Thursday, February 16, 2012

Kekalahan yang pasti adalah sebab Najib elak PRU 13 - K Suresh


                 Pilihanraya umum yang seterusnya, ke 13 dijangka akan diadakan pada bulan Mei tahun ini dan April/Mei tahun depan setelah sampai tempoh berakhirnya 5 tahun Parlimen yang sedia ada sekarang. Tempoh 5 tahun itu dikira dari tarikh hari pertama persidangan Parlimen untuk penggal itu.
                Setelah parlimen dibubarkan, pilihan raya akan diadakan dalam masa 2 bulan.

Walaubagaimanapun, jika Parlimen tidak dibubarkan dalam jangkamasa 5 tahun itu, ia akan dibubarkan secara automatik pada penghujung tempoh itu. Jika itu adalah senarionnya, pilihanraya akan diadakan dalam masa 6 bulan. Inilah yang mungkin bermain difikiran Perdana Menteri Malaysia Najib Razak kerana nampak gayanya beliau sangat terdesak untuk memanjangkan tempoh beliau memerintah.


PRU 13 boleh diadakan pada pertengahan tahun 2013!

Najib kelihatan sudah membuat kesimpulan, sungguhpun dengan rasa keberatan bahawa tiada jaminan beliau akan kekal menjadi PM selepas PRU 13. Itu mungkin sebab utama mengapa isterinya Rosmah Mansor sentiasa samada membeli-belah atau mencari-cari tempat bercuti menggunakan wang rakyat.

Sama ada Najib akan menjadi pemimpin pembangkang atau dibenarkan oleh timbalannya, Muhyiddin Yassin yang berasal daripada dinasti Mahathir dan Mahathir sendiri adalah persoalan yang terbesar sekarang.

Najib sendiri tidak mendapat mandat.

Beliau tetap dengan tidak segan silu menumpang mandat yang diperolehi oleh Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau pada tahun 2008. Mahathir berjaya menyingkirkan Badawi kerana Ahli Majlis Tertinggi Umno yang sudahpun diselubungi rasuah itu mengikut telunjuknya.

Najib seharusnya mendapat mandat sendiri tetapi beliau takut mengharungi sendiri pemilihan itu kerana sebelum ini beliau sentiasa mendapat segalanya dengan cara mudah.

Tiada lagi dalam sejarah kita mempunyai seorang PM yang penakut. Najib tidak berani untuk tidak menghiraukan Mahathir dan Majlis Tertinggi Umno dan melaksanakan PRU 13 serta menerima keputusannya seperti seorang lelaki sejati. Beliau juga tidak terfikir untuk membuat perjanjian dengan pakatan pembangkang untuk menerima kumpulan beliau sekurang-kurangnya dalam kerajaan mereka nanti dan menyelamatkan dinasti politik yang dibina oleh Arwah bapanya.

Terlalu bahaya kepada BN untuk PRU 13 sekarang

Tiada sahabat atau lawan yang kekal dalam politik, cuma kepentingan yang kekal. Itu tidak bermakna pembangkang akan menerima Mahathir juga. Mereka hanya menerima jika Mahathir setuju untuk meninggalkan negara dan segala faedah yang pernah diperolehinya dengan cara yang tidak benar.

Terlalu bahaya untuk melakasanakan PRU 13 sekarang, bukan sahaja untuk Najib tetapi juga untuk Umno yang menghadapi bahaya akan pupus dan kebanyakkan ahlinya didakwa dan penjara untuk satu jangkamasa yang lama atau selama-lamanya.

Ini adalah satu sebab mengapa Perdana Menteri mengumumkan bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuat oleh ayahnya, Perdana Menteri ke-2 Abdul Razak semasa berlaku rusuhan kaum antara orang bukan Melayu dan Melayu di Semenanjung pada 1969. Walaubagaimanapun, Najib cepat-cepat berkata bahawa beliau tidak akan lakukan yang sebegitu. Tetapi mengapa menyebut mengenainya jika beliau tiada rancangan untuk melakukannya? Adakah itu suatu amaran untuk memberi undi kepadanya?

