Samseng Umno yang bertindak ganas dan menyerang ibu pejabat KEADILAN, di sini tidak ubah perangainya seperti syaitan.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindak-tanduk mereka itu membuktikan kenyataan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad menyamakan kerajaan BN seperti syaitan adalah berasas.
“Saya sudah malas nak ulas panjang sikap samseng Umno. Mahathir pun dah kata, Umno itu parti syaitan, jadi orang-orang dia pun perangai macam syaitanlah.
“Saya tak pelik kalau orang-orang Umno berperangai seperti samseng, tapi saya lagi pelik kalau mereka tidak berperangai samseng,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas sekumpulan samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, tengahari tadi.
Dengan memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional, mereka memegang kain rentang sambil menjerit menyebut ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Samseng Umno itu turut bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan.
Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.
Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Ketua Pembangkang, kebelakangan ini.
Sebelum ini, sekumpulan ahli Perkasa – NGO pro Umno BN, bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.
Program Jelajah Merdeka Rakyat turut disabotaj samseng Umno apabila bas yang dinaiki Anwar dibaling batu dan disimbah cat.-Keadilandaily
No comments:
Post a Comment