Wednesday, February 29, 2012

Skandal NFC: Najib kena jelaskan kenapa Felda tidak terpilih

       
           Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Datuk Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar.
                  Perkara ini turut diakui oleh Datuk Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011.

Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai “projek berimpak tinggi” dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman.

KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu.

Isu debat pemimpin DAP Melayu-Umno P Pinang

    
                  Saya Zulkifli Mohd Noor selaku AJK DAP Negeri Pulau Pinang dengan ini menyahut cadangan dan serta desakan daripada Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang sepertimana yang telah disiarkan oleh melalui laman web Harakah Daily bertarikh 24/2/2012 untuk berdebat dengan pemimpin UMNO Negeri ini. 
                     Cadangan debat oleh KMPP adalah mengenai isu yang melibatkan kepentingan politik serta ekonomi atau lebih tepat lagi halatuju dan masa depan orang-orang melayu Pulau Pinang.

Sebagai seorang pemimpin melayu veteran dalam Parti DAP semenjak hampir 25 tahun sehinggalah menjadi Kerajaan dibawah Pakatan Rakyat hampir 4 tahun lalu, saya secara peribadi dan ikhlas lagi jujur mengaku masih banyak lagi keperluan serta sumbangan yang harus dipertingkatkan bagi tujuan penambahbaikkan kepada orang-orang melayu Pulau Pinang.

Tuesday, February 28, 2012

Najib mengaku silap hanya taktik tawan Selangor


                 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat apa sahaja, asalkan menang pilihan raya.
               “Terbaru beliau mengaku Umno melakukan kesilapan sewaktu memerintah Selangor selama 51 tahun sebagai usaha untuk menarik simpati rakyat supaya memilih BN untuk memerintah Selangor,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Rakyat Selangor pula, katanya mengatakan nasi sudah menjadi bubur.

“Nampaknya apa sahaja rakyat minta kepada Datuk Seri Najib beliau akan beri, termasuklah bulan atau matahari kalau beliau boleh beri,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Suami Shahrizat Patut Didakwa Lebih Awal

  
                Peguam Negara dan pihak polis seharusnya menjadikan Pengerusi Eksekitif Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail sebagai orang pertama yang seharusnya di siasat dan didakwa berhubung pecah amanah yang membabitkan dana rakyat bernilai RM250 juta tersebut.
                 Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, cadangan polis supaya Peguam Negara hanya mendakwa Mohamed Salleh menggambarkan wujud dwi standard dalam siasatan yang dibuat pihak berkuasa tersebut.

"Masih lagi wujud dwi standard dalam siasatan yang dibuat. Kita melihat bahawa ia hanya difokuskan kepada Pengerusi Eksekutif NFC sahaja," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Aktivis masyarakat itu menambah, polis sepatutnya menyiasat secara keseluruhan dan semua pengurusan tertinggi NFC kerana semua pihak itu diyakini turut sama melakukan penyelewengan dan pecah amanah.

Himpunan Hijau 2.0 paku terakhir Umno BN Pahang

 
                 Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada segenap lapisan masyarakat yang turut hadir dalam Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan pada hari Ahad di Kuantan.
                  Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor  berkata, Himpunan Hijau 2.0 merupakan suatu petunjuk bahawa rakyat bersatu dan bersepakat untuk tidak mengizinkan walau seinci pun bumi di Pahang, bahkan di mana-mana tempat di negara ini dari dicemari dengan aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar.

Tambahnya, Himpunan Hijau 2.0 juga memberi isyarat kepada pemerintahan Umno BN supaya mendengar pandangan rakyat dalam apa juga isu yang membabitkan mereka.

Monday, February 27, 2012

DEB GAGAL, POLITIK DENDAM DAN DISKRIMINASI

 
                   Kegagalan Dasar Ekonomi Baru berpunca daripada sikap dendam dan diskriminasi pemimpin Umno terhadap sesama bangsa. Walaupun dasar ini telah tamat pada tahun 1990, yakni hampir 22 tahun. Namun objektif DEB untuk membolehkan ekuti Bumiputera sebanyak 30% gagal, ia hanya mencapai 18% sahaja ketika dasar ini tamat.
.                   Kegagalan ini telah menarik perhatian Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Tun Azlan menegur kegagalan DEB berpunca daripada orang yang melaksanakannya, bukan salah dasarnya.

