“Inilah dakwaan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek kepada orang Cina,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai respons kepada kenyataan Soi Lek hari ini.
Katanya, itulah hujah dua parti utama komponen BN ketika berhadapan dengan pengundi masing-masing demi mengekalkan kuasa di dalam pilihanraya akan datang walau pun hujah yang dikemukakan penuh dengan pembohongan dan pendustaan.
Menurutnya, Presiden MCA terpaksa berhujah begitu kerana partinya sudah tidak serasi lagi kepada orang Cina, maka satu hujah yang masih ada ialah hujah perkauman dan membelit fakta.
“Malahan yang paling kelakar mereka menuduh YAB Lim Guan Eng menindas orang Cina di Pulau Pinang sedangkan proksi Umno pula mengadakan siri demonstrasi kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas orang Melayu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Manakala Umno pula, katanya berjaya menakutkan orang Melayu, terutama di kawasan pedalaman yang mengatakan negara ini akan diperintah Cina jika Umno tewas kepada PAS.
Paling lucu sekali, ujarnya ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno ketika merasmi Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri tempoh hari.
“Macam mana seorang Menteri Pelajaran boleh menyebut sedemikian rupa kerana realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, macam mana pula DAP yang menang. Kalau begitu samalah analogi songsang Muhyiddin lawan Najib yang menang ialah Soi Lek,” ujarnya.-Hrkhdly
No comments:
Post a Comment