan jawatan yang mereka dapat sebagai punca mencari rezeki dan kekayaan. UMNO penuh dengan pemimpin yan rasuah. Tak masuk akal seorang naib preisden UMNO boleh beri isteri muda RM 200 ribu dan RM 1 juta seminggu!. Tak masuk akal pemimpin UMNO dengan gaji menterinya boleh memiliki lebih dari 12 buak kereta mewah. Kita tak boleh terima Noh Omar bekalkan benih padi melalui syarikat proxy nya. Semua menteri UMNO korap dan rasuah. Mukhriz dan Mutapa Mohamad dikatakan telah mengagihkan 100 juta saham FGV antara mereka berdua. Orang Melayu peneroka Felda yang berjumlah 112, 000 orang hanya dapat 800 unit saham seorang.

Janganlah orang Melayu menerima amalan rasuah sebagai suatu kebiasaan. Punah orang Melayu. Jangan kita biarkan UMNO melakukan sesuka hati atas nama bangsa kita. Jika tidak, akan tiba suatu hari nanti,kita merelakan pemimpin UMNO masuk kedalam rumah kita meniduri isteri dan anak kita. Tapi oleh sebab kita membiasakan diri kepada kemungkaran, kita kata ok sebab pelaku nya bansga Melayu yang buat perkara itu atas nama bangsa Melayu!. Hidup Melayu jerit kita.
UMNO tidak lagi melihat kuasa dan kedudukan sebagai wadah untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita tidak mahu lagi pemikiran demikian pada pemimpin kita. Dan kita ada kuasa memilih. Kalau kita pilih UMNO, maka kita akan pilih mereka yang akan mengayakan diri mereka dan mengenepikan khidmat kepada rakyat.
Melayu tetap Melayu dan tetap beragama Islam walaupun mereka bukan berada dalam UMNO. Perkara ini kita kena sedar. Orang Melayu dalam PAS tetap Melayu. Orang Melayu dalam PKR tetap Melayu. Orang Melayu dalam DAP pun tetap Melayu. Melayu mereka tidak kurang dari Melayunya UMNO dan tidakkah kita bongkak dan angkuh kalau berfikiran bahawa pemikiran mengenai soal2 Melayu orang UMNO lebih tinggi darjatnya dari pemikiran soal2 Melayu mereka yang ada diluar UMNO.
Ariff Sabri's (Sakmongkol Ak47)
No comments:
Post a Comment