Kenapa DEB gagal?. Kenapa hendak salahkan bangsa lain? Kenapa hendak salahkan Pakatan Rakyat?Sedangkan 2/3 daripada anggota kabinet ialah orang melayu. Hampir 80 peratus pegawai kerajaan yang mengendalikan urusan orang Melayu ialah orang Islam.

Penyangak, Penyamun, Perompak Sedang Agih RM2.71B

 
                 Pada 19 Disember tahun lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.
                 Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri yang hanya berjumlah RM1.9 bilion.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam tindakan Najib kerana menyalurkan peruntukan yang sebegitu besar wang dari titik peluh rakyat kepada Umno Selangor dan tidak kepada kerajaan Negeri.

Rakyat tidak puas hati bukan kerana nama 1Care


                  Sistem Kesihatan di Malaysia memang tidak dinafikan telah memberi perkhidmatan yang terbaik buat rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.
                  Namun begitu, kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Ghazali Hasbullah disebabkan tekanan perbelanjaan kesihatan yang makin meningkat, kurang pengawalan terhadap caj di fasiliti kesihatan swasta dan isu kualiti kesihatan sememangnya memerlukan satu perancangan yang tersusun agar sistem itu dapat diperbaiki lagi.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah lama menjalankan kajian terhadap isu-isu itu namun tidak pernah kedengaran sebelum ini.

Kini, ujarnya desas-desus perlaksanaan 1Care, iaitu perancangan transformasi sistem kesihatan, telah menimbulkan riak ketidakpuasan hati di kalangan rakyat jelata.

Lebih 15,000 hadir bantah Lynas di Kuantan

  
               Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 4, dihadiri lebih 15,000 penyokong bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
                Perhimpunan tersebut dianjurkan lebih 80 NGO perihatin dan turut mendapat sokongan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN, PAS dan DAP.

Peserta perhimpunan tersebut mula berkumpul di Padang MPK1, tempat asal perhimpunan sebelum berarak ke padang MPK4, kira-kira jam 9.30 pagi.

Hadir pada perhimpunan itu ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Sunday, February 26, 2012

MB: Najib Jahil Prinsip Pentadbiran Dan Federalisme


                Pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114 baru-baru ini menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik dan mengenepikan semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau hairan bagaimana Najib dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional(BN), sedangkan ia turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Kedah: PAS minta ahli dapat berita dari sumber sah


                Semua ahli dan penyokong PAS diminta bertenang ekoran laporan media tentang apa yang sedang berlaku di Kedah sekarang ini kerana pimpinan PAS memantau sepenuhnya isu ini.
                Sebarang berita dan spekulasi itu akan dijawab melalui saluran parti.Sehubungan itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub meminta semua ahli mendapatkan maklumat dari sumber parti yang sah tentang apa yang sedang berlaku di negeri itu.

Media, khasnya yang pro-BN melaporkan pelbagai berita tentang apa yang berlaku di Kedah sekarang termasuk melagakan pimpinan PAS.

Misalnya NST melaporkan seolah-olah berlaku pertembungan antara kumpulan Erdogan dan ulamak di Kedah sekarang.

Saturday, February 25, 2012

Mahathir beri isyarat mahu kembali jadi PM


               Mutakhir ini nampaknya Dr. Mahathir kerap memberikan kenyataan-kenyataan bagi pihak Kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib Tun Razak. Jika ketika zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dahulu ada sahaja kritikan Dr. M terhadap Pak Lah dan pimpinan UMNO/BN. 
               Semuanya tidak betul dan tidak kena. Islam Hadhari zaman Pak Lah tidak disokongnya Dr. M. Kali ini gagasan 1Malaysia Najib Razak juga tidak bersambut baik oleh Mahathir. Hanya Wawasan 2020 Mahathir sahaja yang kononnya terbaik.

Setelah banyak pertikaian pandangan ketika zaman Pak Lah, akhirnya Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO ketika zaman Pak Lah sebagai Presiden UMNO.