Najib merujuk kepada pengisytiharan darurat, penutupan Parlimen, penangguhan demokrasi, parti politik dan penubuhan Majlis Gerakan Negara dan di ketuai oleh Abdul Razak.

Abdul Razak juga menubuhkan Majlis Konsulatif Kebangsaan setelah penutupan Parlimen. Majlis ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai latarbelakang tetapi bukan parti politik. Beliau mempengerusikannya.

Abdul Razak kemudiannya menubuhkan Barisan Nasional, satu konsep yang menghadkan proses demokrasi dan menidakkan penyertaan ikut majoriti dengan melaksanakan perkongsian kuasa secara elit. BN yang ditubuhkan telah membawa sekali parti pembangkang yang telah menang besar semasa pilihanraya 1969.

Peraturan terdesak dan paksa DAP masuk BN

Ia adalah sesuatu yang ajaib sekiranya Najib tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ayahnya pada tahun 1969/1970 memandangkan beliau tiba-tiba merasa takut untuk melaksanakan pilihanraya terutamanya apabila Mahathir sedang memberi tekanan kepada beliau untuk mendapatkan sesuatu yang mustahil: dapatkan semula majoriti 2/3 BN dalam Parlimen.

Terdapat percubaan untuk memaksa DAP masuk BN.

Pada masa yang sama, Umno tidak merasakan bahawa pembuat keputusan mereka akan meninggalkan Mahathir untuk selamanya – walaupun dengan adanya buku ‘Dosa Orang-rang Tertentu’ yang ada padanya- dan melarikan diri ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas PRU 13 untuk membeli perlindungan politik seraya mengelak dipenjarakan, bankrap atau menjadi miskin.

Apabila itu berlaku, Taib yang berada di Sarawak dan juga buku ‘Segala Dosa Orang-orang tertentu’ ayah saudaranya Abdul Rahman Yakub akan dengan segera menjadi pengkhianat dan bakal menjadi orang pertama yang merayu Anwar di Putrajaya untuk dimaafkan. Taib akan memecah pekung semua orang, walau ibunya sekali untuk dapatkan apa yang dia mahu.

Faktor Mahathir

Mahathir pun sudah menjangka bahawa Najib tidak akan mendapatkan majoriti 2/3 Parlimen, apatah lagi memenangi PRU dengan majoriti mudah serta menegaskan agar PRU dilewatkan.

Alasan Mahathir adalah supaya Najib mendapatkan semula sokongan orang Cina. Bagaimana? Dengan menerima DAP?

Apa yang Mahathir akan nasihatkan Najib selepas ini? Isytiharkan darurat dan paksa DAP memberi kata dua?

Beliau tidak menyebut kaum India yang walapun tidak ada satupun kerusi majoriti satu etnik di Malaysia untuk menentukan pemenang dalam 67 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.

Mahathir juga tidak menyebut agar Taib Mahmud mendapatkan semula sokongan kaum Cina di Sarawak. Terdapat 7 kerusi Parlimen yang boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR).

Malaysia Timur

Sarawak dengan sendirinya akan mendapat bala yang sama memandangkan BN dijangka tidak akan dapat meningkatkan prestasi mereka sejak 2008 dan tidak akan mengulangi prestasi mereka di Sabah.

Di Sabah, pemerhatian pembangkang adalah mereka boleh mendapat 40 kerusi dalam DUN iaitu 18 di kawasan Dusun bukan Islam termasuk Kadazan atau Dusun bandar dan Murut- 16 kerusi Islam termasuk Dusun Islam dan 8 kerusi Cina.

Ini adalah sebanyak 20 kerusi di Parlimen dan termasuk 7 kerusi palimen di Sarawak. Pembangkan akan mendapat 27 kerusi Parlimen dari Borneo. Ini mengambilkira sekiranya pembangkang tidak akan mendapatmana-mana kerusi Dayak atau Melayu di Sarawak.

