Wednesday, February 8, 2012

Guna dana KWSP, Pakatan sahut cabaran debat


               Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.
               Kenyataan bersama itu ditegaskan Sekretariat Pakatan Rakyat yang terdiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.

“Perbahasan sebaik-baiknya disiar secara langsung di Televisyen bagi memberi peluang kepada rakyat seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak menilai perdebatan itu secara adil dan bebas,” kata mereka.

Semalam, Harian berbahasa Inggeris Malay Mail, memetik Nong Chik mengajak perdebatan terbuka dijalankan bagi membahaskan isu itu.


Mengalu-alukan kenyataan itu, Pakatan bagaimanapun mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu bersikap telus dalam menjawab isu itu.

Mengenai kenyataan politik Nong Chik yang bertanya sama ada golongan miskin bandar tidak layak mendapat rumah, sekretariat Pakatan itu menjawab sebagai berikut:

“Kami menyokong hasrat memastikan golongan miskin bandar memiliki rumah. Bagaimanapun ia tanggungjawab kerajaan dan bukannya golongan pekerja,” katanya.

Oleh itu, katanya, adalah tidak adil kerajaan membebankan golongan pekerja dengan menggunakan dana KWSP.

Ini bukan kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menggunakan wang KWSP kerana banyak projek lain mengambil sumber KWSP sekaligus menunjukkan kedudukan kewangan negara semakin lemah di bawah pentadbiran Najib.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...