Nizar setuju debat dengan Zambry

Apakah Zambry akan terima cabaran Nizar..? Jika Zambry anak jantan sudah pasti beliau sahut cabaran ini. Kita tunggu dan lihat, apa pula kata Zambry.


              “Saya menyahut seruan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan Dr Zambry.”
                 Demikian tegas Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin        berhubung dengan seruan Dewan Pemuda PAS Perak yang mahukan beliau duduk di satu pentas untuk berdebat Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurutnya, itu adalah saranan yang baik untuk mengemukakan inspirasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kepada umum khususnya rakyat Perak.

Friday, February 24, 2012

Jawatan PM: Najib hipokrit untuk takutkan Melayu


               Rakyat negara ini, terutama orang Melayu, tidak perlu risau mengenai kedudukan perdana menteri kerana walau apa pun yang terjadi jawatan perdana menteri tetap akan disandang oleh orang Melayu di tanah air kita.
               Walaupun dalam Perlembagaan Malaysia tidak dinyatakan jawatan perdana menteri mestilah disandang oleh orang Melayu, tetapi perlaksanaan dalam negara tetap menjanjikan Perdana Menteri Malaysia tidak akan beralih kepada bangsa lain.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin Umno yang mengatakan jawatan perdana menteri akan disandang oleh bangsa lain sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, ternyata tidak berasas.

Israel: Umno mahu lagakan PAS dan Anwar

                 Para pemimpin Umno tidak perlu melaga-lagakan pemimpin PAS dan PKR dalam isu Israel kerana Umno juga menerima penyelesaian dua negeri Israel dan Palestin sebagaimana yang diterima PKR.
                Bahkan, Umno lebih akomodatif terhadap Israel berbanding dengan sikap Datuk Sri Anwar Ibrahim sendiri yang memberikan syarat untuk Israel jika mahu diterima iaitu menyokong dan mengiktiraf Palestin.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, tujuan sebenar Umno menekankan isu Israel dan Palestin ini adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Thursday, February 23, 2012

'Buat malu sahaja kata Kelantan termiskin'

 Sewajarnya Najib memikirkan langkah penyelesaian untuk memajukan negeri Kelantan yang didakwa tercorot itu, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan seolah-olah berbangga dengan perbezaan diantara Kelantan dengan negeri-negeri lain.
Apatah lagi, majoriti masyarakat di Kelantan adalah Melayu dan sewajarnya dibantu.



                Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.
                Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Kita tak boleh lah berbangga ini negeri sudah tidak miskin lagi, negeri Kelantan sudah jadi termiskin.

"Saya tak nak dengar percakapan macam itu, buat malu sahaja," katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Islam atasi perjuangan untuk kaum


               Mufti Perak Tan Sri Harussani diingatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan khususnya berhubung pendekatan yang digunakan Rasulullah saw berhubung kaum.
                Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) , berkata pendekatan yang diberikan Mufti Perak itu salah kerana menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam.

Katanya, ini kerana Islam sebagai agama suci mengatasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja.

"Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sewaktu memerlukan sahaja,”ujarnya.

Wednesday, February 22, 2012

Isu hudud sudah tidak laku bagi kaum Cina

   
               Isu hukum hudud diakui sebagai isu yang sudah tidak laku lagi bagi masyarakat Cina jika digunakan oleh Umno, MCA dan BN dalam kempen mereka bagi menghadapi sebarang pilihan raya di negara ini.
                 Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk.

Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS.

Kapal Isreal: Kerajaan BN lukakan hati umat Islam

             Tindakan Kerajaan BN yang sanggup menjalinkan hubungan dagang dengan Israel benar-benar melukakan hati majoriti rakyat negara ini terutama yang beragama Islam.
             Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu benar-benar mengejutkan seluruh rakyat negara ini sehingga memperlihatkan wajah sebenar Umno BN di mata orang ramai.

Dewan Ulama PAS Pusat sehubungan itu menuntut Kerajaan Malaysia segera membuat penjelasan mengenai kedudukan sebenar perkara itu kepada rakyat.

