Friday, February 10, 2012

Skim kesihatan 1 Care zalim terhadap rakyat – Boon Chye

    
              Keputusan Kementerian Kesihatan mewajibkan rakyat Malaysia menyertai skim penjagaan kesihatan 1 Care membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak zalim kepada rakyatnya sendiri, kata Pengerusi Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.
                “Sistem 1 Care ini membuktikan betapa zalimnya pentadbiran Najib kerana beliau tahu majoriti rakyat terutamanya persatuan perubatan menolak skim ini.

“Harus diingat yang membantah skim ini adalah mereka yang terdiri dari pakar perubatan yang sangat memahami dunia perubatan dan sudah tentu bantahan mereka ini berasas,” tegasnya.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Nasional (NHF) Kementerian Kesihatan, Dr Rozita Halina Hussein bahawa rakyat diwajibkan menyertai skim itu.
Menurutnya, beliau juga mendapat maklumat kerajaan bakal merangka uang undang-undang berkaitan National Health Financing Authority, sebuah perbadanan yang menjalankan kutipan gaji rakyat untuk membayar hospital terpilih yang ditetapkan kerajaan.

“Perbadanan yang bertindak sebagai orang tengah ini jelas merugikan rakyat kerana rakyat diwajibkan membayar kepadanya, selain kebebasan memilih untuk mendapatkan rawatan terhad kerana ia hanya diputuskan perbadanan ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gopeng.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya menumpukan usaha meningkatkan kemudahan di hospital kerajaan agar setanding dengan hospital swasta, berbanding sibuk mewajibkan rakyat menyertai skim berkenaan.

Sehubungan itu Boon Chye berkata, beliau akan memastikan isu itu dibahaskan sepenuhnya dalam sidang Parlimen akan datang.

Pengamal perubatan sebelum ini membantah skim kesihatan 1 Care kerana ia mengenakan potongan 10 peratus daripada pendapatan individu kepada skim berkenaan.

Berdasarkan cadangan itu juga, individu hanya boleh dirawat seorang doktor di kawasan mereka dan tidak dibenarkan memilih doktor lain serta dihadkan jumlah mendapat rawatan sebulan. -K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...