Thursday, February 2, 2012

Kenapa Najib boleh cakap politik, Anwar tidak? -Izzah

.... kerana Najib dan Umno takut dengan kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin.

                Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyelar sikap Polis yang berat sebelah apabila menghalang beliau dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap secara terbuka di Majlis Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, hari ini.
                 “Alasan yang diberikan untuk menafikan peluang kami bercakap ialah – tidak boleh mengucapkan sebarang isu politik. Jadi, kenapa Najib boleh dan Anwar tak boleh?

“Perdana Menteri dan Raja Nong Chik pun bercakap perkara hal politik juga,” kata Izzah ketika ditemui pemberita sejurus selepas tamat program majlis sambutan Tahun Baru Cina di Taman Sentosa, petang tadi.

“Ini negara bebas. Kita ada hak untuk menyampaikan maklumat dan kebenaran. Jika Najib dan Nong Chik boleh buat, mengapa polis halang kita,” tegasnya.


Justeru satu surat rasmi akan dihantar minggu ini kepada Ketua Polis Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Sementara itu, Setiausaha politik Izzah, Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan bahawa Anwar hanya dibenarkan berucap untuk tempoh sepuluh minit.

“Saya dihubungi polis kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi. Pada asalnya dihalang. Selepas rundingan, hanya sepuluh minit masa dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengutuk tindakan pihak tertentu yang menampal poster fitnah terhadap Ketua Pembangkang yang tertera perkataan mengeji dan menghina di sekitar kawasan Taman Sentosa.

“Apa yang mereka takut sangat? Sampai sanggup ‘bekerja’ pada hari cuti untuk menyerang Anwar?, soal Fahmi.

Namun, provokasi tersebut tidak menghalang kehadiran ribuan penduduk tempatan pelbagai kaum untuk bersama-sama meraikan rumah terbuka anjuran KEADILAN Lembah Pantai.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...