Dr Dzulkifly: Malaysia Gadai Maruah Demi Amerika-Israel

 
                     Tindakan Kerajaan Umno-BN menghentikan eksport minyak sawit ke Iran akibat tekanan dari Amerika dan tiga dari empat negara Kesatuan Eropah (EU) meletakkan negara ini dianggap sebagai negara tunggangan kuasa besar.
                     Selain itu tindakan tersebut turut memberi gambaran bahawa negara ini tunduk kepada kemahuan Israel yang mahu memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear.

Demikian komen Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor.

"Kita patut contohi Turki yang tidak endahkan tekanan dari negara kuasa besar walaupun mereka amat mahu menjadi ahli dalam EU.

Tuesday, February 21, 2012

Takut berdebat, Najib tak ikut trend semasa – Rafizi


                 Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan Perdana Menteri sebagai ketinggalan zaman kerana enggan berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan debat politik menjadi ‘trend‘ masa kini.
                  Menyifatkan sudah tiba masanya Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat, beliau berkata, debat antara pimpinan politik kini menjadi trend yang dituntut rakyat.

“Najib tidak boleh elak berdebat. Makin lama mengelak, semakin besar kesannya terhadap imej dan kredibilitinya sama ada dalam negara atau peringkat dunia,” katanya.

Monday, February 20, 2012

Umno-BN Parasit 'High Maintenance' Negara

  
               "Jentera penerangan Barisan Nasional (BN) disaran menggunakan formula empat 'M' iaitu media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik dalam usaha memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) ke-13".
                  Demikian saranan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Dari kaca mata pemerhati politik, dalam konteks Umno-BN, saranan Ahmad Maslan itu tiada apa-apa yang baru dan menghairankan.

Tanpa mengira parti politik atau pun mana-mana politikus itu sendiri, media dianggap amat berperanan dalam menaikkan mahupun menjatuhkan mana-mana pihak dalam arena politik negara.

Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib'


                Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri.
                 Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini.

Sunday, February 19, 2012

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal


              Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.
                Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

PRU13: Rakyat perlu tolak 'politik hipokrit' BN


               PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hanya bermain 'politik hipokrit' apabila mendakwa setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS menguasai kerajaan negeri ataupun persekutuan.
               Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, politik jenis itu bukan sahaja dimainkan MCA, namun juga oleh pemimpin Umno komponen BN yang lain.

"Bila MCA jumpa orang Cina dia kata undi DAP akan bagi kuasa pada PAS, bila Umno jumpa orang Melayu mereka canang kata undi PAS akan bagi kuasa kepada DAP.

Saturday, February 18, 2012

ABU Bukan Anti Melayu


Secara umum, segalanya bermula pada tanggal 9 Disember 2011 apabila negara dikejutkan dengan sidang media serentak di seluruh negara. Sidang media yang membawa kepada pelancaran penting sebuah gerakan inisiatif rakyat - Gerakan ABU diperkenalkan dengan penjenamaan semula pada malam bersejarah 15 Disember 2011 di Taman Melewar.

Asalkan Bukan Umno - sebuah gerakan berani yang tidak lagi berselindung dalam menyatakan pendiriannya betapa regim Umno itu harus ditumbangkan segera demi menyelamatkan negara ini. Rakyat yang punya rasa tanggungjawab wajar menyertai gerakan ABU bagi memastikan tiada ruang lagi buat Umno mengkhianati amanah rakyat dengan merompak khazanah kekayaan negara.

Skim kesihatan 1 Care, lagi taktik Najib bebankan rakyat

Cadangan skim penjagaan kesihatan (1Care for 1Malaysia) adalah satu lagi rancangan besar untuk merompak rakyat yang sakit dan susah untuk memperkayakan kroni-kroni UMNO.


             Desas desus cadangan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1 Care yang bakal dilaksanakan kerajaan akan menyebabkan rakyat menanggung beban lebih parah, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng.
               Ini kerana katanya, rakyat akan diminta menyumbang 10 peratus melalui potongan pendapatan mereka kepada agensi pengurus dana kesihatan yang dilantik oleh kerajaan, sekiranya skim itu menjadi kenyataan.

