Apakah Zambry akan terima cabaran Nizar..? Jika Zambry anak jantan sudah pasti beliau sahut cabaran ini. Kita tunggu dan lihat, apa pula kata Zambry.
“Saya menyahut seruan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan Dr Zambry.”
Menurutnya, itu adalah saranan yang baik untuk mengemukakan inspirasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kepada umum khususnya rakyat Perak.
“Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13,” kata Nizar ketika dihubungi Harakahdaily.
Katanya, ini bukan kali pertama kesediannya untuk berdebat malah sudah menyatakan kesudiaannya untuk berdebat dengan Dr Zambry kira-kira dua tahun lalu.
"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV,” ujarnya.
Tambahnya, selepas ‘rampasan kuasa’ oleh BN 7 Februari 2009, pelbagai kemusykilan yang belum dapat dirungkai serta rakyat masih mahukan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.
“Saya berharap Dr Zambry dapat menyahut pelawaan debat demi negeri Perak tercinta ini,” tegas beliau.
Semalam, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh menyatakan hasrat untuk merealisasikan perdebatan antara kedua-dua pemimpin tersebut.
Cadangan ini timbul selepas kejayaan menemukan dua pemimpin utama cina iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pulau Pinang baru-baru ini.Hrkahdaily.
No comments:
Post a Comment