Monday, February 6, 2012

Dr M kecewa terhadap Najib: Dia tak akan dapat majority 2/3


                Kelihatan seperti Mahathir sudah putus harapan terhadap Najib. Beliau akhirnya mengaku bahawa adalah lebih baik PRU dilaksanakan selepas BN beroleh semula sokongan masyarakat Cina yang membentuk 30% daripada pengundi.

“Kita boleh beritahu beliau tentang itu dan Najib dapat menyelamatkan wang beratus juta dalam bujet 2012. Daripada memberi bantuan kewangan sekali itu, wang tersebut boleh disalurkan ke arah mekanisma yang lebih berkesan atau skim yang lebih baik. Tetapi, disebabkan PRU 13, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan wang dari dana negara yang sememangnya sudah tenat.
Sekarang, sungguhpun dengan banyak faedah dan wang bantuan, rakyat masih enggan mengundi BN. Apa yang dapat kita simpulkan mengenai strategi kepimpinan negara? “ ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Siapa yang sebenarnya mahukan pilihanraya awal?

Sememangnya Najib menukar fikiran untuk laksanakan PRU13 yang awal selepas kegagalan beliau merubah fikiran rakyat untuk menjadi lebih positif terhadap Umno dan BN tahun lepas. Mahathir juga ada membayangkan PRU 13 akan dilaksanakan awal selepas memberi nasihat dengan sarkastik agar Najib tidak mengadakan undi sehingga penghujung penggal beliau.

Walaubagaimanapun, ada dikalangan puak dalam UMNO mengatakan bahawa cakap-cakap dalam parti berbeza dengan apa yang mereka canangkan diluar sana. “Mengapa kita harus buatnya?” adalah jawapan yang diberi Rosmah apabila ditanya jika Najib akan melaksanakan PRU segera semasa hari terbuka Aidilfitri di rumahnya tahun lepas.

Orang- orang Mahathir pula takut Najib akan menangguh terlalu lama pilihanraya dan mahu ia dilaksanakan sebelum keadaan ekonomi menjadi lebih suram. Walaubagaimanapun, kepimpinan Najib yang lemah dan juga politik agama dan perkauman yang melampau telah menimbulkan kemarahan rakyat. Lambakan kroni mendapat tawaran lumayan dalam bidang korporat juga menutup pintu kepada kemungkinan mengadakan pilihanraya yang awal. Keadaan ekonomi yang semakin teruk juga akan menyukarkan Najib untuk meraih keyakinan rakyat, jadi, tiada jalan keluar bagi BN sekarang. Mimpi ngeri Mahathir telah menjadi kenyataan.

“BN tidak dapat kehilangan sokongan daripada mana-mana sektor dalam negara. Apa yang dilihat sekarang adalah kemungkinan orang Cina tidak akan mengundi untuk kerajaan,” beritahu Mahathir dalam satu temuramah dengan Bloomberg yang diterbitkan pada hari Khamis.

Najib tidak akan menang majoriti 2/3

Mahathir juga memberitahu bahawa beliau tidak percaya yang Najib boleh menang semula majoriti 2/3 parlimen tetapi mungkin akan menang majoriti mudah. Beliau juga menjangkakan BN akan menghadapi kesukaran untuk memenangi negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR).

“Jika anda ada masa, gunakan masa itu untuk mendapat sokongan,” kata Mahathir.

Namun Mahathir sendiri ialah pemimpin untuk sayap kanan konservatif dalam Umno dan merupakan penasihat untuk kumpulan ekstrimis seperti Perkasa, yang hanya beberapa hari lalu mencetuskan kontroversi dengan menghina komuniti Cina kerana keengganan meminta maaf selepas memberi ang-pow dalam sampul putih.

Mahathir juga telah mencabar Najib atas platform 1Malaysianya, prinsip utama yang menghapuskan isu ketidak-sama-rataan kaum dan membenarkan semua mendapat peluang saksama dalam sektor perniagaan seperti yang sudah sekian lama dinasihati oleh pelabur. Mahathir secara terbuka memperlekehkan Najib kerana mencadangkan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru yang berasaskan kaum dengan Model Ekonomi Baru yang dicuri Najib daripada manifesto Pakatan Rakyat.

Selain daripada isu angpau putih, rakyat juga tidak gembira dengan Najib kerana skandal RM250 juta NFC, tukar tangan dalam saham AirAsia-MAS dan penjualan kepentingan Proton kepada ahli perniagaan kaya Syed Mokhtar Albukhary.

Mereka juga marah terhadap Najib kerana kontrak Lebuhraya Pantai Barat yang dianugerahkan kepada Europlus; sebuah firma yang menanggung kerugian selama ini, pada 2 kali ganda harga yang dicadangkan dengan tempoh 60 tahun konsesi!

Rakyat melihat segala kontrak dan faedah dibolot oleh kroni Najib dan rakan-rakannya dalam Umno dan mereka semakin marah. Rasuah berada di tempat teratas senarai begitu juga dengan politik perkauman dan agama yang menyebabkan mereka enggan menyokong BN.

Parlimen akan secara automatic dibubarkan pada April 2013 dan sekiranya Najib membiarkan ia sehingga saat-saat akhir penggalnya, Najib akan menjadi satu-satunya PM yang tidak mendapat mandat rakyat. Najib dilantik sebagai PM selepas parti beliau menendang keluar Abdullah Badawi pada tahun 2008. Beliau menggantikan tempat Abdullah secara rasminya pada April 2009. - Malaysia Chronicle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...