“Melalui skim 1Care kerajaan akan melantik satu badan yang akan menguruskan skim ini yang mempunyai kuasa pemutus menentukan kehendak rakyat,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Friday, February 17, 2012

Pembangkang pertikai daftar pemilih tambahan

                Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk.
               Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia.

Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan.

Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senari pemilih yang telah berubah status seperti itu.

Anwar: Saya dukung perjuangan rakyat Palestin


                  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan beliau yang disiarkan Asian Wall Street Journal secara jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan, serta maruahnya dihormati.
                 Anwar bertemu dan berbincang dengan pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Mashal di Qatar baru-baru ini

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata pendirian beliau selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.

Badan Kehakiman Takut Disebabkan Dr M, Kata Bekas Ketua Hakim - Melissa Chi


             Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
             Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”

Mahathir mengarut, cuba berlagak anti barat- Aziz Bari

Kenyataan Mahathir itu menunjukkan sikapnya yang hipokrit.“Dia berlagak anti-Barat dan anti-Yahudi tapi menjadi pengkhianat kepada melayu dan Islam...


               Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa undang-undang di Malaysia akan ditukar sewenang-wenangnya jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, sebagai tidak berasas.
                Pakar perlembagaan itu turut mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini kononnya Amerika Syarikat dan Israel mahu melihat kerajaan Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

“Saya fikir dia ini (Mahathir) mengarut dan tak tahu apa yang dikatakannya. Bukan mudah nak buat undang-undang; ia memerlukan draf dan akan dibincangkan di parlimen.

Thursday, February 16, 2012

Kekalahan yang pasti adalah sebab Najib elak PRU 13 - K Suresh


                 Pilihanraya umum yang seterusnya, ke 13 dijangka akan diadakan pada bulan Mei tahun ini dan April/Mei tahun depan setelah sampai tempoh berakhirnya 5 tahun Parlimen yang sedia ada sekarang. Tempoh 5 tahun itu dikira dari tarikh hari pertama persidangan Parlimen untuk penggal itu.
                Setelah parlimen dibubarkan, pilihan raya akan diadakan dalam masa 2 bulan.

Walaubagaimanapun, jika Parlimen tidak dibubarkan dalam jangkamasa 5 tahun itu, ia akan dibubarkan secara automatik pada penghujung tempoh itu. Jika itu adalah senarionnya, pilihanraya akan diadakan dalam masa 6 bulan. Inilah yang mungkin bermain difikiran Perdana Menteri Malaysia Najib Razak kerana nampak gayanya beliau sangat terdesak untuk memanjangkan tempoh beliau memerintah.

Audit dapati lebih 200,000 pengundi diragui

  
            Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan sejumlah besar pengundi meragukan.
Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut Ahli PSC, Anthony Loke, Mimos memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih 100 pengundi menetap di alamat yang sama.

“Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

Najib mesti dedah penyelesaian Danaharta-Tajudin

                Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak supaya memberitahu bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan.
            “Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib mesti menjelaskan mengapa kerajaan BN sanggup melepaskan tuntutan terhadap seluruh hutang dan melepaskan Tajudin tanpa mempertahankan diri di Mahkamah Rayuan.

"Keputusan ini mempunyai niat jahat kerana kerajaan telahpun memenangi kes tersebut di Mahkamah Tinggi,” kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.(gambar)

Dalam keputusannya semalam, Mahkamah Rayuan juga menetapkan bahawa terma penyelesaian Danaharta dan Tajuddin dirahsiakan.

Wednesday, February 15, 2012

Siapa sedia perjanjian NFC dengan Kem. Kewangan

Banyak lagi persoalan berbangkit yang belum dijawab oleh Perdana Menteri, Najib mengenai pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat milik keluarga Shahrizat.   Najib juga sepatutnya menjawab kepada rakyat benarkan perjanjian pinjaman mudah kepada NFcorp itu tidak ada jaminan peribadi seperti yang dibangkitkan oleh sumber PAC sebelum ini.

         Perdana Menteri bertanggungjawab menyatakan kepada rakyat benarkah perjanjian melibatkan pinjaman RM250 juta antara Kementerian Kewangan dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.
          Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, juga meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kepada rakyat pihak manakah yang menyediakan perjanjian tersebut jika ia tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.

