Thursday, February 23, 2012

Islam atasi perjuangan untuk kaum


               Mufti Perak Tan Sri Harussani diingatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan khususnya berhubung pendekatan yang digunakan Rasulullah saw berhubung kaum.
                Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) , berkata pendekatan yang diberikan Mufti Perak itu salah kerana menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam.

Katanya, ini kerana Islam sebagai agama suci mengatasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja.

"Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sewaktu memerlukan sahaja,”ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di pejabatnya tengahari tadi ketika mengulas kenyataan Mufti Perak itu dalam portal .Malaysiakini.

Husam mengulas pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum.

Harussani, dalam ucapannya semasa merasmikan sebuah NGO tiga jalur berkata, berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu," kata Harussani sebagaimana dilaporkan media.

Sambung Husam lagi, Malaysia meliputi pelbagai kaum dan sekiranya mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja.

Beliau turut menambah Umno yang memerintah negara ini melalui tempoh 54 tahun merdeka gagal membawa Melayu dalam pembangunan Negara.

Jelasnya, kegagalan itu jelas nampak dalam kenyataan Tan Sri Harussani, Datuk Hasan Ali, Datuk Ibrahim Ali, Tun Mahathir dan Datuk Seri Sanusi Junid baru-baru ini.

Beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya berkata, kegagalan beberapa institusi membangunkan Melayu di zaman Tun Razak dapat dilihat setelah ianya digugurkan.

“Bagaimana Bernas telah diswastakan, tanah-tanah UDA di tengah-tengah bandar telah dijual malah peranan MARA sendiri semakin mati fungsinya,”ujarnya lagi.-hrkhdly

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...