Thursday, September 13, 2012

Lebuh raya KBKK: Dalam RMK pun BN tarik, inikan pula manifesto




Tindakan BN Kelantan yang mahu memasukkan janji membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai (KBKK) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang disifatkan sebagai 'sudah terlambat'.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, tindakan BN itu hanya mencerminkan sikap mahu mempermainkan rakyat Kelantan dalam isu itu.

Ini kerana, cadangan pembinaan itu menurut Husam, telah dicadangkan Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (RMK5) iaitu sejak tahun 1986 lagi tetapi tidak terlaksana.


Malah ia telah diluluskan sekali lagi dalam RMK9, namun difahamkan ianya dibatalkan semula dan gagal dilaksanakan oleh kerajaan pusat sehingga hari ini.

"Barisan Nasional dah terlambat. Perkara ini tak perlu masuk dalam manifesto, dia (BN) boleh buat terus masa kita serah kepada Kerajaan Persekutuan dulu.

"Malah lebuh raya ini sudah ada dalam Rancangan Malaysia bukan dalam manifesto," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri Harakah di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin baru-baru ini yang menyatakan akan memasukkan janji Perdana Menteri untuk membina lebuh raya itu, dalam manifesto BN Kelantan.
 Mengulas lanjut Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika perkara yang sudah dimasukkan dalam RMK pun boleh ditarik balik dengan mudah, inikan pula hanya janji dalam manifesto
"Dah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9, itu pun dibatalkan balik. Kalau dalam manifesto, bila-bila masa pun dia boleh masukkan dalam tong sampah," katanya.-Hrkhdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...