Monday, September 3, 2012

Sambutan Merdeka jadi sambutan politik Umno BN


B iarpun sepatutnya sambutan Hari Merdeka diraikan seluruh rakyat sengan mengenepikan segala perbezaan, namun perhimpunan “Merdeka 55: Janji Ditepati” di Stadium Bukit Jalil kelmarin dilihat tetap dipolitikkan oleh BN.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak gagal menonjolkan dirinya sebagai Perdana Menteri dalam perhimpunan itu sebaliknya lebih menunjukkan dirinya sebagai Presiden Umno.

Ianya merujuk kepada ucapan penutup Najib yang mendakwa "pihak pembangkang dan musuh negara sedang mencuba menyebabkan porak peranda di negara ini.”


"Saya berasa kesal dan sedih apabila Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap pihak pembangkang sebagai ucapan beliau bagi sambutan kemerdekaan.

"Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status atau pendirian politik patut mengenepikan semua perbezaan politik mereka, sekurang-kurangnya untuk 24 jam dan bersatu sebagai satu entiti rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun menurut Kit Siang, pertimbangan Najib salah jika beliau berfikir boleh mempengaruhi pemikiran dan semangat patriotisme rakyat dengan ucapan fitnah sedemikian.

Katanya, tokoh patriot dan nasionalis sebenar Malaysia merupakan bukan daripada puak yang menyalahgunakan kuasa dan posisi mereka dan yang memakan rasuah, tetapi oleh golongan yang rela dan bersedia berkorban untuk mempertahankan hak-hak asasi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama, dan juga sehingga dipenjarakan, hilang kebebasan asas diatas nama perjuangan untuk apa yang betul.

"Ini merupakan bukti kukuh bahawa sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 telah dirampas simbol, erti dan identiti oleh Umno BN sebagai sebahagian daripada usaha terdesak mereka.

"Jika Perdana Menteri sendiri tidak boleh menjadi contoh kepada rakyatnya, bolehkah kita menyalahkan Menteri Kabinet yang gagal berkelakuan sebegitu," soalnya.

Mengulas komik propaganda yang diedar ketika sambutan Merdeka itu, Kit Siang berkata ia adalah bukti bahawa kenyataan kononnya sambutan Hari Merdeka Ke-55 di Bukit Jalil satu sambutan kebangsaan dan bukan satu sambutan Umno BN adalah palsu semata-mata.-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...