"Juga, jika benar perjanjian tersebut tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara, Perdana Menteri juga perlu menyatakan mengapakah pejabat Peguam Negara tidak dilibatkan untuk membuat perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu.

Menteri akui keluarga Shahrizat terlibat skandal NFC

   
             Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat dengan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
                Beliau mengulas kenyataan Nazri bahawa Shahrizat tidak perlu meletak jawatan tetapi hanya membayar kembali pinjaman RM250 juta berkenaan.

“Ini adalah pengakuan kali pertama oleh seorang Menteri Kabinet bahawa Shahrizat bukan sahaja terlibat kepada skandal lembu dan kondo tetapi juga (mengakui) bahawa kesalahan telah berlaku,”

Tuesday, February 14, 2012

Pakatan desak SPR batal daftar 42,000 pemilih ragu


              Pakatan Rakyat mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membatalkan pendaftaran 42 ribu nama pemilih yang baharu kerana tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
               Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, di sini petang ini berkata, nama-nama tersebut telah menimbulkan keraguan apabila ia tiada maklumat di dalam JPN. Hadir sama ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita hari ini telah mengambil pendekatan berhubung status 42 ribu nama pendaftar baru yang telah dikenal pasti meragukan agar SPR menghapuskan segera nama-nama tersebut sebelum pilihan raya akan datang.

Monday, February 13, 2012

Rafizi: SPRM Perlu Segera Siasat Muhyiddin

Kenapa SPRM  masih tidak memanggil Muhyiddin untuk di soal siasat sedangkan hal tersebut adalah perkara asas siasatan. Itu adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta diserahkan kepada kroni yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ternakan lembu. Kenapa harus jadi begitu..?

                   Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC).
                  Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan.

Sunday, February 12, 2012

Hishamuddin Rais: Kita ke jalan raya kerana kita hendak pilihan raya!

Pakatan Rakyat sebenarnya bukan berlawan dengan UMNO-Barisan Nasional, tetapi berlawan dengan  polis, askar, special branch, pegawai kerajaan yang mempertahankan UMNO-BN.

                  Demikianlah penegasan Hishamuddin Rais , aktivis sosial yang mendukung demonstrasi jalanan untuk menuntut pendemokrasian. Koleksi tulisan beliau pernah diterbitkan dengan judul "Pilihan raya atau Pilihan jalan raya" ketika zaman "Reformasi", malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri 1960 (ISA) selama dua tahun. Beliau yang masih giat terlibat dalam demonstrasi jalanan, diajukan soalan sebagaimana tajuk bukunya, dalam satu forum semalam.
               
                 Hishamuddin Rais menjelaskan, padahal kita tidak mempunyai pilihan, melainkan pilihan raya sebagai cara untuk memilih pemimpin. Apapun aliran politik, sama ada sayap kiri, kanan, tengah, Islam atau sebaliknya, akan menyokong pilihan raya, katanya. Bagaimanapun, perbincangan terhadap pemilihan demokratik ini berterusan, berkisar pada sistem pengundiannya, misalnya first-past-the-post dan sebagainya.

Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM -Wong Choon Mei


                 Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno.

Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan “jangan paksa saya pecat kamu” untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau.

Hasan Ali - Dari UMNO dia datang, kepada UMNO jugalah dia akan kembali


                  Dr Hasan Ali, bekas Exco kerajaan (PAS) negeri Selangor, yang dipecat dari PAS baru-baru ini nampaknya mendapat tempat di media perdana terutamanya di TV3. Setiap malam kita melihat Hasan Ali diliputi oleh TV3 dan beliau ditonjolkan sebagai seorang pelakon Bollywood seperti Shah Rukh Khan.
                Kita melihat lakunannya setiap hari dengan berdoa sambil menangis serta kembali bercakap dengan nada yang tinggi beserta dengan gerak tangannya yang menunjukkan beliau memang hebat berlakon dan berdrama. Hasan akhir-akhir ini selalu menggunakan air mata beliau dalam membahaskan isu politik untuk menagih sokongan ramai. Beliau boleh menangis serta merta jika perlu dan air matanya jelas meleleh keluar.

