Thursday, February 2, 2012

Isu Kepala Babi: Selangor Tawar RM10,000


                 Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM10 ribu kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sahih sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi di Masjid Nurul Iman, Rawang, semalam.
                Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata inisiatif ini adalah bertujuan menangkap pesalah sebenar sebelum ia menjadi isu sensitif seperti yang berlaku sebelum ini.

"Malangnya insiden sebelum ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat, mungkin dengan usaha dan tanggungjawab daripada orang awam mampu membantu siasatan polis sekaligus membawa pesalah kehadapan dengan cepat,"katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.


Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1-800-888-2824.

Pagi semalam, anak kariah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang dikejutkan dengan penemuan satu kepala babi di pintu masuk utama masjid itu.

Kejadian yang dilaporkan seawal jam lima pagi itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid membuka pintu pagar utama.

Pihak polis bagaimana pun tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.

Sebelum ini, Masjid Al-Falah di Taman Desa Jaya, Johor Bharu digemparkan dengan penemuan empat kepada babi di pagar belakang masjid manakala selebihnya ditemui di perkarangan luar pintu masuk masjid keesokkan harinya oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...