Banyak lagi persoalan berbangkit yang belum dijawab oleh Perdana Menteri, Najib mengenai pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat milik keluarga Shahrizat. Najib juga sepatutnya menjawab kepada rakyat benarkan perjanjian pinjaman mudah kepada NFcorp itu tidak ada jaminan peribadi seperti yang dibangkitkan oleh sumber PAC sebelum ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, juga meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kepada rakyat pihak manakah yang menyediakan perjanjian tersebut jika ia tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.
"Juga, jika benar perjanjian tersebut tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara, Perdana Menteri juga perlu menyatakan mengapakah pejabat Peguam Negara tidak dilibatkan untuk membuat perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu.
"Jika benar pejabat Peguam Negara tidak terlibat menyediakan perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu, perjanjian manakah yang tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara itu?
"Adakah perjanjian pada 6 Disember 2007 atau perjanjian pada 8 Mac 2010?" soal Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Najib juga, kata beliau, mesti menjelaskan kepada rakyat mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid sebelum ini yang menyatakan dana disalurkan terlebih dahulu kepada syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu sebelum kontrak ditandatangani.
"Malah, banyak lagi persoalan berbangkit yang belum dijawab oleh Perdana Menteri mengenai pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno itu," katanya.
Mahfuz mengulangi gesaan supaya Najib juga menjawab kepada rakyat benarkan perjanjian pinjaman mudah kepada NFcorp itu tidak ada jaminan peribadi seperti yang dibangkitkan oleh sumber PAC sebelum ini.
"Bukan setakat itu sahaja, benarkan tidak ada jadual pembayaran?" soal beliau lagi.
Mahfuz juga mengulangi tuntutan supaya Najib menyatakan dari akaun manakah wang membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura diambil oleh NFCorp?
"Jika wang diambil dari akaun operasi projek lembu, adakah Jabatan Veterinar memberikan pengesahan seperti yang disyaratkan?" soal beliau.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini mengakui terdapat kelemahan dalam projek lembu fidlot di bawah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.-Hrkhdly
No comments:
Post a Comment