Yang merosakkannya di sini adalah Parti Progressif Sabah (SAPP) yang mahu bertanding di 40 kerusi- sama dengan jumlah kerusi yang dijangka dimenangi oleh pembangkang di Sabah.

Mereka kemudiannya mahu membenarkan pembangkang untuk bertanding di 20 kerusi lain yang tidak boleh menang- kerusi DUN dalam bahaya di Sabah dan juga membenarkan mereka bertanding di majoriti 25 kerusi Parlimen DUN. Labuan memberikan satu lagi kerusi Parlimen.

Adalah sukar untuk tidak syak bahawa SAPP sedang bersekongkol dengan Umno untuk melenyapkan peluang pembangkang di Sabah.

Reformasi pilihanraya

Najib telah menyebut sebelum ini keperluan untuk reformasi piliharaya sebelum mengadakan PRU 13. Apa sebenarnya reformasi itu untuk beliau? Adakah ia termasuk tidak melakukan sesuatu yang memberi kelebihan kepada beliau pada pilihanraya kelak?

Isu reformasi pilihanraya hanya timbul selepas pihak pembangkang mendakwa bahawa di Malaysia ia adalah suatu proses yang tidak adil dan bebas. Selepas reformasi pilihanraya ini, pilihanraya akan menjadi lebih teruk semakin tidak bebas dan adil kepada pihak pembangkang kerana mengalami perubahan kosmetik yang memberi bayangan bahawa ia telah diperbaiki. Ia hanyalah pemainan nombor.

Najib juga menyebut tidak lama dahulu bahawa beliau mahu Program Transfomasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Key Performance Indicator (KPI) untuk dimantapkan sebelum pilihanraya diadakan.

Semua ini adalah gimik dan kosmetik yang berada di atas kertas Cuma. Permainan beliau yang terdesak baru-baru ini adalah pemberian wang kepada rakyat yang hanya atas kertas -masalah membeli undi rakyat: gaji baru kepada penjawat awam yang sudahpun terlampau banyak dan tidak ada kerja yang berjumlah 1.4 juta; RM 100 untuk pelajar sekolah, RM 500 untuk isi rumah yang berpendapatan kurang RM 3000 sebulan, dana-dana yang tidak cukup –juga atas kertas untuk kuil India, sekolah Tamil, sekolah Kristian, Cina dan sebagainya.

Umno akan kehilangan kuasa

Hanya tuhan yang tahu apa yang akan terjadi kepada negara kita dalam beberapa minggu dan bulan yang akan datang. Kita semua harus berdoa untuk negara kita!

Ini adalah masa untuk membayar balik segala kejahatan yang telah dilakukan dalam masa separuh abad ini dan mereka yang memegang kuasa sebaik sahaja pihak British meninggalkan kita untuk selamanya dahulu.

Walaubagaimanapun, kebaikan hanya akan datang daripada kekacauan yang timbul sebelumnya. Dr Stephen Hawking, seorang ahli fizik terkenal dari Universiti of Cambridge yang mengingatkan kita bahawa satu-satunya elemen yang boleh dijangka dalam alam semesta dalah kekacauan.

Malaysia tidak akan berada di bawah Bn dan Umno selamanya. Negara ini tidak akan mampu untuk mencapai keamanan, kemajuan dan kelestarian selamanya memandangkan ketidak adilan yang berleluasa di negara ini hasil usaha mereka yang memerintah.

Segalanya sama ada yang baik atau buruk, cantik atau jahat akan beraakhir apabila sampai waktunya. Tiada yang dapat melepaskan diri daripada karma- undang-undang saintifik yang menentukan segala sebab kepada apa yang berlaku dan hasilnya. Ia neutral tetapi dilihat dalam minda manusia sebagai baik, buruk, hodoh, cantik atau jahat.

Hanya mereka yang dapat menerima karma mereka yang dapat meneutralkannya. Samalah dengan sebuah negara dan parti politik, terutamanya Umno yang sudah pun menikmati 55 tahun masa yang terbaiknya.- Malaysia Chronicle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...