Wednesday, February 15, 2012

Menteri akui keluarga Shahrizat terlibat skandal NFC

   
             Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat dengan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
                Beliau mengulas kenyataan Nazri bahawa Shahrizat tidak perlu meletak jawatan tetapi hanya membayar kembali pinjaman RM250 juta berkenaan.

“Ini adalah pengakuan kali pertama oleh seorang Menteri Kabinet bahawa Shahrizat bukan sahaja terlibat kepada skandal lembu dan kondo tetapi juga (mengakui) bahawa kesalahan telah berlaku,”
kata beliau yang turut mempersoalkan mengapa wang tersebut harus dikembalikan jika tidak berlaku sebarang penyelewengan.
Guan Eng memetik kenyataan Nazri yang berbunyi, “Beliau (Shahrizat) tidak harus letak jawatan. Yang paling penting, kembalikan duit itu kepada kerajaan. Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,”

Bagaimanapun kata Setiausaha Agung DAP itu, pengembalian wang tidak mencukupi kerana tindakan harus diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab, selain Shahrizat juga harus meletak jawatan.

Mempersoalkan mengapa tender terbuka tidak dibuat sejak awal, beliau turut mengecam kenyataan anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir bahawa pebelian aset oleh syarikat itu untuk tujuan pelaburan hartanah.

“Ini bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi merupakan penghinaan kepada standard kebiasaan kewangan, amanah dan kebertanggungjawaban. Rakyat Malaysia menuntut supaya tindakan diambil serta merta.

“Kegagalan untuk bertindak menunjukkan kegagalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membasmi rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan,” tegasnya.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...