Sunday, September 23, 2012

Gambar tipu untuk beri gambaran sokongan palsu terhadap Najib



Tindakan media arus perdana kawalan Umno BN mengubah suai gambar bagi memberi gambaran palsu sambutan terhadap Perdana Menteri, adalah suatu bentuk penipuan terhadap rakyat.


“Pendek kata, berita yang disiar akhbar pro-Umno perlu diteliti dahulu kerana bukan sahaja berita, tetapi gambar pun tipu.

“Ini mengesahkan pembohongan berterusan dijalankan media kawalan Umno demi survival politik bos mereka,” kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian membidas perbuatan tidak beretika Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang mengubah suai gambar orang ramai pada acara melibatkan Datuk Seri Najib Razak di Pekan baru-baru ini.

Siti Aishah menyifatkan perbuatan terdesak media kawalan Umno itu membuktikan sokongan rakyat terhadap Najib Razak semakin merudum.

“Media kawalan Umno sangat terdesak untuk tampilkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin berpengaruh, sebaliknya rakyat yang hadir perlu dibayar dan diangkut.

“Umno takut memapar realiti sebenar sokongan rakyat kepada Najib. Inilah sikap mereka. Demi jaga Najib, rakyat dibohongi

“Rakyat terang-terang ditipu. Saya syorkan jangan lindungi situasi sebenar. Bertambah meluat lagi rakyat dengan Umno,” katanya.-Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...