Saturday, February 11, 2012

Jangan pandang rendah ‘fenomena ABU’- Mat Sabu


               Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengingatkan peranan media baru dalam proses menyebarkan maklumat terutama mengenai penyelewengan yang dilakukan kerajaan Umno-Barisan Nasional.
               Mengaitkan peranan media dengan kebangkitan rakyat Tunisia menggulingkan presidennya yang bersikap diktator, Mohamad menekan kepentingan laman sosial seperti facebook dan twitter.

Beliau berkata demikian dalam ‘Forum kiri: Kebangkitan Dunia Arab, Apa Terjadi Selepas Setahun’ di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur KLSCAH) , malam tadi.

Kesian Umno sudah menyimpang jauh - Kadir

   
              Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini membidas tindakan pemimpin Umno yang mahu merujuknya ke Jawatankuasa Disiplin parti itu ekoran beberapa kritikannya.
               "Saya tak ada masalah apa, saya pun tak bergantung hidup pada parti, cuma saya kesianlah kerana Umno sudah menyimpang jauh," katanya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib 27 Januari lalu memaklumkan, Tan Sri Kadir akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno berikutan beberapa kenyataan yang dibuat oleh beliau.

Friday, February 10, 2012

Skim kesihatan 1 Care zalim terhadap rakyat – Boon Chye

    
              Keputusan Kementerian Kesihatan mewajibkan rakyat Malaysia menyertai skim penjagaan kesihatan 1 Care membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak zalim kepada rakyatnya sendiri, kata Pengerusi Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.
                “Sistem 1 Care ini membuktikan betapa zalimnya pentadbiran Najib kerana beliau tahu majoriti rakyat terutamanya persatuan perubatan menolak skim ini.

“Harus diingat yang membantah skim ini adalah mereka yang terdiri dari pakar perubatan yang sangat memahami dunia perubatan dan sudah tentu bantahan mereka ini berasas,” tegasnya.

Shahrizat dicabar isytihar harta, perjelas cara bayaran bank


               Datuk Seri Shahrizat Jalil dicabar membuat perisytiharan harta ekoran pembelian dua unit kondominium mewah di Singapura oleh keluarga beliau, tegas NGO anti rasuah, Jingga 13.
               Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan kondominium berkenaan dibeli atas nama suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Nur Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Dua kondominum berharga RM34 juta di Marina Bay Suites itu dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

Menjawab komen Fuad Zakarshi - Nik Abdul Aziz Nik Mat

 
                Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.
                Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.

Thursday, February 9, 2012

NFC: Mengapa Najib takut dedah kepada rakyat?


                       Sekiranya kerajaan Umno bertanggungjawab, kandungan perjanjian berkaitan dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mestilah didedahkan kepada pengetahuan rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
                    "Jika benar seperti yang digambarkan bahawa keluarga (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abul Jalil) adalah pihak yang bertanggungjawab dan menggunakan dana tersebut untuk tujuan lain dari projek lembu di bawah NFC dan kerajaan Umno tidak bersalah sedikit pun, mengapa tidak didedahkan kandungan perjanjian tersebut?

"Apa yang kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) takut sangat?" beliau mempersoalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengulangi desakan supaya dinyatakan adakah dana tersebut diluluskan mengikut peraturan kewangan.

Hassan Ali dan saya


              Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali       terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya.

Dua lagi kondo milik keluarga Shahrizat di Singapura RM34.6 juta


              KEADILAN terus membongkar skandal penyelewengan dana National Feedlot Corporation (NFCorp), apabila mendedahkan dua lagi pembelian unit kondominium mewah oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura, berharga RM34.6 juta.
              Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kondominium mewah yang dibeli pada 27 Mei 2010 itu dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Kondominium berkenaan- masing-masing berharga RM17,205,209 dan RM17,357,575- dibeli di Marina Bay Suites, yang terletak berhampiran restoran mewah milik keluarga menteri itu di Brawn Steakhouse.

Keluarga Shahrizat juga kata Rafizi, perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membayar balik pinjaman yang dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...